Seiring memenuhi gaya hidup aktif, sihat dan moden BeauSiti dan WonderLab kini hadir dengan dua produk terbaru, Beautéssence dan BeauNest. Bukan sahaja bermanfaat untuk kecantikan bahkan juga kesihatan. Beautéssence merupakan produk minuman botani manakala Beaunest merupakan minuman kesihatan sarang burung dengan kandungan madu, delima dan kurma.
Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama duta produk Beautessence, Nabila Razali.
BeauSiti dilancarkan pada September 2019 dengan hanya satu produk minuman kesihatan botani untuk wanita iaitu Beautéssence. BeauSiti diinspirasikan oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mahu berkongsi rahsia kecantikan luaran dan dalamannya dengan seluruh wanita. BeauSiti adalah pemakanan yang ideal untuk pengurusan kesihatan dan kecantikan.
Beautéssence kini tampil dengan pek baru iaitu berbentuk sachet dan kotak bersaiz kecil. Mudah dibawa ke mana sahaja dan ditambah baik dari segi formulasi. Bahan utama Beautéssence ialah Cerepron-F dari Jepun yang membantu mencerahkan kulit sehingga 2 tona lebih cerah dalam tempoh 60 hari sahaja.
BeauNest pula rangkaian produk terbaru kedua iaitu minuman kesihatan berasaskan sarang burung asli tanpa gula tambahan, bahan pengawet dan pewarna tiruan. Telah digandakan khasiatnya dengan makanan sunnah seperti madu, buah delima dan kurma.
Ads
Kedua-dua produk menggunakan teknologi terkini dan mempunyai rasa lebih segar. BeauSiti x WonderLab Beautéssence berharga RM125.00 sekotak, manakala BeauSiti x WonderLab Beaunest berharga RM75.00 sekotak.
Produk minuman Botani BeauSiti x WonderLab Beautéssence dan Beaunest kini boleh dibeli dengan 2 cara iaitu SitiZen (ejen BeauSiti) dan Wonder Star (ejen WonderLab).
KOLABORASI BEAUSITI x WONDERLAB
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO International (MAL) Sdn Bhd (CUCKOO International), Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, kolaborasi bersama BeauSiti selaras dengan misi WonderLab.
Ads
CUCKOO International memberi tumpuan kepada gabungan kesihatan dan kesejahteraan rutin penjagaan kecantikan harian demi mengubah gaya hidup seseorang untuk menjadi lebih baik. Kerjasama dengan BeauSiti juga merupakan lanjutan kerjasama bersama DS Siti Nurhaliza sebagai duta CUCKOO.
Lebih RM1 juta dilaburkan dalam media seterusnya bakal memberi impak positif kepada lebih 30 juta orang melalui papan iklan, KOL media sosial dan platform sosial hiburan. Kesedaran jenama juga akan dipertingkatkan dengan bantuan duta baru yang juga pelakon dan penyanyi, Nabila Razali.
Ads
“Kolaborasi dan pelancaran produk ini amat bermakna. Ini hanyalah permulaan bagi kami untuk membolehkan lebih ramai mendapat gaya hidup yang lebih sihat. Kami akan terus berkerjasama dengan WonderLab bagi melancarkan lebih banyak lagi produk kesihatan dan kecantikan kelak,” kongsi DS Siti Nurhaliza.
Selaras dengan usaha bagi meluaskan lagi jenama dan pasukan, BeauSiti mengalu-alukan individu berbakat untuk menyertai pasukan sebagai Sitizen dengan BeauSiti, atau Wonder Star dengan WonderLab untuk berkongsi rahsia kecantikan luaran dan dalaman.
Kredit Foto: BeauSiti
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kejayaan Malaysia dalam Kepengerusian ASEAN 2025 nyata membuka mata banyak pihak khususnya dalam kalangan negara anggota Asia Tenggara. Selain kredibiliti Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kian dipercayai dan menarik perhatian pemimpin dunia, tugas Menteri Luar Negeri yang digalas Dato’ Seri Utama Mohamad Hasan sepanjang acara ini berlangsung juga meraih pujian khalayak.
Kebijaksanaan Dato’ Seri Mohamad atau mesra disapa Tok Mat mewakili negara dalam urusan diplomasi antarabangsa dan menjaga hubungan diplomatik dengan negara-negara terlibat bukan satu tugas mudah.
Namun, bekas Menteri Pertahanan ini berjaya melaksanakan peranannya dengan baik.
Di sebalik kesibukan Dato’ Seri Mohamad, isteri tercinta iaitu Yang Mulia Raja Datin Seri Dato’ Hajah Salbiah Tengku Nujumudin turut tidak ketinggalan menjalankan tugas selaku isteri Menteri Luar Negeri dengan sebaik mungkin.
Misalnya, pada Januari lalu Raja Datin Seri Salbiah menghoskan Program Pasangan kepada Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN bersempena Sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar Negeri ASEAN di Kompleks Kraftangan Langkawi, Kedah.
Ini diikuti dengan penganjuran majlis makan tengah hari untuk para isteri Menteri Luar ASEAN yang diadakan pada Julai lepas di Menara Kuala Lumpur.
Sehari sebelum Sidang Kemuncak ASEAN berlangsung, Dato’ Seri Utama Mohamad menghoskan Majlis Makan Malam Sambutan untuk Menteri-Menteri Luar ASEAN, Menteri Luar Timor-Leste serta TAC Signing Foreign Minister bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan.
