Bawa Suara Kebebasan Di Media Sosial, Kagum Semangat SRIKANDI Ini!

Akhir Ramadan lalu, seluruh umat Islam berduka dengan situasi yang berlaku di bumi Palestin. Saat umat Islam Palestin mengerjakan solat di Masjid Al-Aqsa, mereka dihujani dengan butir peluru dan keganasan rejim. Sama sekali tidak bersenjata, bukan hanya lelaki dewasa bahkan kaum wanita dan anak kecil turut menjadi mangsa keganasan.

Enggan berdiam diri dengan keadaan saudara seagama di sana, beberapa selebriti wanita tanah air tampil menyuarakan hak kebebasan dan kemanusiaan penduduk Palestin. Ini termasuk Mizz Nina, Farrah Adeeba, Heliza Helmi, Farah Lee dan ramai lagi. Tidak terkecuali, personaliti lelaki seperti Faizal Tahir, Noh Salleh dan Fedtri Yahya.

Walau tidak mampu berada di sana dan mengangkat senjata untuk berjuang di samping umat Islam Palestin namun kebanyakan personaliti ini menggunakan pengaruh media sosial sebaik-baiknya agar dunia sedar ketidakadilan yang sedang berlaku.

MIZZ NINA

Mizz Nina dan suami, Noh Salleh misalnya cukup aktif menyampaikan perkembangan terkini masyarakat Palestin meskipun hanya menerusi media sosial. Bahkan laman media sosial Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman dipenuhi dengan gambar kekejaman dan paparan video memilukan.

Sedih dengan situasi yang menimpa kongsi Mizz Nina, “This is happening, make lots of du’a for our Palestinian brothers and sisters & Al-Aqsa! HasbunAllahu wani’mal wakeel! May Allah protect them against the shameless, ruthless Z**n** Aameen! It’s not ‘clashes’ when they violently storm into religious places of worship!”

HELIZA HELMI

Sementara itu, Nur Heliza Helmi yang sebelum ini pernah menyertai misi kemanusiaan turut melahirkan rasa sedih khususnya terhadap kaum wanita dan kanak-kanak yang menjadi mangsa perang. Malah, mereka yang tidak bersalah menjadi korban kezaliman Yahudi.

Kongsi Heliza, “Berapa ramai anak kecil cedera dan terbunuh dalam keadaan sangat sangat zalim. Ada gambar yang tak mampu nak share. Terburai habis anak-anak itu Ya Allah. Hadiah hari raya yang sangat merobek hati. Tak mampu melihat jenazah datang dalam bentuk serpihan. Hospital tak mampu nak tanggung mangsa-mangsa perang.”

FARAH LEE

Begitu juga bagi aktivis kemanusiaan, Farah Lee yang melaungkan hak kebebasan rakyat Palestin.

“A 20 years old me, 12 years ago, decided to spare a place in my heart for Palestine. The on-going occupation and oppression in Palestine since 1948 is beyond inhumanity. Palestine is disappearing. Brutality and cruelty towards Palestinians itself is severe but what breaks my heart even more is the plot twist, the bias and the silence. The silence of the world.

As if, self-defence is terrorism. Such a shame. What happened these few days was too much. I hope, this is a trigger point to many, to realise that this is the time, for all to hold hands, and fight together. Today, I will devote my whole heart for them. Who is with me?

FARRAH ADEEBA

Bagi personaliti televisyen yang juga pengasas Padang On Wheels, Farrah Adeeba sama seperti rakan seangkatan yang berjuang menuntut keadilan buat Palestin menerusi platform media sosial miliknya.

The desperation, the chaos, the atrocities..

Sudah sudahlah I$r@el beri alasan tak munasabah ia mempertahankan diri dan ini tanah dijanjikan tuhan untuk mereka. Maka mereka berhak mengambilnya dengan apa cara sekali pun.

Ini isu penjajahan. Kembalikan tanah kepada pemiliknya. Kalau tidak selagi itu mereka yang dianiaya akan tetap membaling batu WALAUPUN sebagai balasan mereka dibedil mati oleh si angkuh, sang penjajah.”

Moga seluruh rakyat Malaysia tidak kira golongan kenamaan mahupun selebriti sama-sama bersatu hati menyuarakan hak kebebasan Palestin!

 

Kredit foto: Instagram Mizz Nina, Heliza Helmi, Farrah Adeeba, Farah Lee

IKLAN
Share