“Beauty With Brain!” HAWA RIZWANA REDZUAN Tamatkan Pengajian Sarjana Dengan CGPA 3.78

Pembaca berita yang kini pengacara rancangan temubual hiburan MeleTOP, Hawa Rizwana baru-baru ini berkongsikan khabar gembira di mana dirinya sudah pun berjaya menamatkan pengajian sarjananya! Berjaya menamatkan pengajian dalam jurusan Ijazah Sarjana Komunikasi Massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Hawa juga dikhabarkan berjaya memperoleh keputusan cemerlang purata nilai gred kumulatif (CGPA) 3.78.

Perkongsian gembira ini turut dikongsikan menerusi hantaran di Instagramnya menyaksikan dia naik ke pentas utama bagi menerima sijilnya sempena konvokesyen UiTM ke-95 semalam.

Hawa sendiri sememangnya seorang yang suka menimba ilmu. Memetik sumber REMAJA, Hawa berkata, “Saya memang sangat-sangat minat belajar, memang hasrat selepas tamat ijazah sarjana muda saya mahu menyambung terus. Tetapi waktu itu telah bermula sebagai wartawan penyiaran dan pengacara. Lebih kurang setahun setengah kemudian baru saya menyambung pengajian ke peringkat sarjana.”

Konvokesyen ini umpama big day saya setelah berhempas pulas belajar selama dua tahun. Saya mula belajar sejak Mac 2019 dan tamat pengajian pada Januari 2021. Hampir dua tahun menunggu majlis konvokesyen,” ujarnya penuh teruja.

Tidak mahu perjalanan akademiknya terhenti diperingkat sarjana sahaja. Hawa yang merupakan anak kelahiran Illinois ini juga turut memasang impian untuk ke peringkat lebih tinggi. Khabarnya, dia berazam untuk menyambung ke peringkat PhD pula. Selamat maju jaya buat Hawa Rizwana!

Kredit foto: Instagram @hawarizwana

***

Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

 

IKLAN
Share