Rahsia kecantikan kini terungkai. Sebagaimana diketahui, tubuh manusia terdiri daripada 70 peratus air. Kulit yang sihat dan diidam-idamkan sebenarnya hanya boleh diperoleh jika kelembapan mencukupi.
Jika air dalam tubuh anda berkurangan, maka kulit pun akan kering dan tidak bermaya. Ayuh kita singkap rahsia kulit lembap secara semula jadi ini!
(a) Serum kembalikan lembapan kulit
Sapukan serum sebelum tidur bagi mengunci kelembapan kulit. Serum mempunyai molekul yang lebih kecil lantas menyalurkan nutrisi kepada lapisan kulit paling dalam dan tidak dapat ditembusi oleh krim pelembap.
Bukan sahaja mengatasi masalah kulit kering, serum juga membantu mengatasi masalah penuaan, pigmentasi dan pori-pori besar. Kelembapan kulit terus terpelihara dengan kuasa semula jadi sebaik bangun daripada tidur.
(b) Krim tabir suria sebagai perisai
Sinar matahari memang baik untuk kesihatan kerana merangsang tubuh menghasilkan vitamin D. Namun, sisi lain jika terlalu terdedah kepada sinar matahari akan mengundang kesan buruk kepada kesihatan kulit.
Ads
Lindungi kulit dengan krim tabir suria yang betul. Krim tabir suria melindungi kulit yang merangsang produksi melanin iaitu pigmen penentu warna kulit. Pilih tabir suria dengan kadar SPF 15 atau lebih.
Kadar tersebut menunjukkan berapa efektif tabir suria mencegah kulit terbakar akibat sinar UVB. Seelok-eloknya pilih krim tabir suria dengan pelembap ekstra. Kesan cahaya matahari bukan sahaja menghilangkan lembapan kulit malah merangsang jeragat dan noda hitam.
(c) Losen tubuh sebagai pelindung
Ads
Kebanyakan wanita memilih losen badan tanpa mengetahui fungsinya. Ada yang memilih losen hanya semata-mata kerana aroma yang tercipta. Fungsi sebenar losen adalah memberi lembapan di bawah kulit. Pastikan losen yang dipilih berkualiti dan mampu memberi kelembapan sebenar kepada kulit dalam tempoh yang lama.
(d) Manfaatkan teh hijau
Peminat teh pasti tahu ada berbagai-bagai jenis teh boleh diminum. Salah satu teh yang dapat membantu menjaga kesihatan dan kelembapan kulit adalah teh hijau. Teh hijau bukan sahaja baik untuk detoks tetapi juga mampu meningkatkan kadar lembapan kulit.
Ads
Kandungan antioksidan pada teh hijau mampu membuat kulit tetap lembap, segar, bebas masalah jerawat serta bintik hitam. Paling istimewa apabila teh hijau berupaya mengekalkan keremajaan kulit.
(e) Faedah pengelupasan
Sebagai seorang wanita yang menjaga kecantikan, anda perlu peka tentang kelembapan kulit sendiri. Lakukan rawatan pengelupasan dengan lulur yang berasaskan minyak. Ini boleh membantu menyingkirkan sel-sel kulit yang mati dan membantu memelihara kondisi kulit agar tetap dalam keadaan lembap. Kulit wajah yang lembap kunci wajah yang lebih muda.
(f) Oles bedak asas
Langkah paling penting ketika memilih produk kosmetik adalah yang memiliki bahan pelembap yang tertinggi. Terlalu terdedah kepada cahaya matahari juga menjadi punca kulit mudah terhidrasi dengan cepat.
Pilih bedak asas yang datang dalam bentuk krim bagi membantu mengekalkan kelembapan kulit. Sapu bedak asas secara nipis kerana formula pelembap ekstra boleh mencantikkan kulit khususnya wanita Asia. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Trend solekan bagi tahun 2018 pastinya bakal membuatkan anda kelihatan elegan dan tampak menawan. Seiiring dengan arus kemodenan, solekan yang minimalis kian mendapat perhatian seluruh dunia.
Riaskan wajah anda dengan trend solekan terkini dan relevan yang mampu menaikkan seri wajah anda! Nona kongsikan 5 solekan minimalis yang bakal menyerlahkan sisi jelita semulajadi anda!