Isteri Tok Mat, YM Raja Datin Seri Salbiah
Pada majlis itu, beliau hadir di samping isteri tercinta dengan tampil segak berbaju kemeja batik rona biru.
Sedondon dengan Raja Datin Seri Salbiah yang elegan berbusana tradisi kurung lengkap berhijab warna peach.
Menerusi foto yang dikongsikan, kelihatan Raja Datin Seri Salbiah mesra melayan para tetamu.
Isteri Menteri Luar ini juga merupakan ibu kepada lima cahaya mata dan Penaung Perwakilan dan Puspanita Cawangan Kementerian Luar Negeri.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Alam rumah tangga memang mencabar. Bak kata orang, seperti mengemudi bahtera di tengah lautan. Ada masa ditimpa gelombang ganas dan ada ketika pula berlayar dengan cukup tenang. Begitu juga sikap suami mahupun isteri yang tidak menentu emosinya. Kadang kala mereka jadi pasangan yang romantik dan penyayang tapi ada masa boleh jadi sebaliknya pula.
Walau ‘sekeras’ mana pun sikap suami, isteri perlu bijak mengatasi amarah mereka. Iyalah, jika sama-sama ‘berangin’ dan tidak mahu mengalah macam mana hendak dapat kata sepakat. Jadi isteri harus bertindak memainkan peranan. Bukan bererti anda lemah dan lelaki boleh melakukan apa saja tetapi kesediaan isteri merendahkan ego dan meredakan keadaan inilah yang berkuasa meleburkan hati sang suami.
Tak percaya? Pakar motivasi, Ustazah Norhafizah Musa sendiri membongkar teknik berkesan untuk diamalkan isteri jika berdepan situasi berkenaan. Menurut Ustazah Norhafizah dalam salah satu siri ceramahnya berkata isteri perlu penuhkan diri mereka dengan sifat sabar selain meminta pertolongan dari Allah SWT.
“Elok kita niat macam tu ada je ujian. Kita nak jadi romantik ni tiba-tiba suami tunggu di rumah, kita balik je cakap lembut suami dah tinggi suara. Nak kekal tak suara lembut tu lepas kena sergah. Itu latihan, kena sabar. Teruskan latihan bertutur lembut.
Pandai-pandai jadikan situasi itu tak tegang. Kita dalam rumahtangga kena ada tiga segi, minyak , air dan api. Suami pilih jadi api, kita jangan jadi minyak. Kalau kita jadi api, minta suami jadi air.
Cakap kepada suami awal-awal, “Kalau saya marah-marah, abang janganlah jadi minyak. Lagilah teruk rumah tangga kita. Tolonglah saya.”
Ada masa-masa kita tak boleh control diri kita kan? Bila suami jadi api, jangan kita jadi minyak. Nanti terbakar rumah tangga. Isteri kena jadi air. Inshaallah tak berlarutan.
Itu latihan. Sebab itu benda ini perlu dilihat dengan sangat profesional. Kita diberikan amanah hati, nak bawa balik pun bertemu Allah, nak bawa hati yang luhur. Jagalah tauhid, hati yang paling dalam agar kita benar-benar mentauhidkan Allah. Yakni tak ada lain selain daripada Allah.”
Amalan Doa & Surah Untuk Melembutkan Hati Pasangan dan Anak-Anak
Amalkan baca zikir Al-Latiff
Dibaca 19 kali dan niat agar Allah melembutkan hati pasangan atau anak-anak, jadi hamba yang soleh dan berbaik-baik sesama muslim.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama selebriti media sosial, Khairul Aming yang juga usahawan muda berjaya disebut di Dewan Rakyat sebagai contoh bagaimana media sosial mampu memberi pengaruh positif bagi meningkatkan lagi sektor ekonomi digital.
Khairul Aming, selebriti media sosial terkenal dan usahawan muda berjaya di Malaysia.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kerajaan sememangnya melihat sosial media memainkan peranan yang sangat penting bukan hanya sebagai media berekspresi tapi juga dalam konteks tersebut.
Menurutnya, kerajaan berhasrat bekerjasama dengan aplikasi media sosial seperti TikTok dan platform jualan dalam talian seperti Shopee bagi memperkasakan penglibatan golongan muda sebagai usahawan digital.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.
“Ramai di kalangan anak muda sekarang melakukan perniagaan dalam talian contohnya usahawan muda, Khairul Aming yang telah merekodkan jumlah jualan sambal sebanyak RM21.5 juta dua tahun kebelakangan ini.
“Media sosial adalah peluang terbaik untuk memajukan perniagaan. Tapi media sosial kemungkinan boleh disalah guna.
“Sama seperti mana-mana aplikasi yang diwujudkan, baik buruknya bergantung kepada kita,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan daripada (PH-Batu) yang mahu tahu adakah kerajaan ada hasrat untuk beri peluang kepada anak-anak luar bandar untuk menggunakan sosial bandar untuk karya kreatif.
Katanya, kerajaan melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) telah mewujudkan pusat-pusat ekonomi digital yang mampu menjadi pemangkin golongan anak-anak luar bandar meneroka potensi digital.
“Terdapat 911 di seluruh negara yang Insya-ALLAH akan ditambah lagi. Jadi, saya lihat peluang untuk kita memahami media sosial ini, ada kebaikan untuk pembangunan ekonomi terutama ekonomi digital,” katanya.
Sumber: Sinar Harian
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.