Gaya Hidup

Baru Semalam Lahir, Akaun IG YUSOFF AL QARDAWI Dah Cecah Hampir 100 Ribu Followers!

Syukur alhamdulillah, anak keempat Dato’ Sri Aliff Syukri selamat dilahirkan petang tadi di Pusat Perubatan Gleneagles, Kuala Lumpur. MasyaAllah, comel sangat bayi lelaki yang diberi nama Yusoff Al Qardawi ni. Kulit putih kemerah-merahan!

Paling penting, kesihatan Datin Sri Shahida dan anak berada dalam keadaan baik. Kongsi Dato’ Sri Aliff di Instagram, “3.2kg @anakabahterlajaklaris penantian 6 tahun… akhirnya.. sumpah nak tengok @shahidadherbs tahan kat labour room

pun tak sanggup. Kuatnya pengorbanan ibu.

Saat ketika anak @yusoffalqardawi abah mengazankan anak abahku sayang.. lain macamlah happy ye. Thanks sayang @shahidadherbs.”

Baru je petang semalam dilahirkan, anak bongsu usahawan popular ini sudah pun ada akaun Instagram sendiri. Dan sehingga detik ini, akaun Yusoff Al Qardawi dah mencecah hampir 100 ribu pengikut!

Kecil-kecil lagi dah ada ramai follower dan popular macam bapanya. Nona doakan agar Yusoff Al Qardawi membesar dengan sihat dan mampu membahagiakan kedua-dua ibu bapa kelak.

Hasil perkahwinan Dato’ Sri Aliff dan Datin Sri Shahida, pasangan ini telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra dan Ibraheem Adham.

Sumber: Instagram Dato’ Sri Aliff Syukri & Yusoff Al Qardawi

IKLAN
Share