1.SCULPTED CHEEKS
Ringkas dan minimalis! Cukup sekadar sapuan bronzer dengan berus pemerah pipi yang lebih kecil dibawah tulang pipi anda dari telinga sehingga ke tengah pipi.
2. SOFT SMOKEY EYES
Hasil solekan ini memberi kesan yang lebih anggun dan romantis. Gunakan dua pembayang mata yang sesuai dan blend keduanya pada bahagian kelopak mata, dan semakin pudar apabila menghampiri crease. Tidak keterlaluan dan masih relevan untuk digayakan oleh ratu sehari.
3.SUBTLE SPARKLE
Tampil glamor dengan hasil solekan seperti ini. Aliskan pensil mata nude pada waterline anda dan akhir sekali, letakkan glitter berona emas ke seluruh kelopak mata. Pastinya hasil solekan tampak sempurna dan menawan.
4. NO-MAKEUP MAKEUP
Cukup clean dan minimalis. Definisi no makeup dengan sapuan pembayang mata krim berona taupe, dan olesan gincu borona pastel. Juga sapuan pembayang pipi yang dewy dan glowy serta highlighter dalam bentuk krim pada high point wajah.
5. OXBLOOD LIPS
Solekan ini kelihatan seperti di era 90an, namun dengan penyatuan kulit yang bersih, pipi yang warm, kening tersisir rapi, dan bulu mata yang melentik, nescaya solekan ini cukup relevan untuk digayakan di abad ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang awet muda Jang Nara! Dari drama bersiri The Bratty Princess atau The Mischievous Princess tahun 2005 sampai sekarang, macam tak berubah muka pelakon cantik Korea Selatan ini.
Lebih dua dekad drama tersebut disiarkan tapi Jang Nara kekal muda macam gadis remaja. Hakikatnya, 18 Mac lepas dia genap berusia 42 tahun.
Sekitar Jun 2022, peminat Jang Nara teruja apabila bintang kesayangan mereka akhirnya mengumumkan untuk berkahwin.
Khabar tersebut nyata mengejutkan peminat kerana agak jarang jelitawan ini berkongsi sisi peribadi kepada khalayak.
Malah, dia sangat menjaga privasi diri dan sehingga kini pun dia enggan mendedahkan wajah suami kepada umum.
Mengimbas kembali pendedahan itu, Jang Nara mengaku sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan bergelar selebriti.
Apa yang pasti, selepas sah bergelar isteri Jang Nara kelihatan makin bahagia dan ceria.
Menjengah media sosial miliknya, jelitawan ini rupa-rupanya aktif dalam sukan bertinju. Walau fizikal kecil molek tapi pergerakan pantasnya di gelanggang buat ramai terpegun.
Barangkali kerana sukan seperti ini Jang Nara mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal dan muda remaja.
Jang Nara sebelum ini pernah terlibat dalam penggambaran filem ‘The Kindness of Others’ dan muncul dalam drama ‘Sell Your Haunted House’ pada Jun 2021.
Meskipun status diri sudah berubah namun Jang Nara masih komited dengan karier seni dan aktif mewarnai industri seni seperti biasa.
Dia sebelum ini pernah popular menerusi lagu Sweet Dreams sekitar tahun 2002.
Antara drama lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat termasuk Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, The Last Empress dan VIP.
Sebelum ini Jang Nara pernah membuat pengakuan tertekan dan berkecil hati dengan komen peminat yang sering bercerita tentang wajahnya yang kelihatan muda daripada usia.
Nampaknya, beberapa selebriti tanahair kini sedang menghitung hari melahirkan zuriat masing-masing. Antara selebriti yang kini sedang menunggu saat kelahiran termasuklah Datin Elvina Mohamad.
Melihat perkongsian di laman Instagram miliknya, isteri kepada Datuk Haniff Borhan ini berkongsi beberapa foto “maternity shoot” dirinya dan suami tersayang. Elvina kini sedang sarat hamil anak kedua dan usia kandungannya kini mencecah usia 36 minggu.
Meskipun sedang sarat hamil, seri ibu hamil ini jelas terserlah melalui beberapa foto yang dikongsikan di laman Instagram miliknya. Rasa teruja untuk menatap wajah cahaya mata keduanya menjadi caption untuk hantaran berkenaan di mana Elvina melahirkan rasa tidak sabar menatap wajah anak keduanya itu.
Elvina, 28, mengumumkan berita gembira tersebut menerusi perkongsian dalam Instagram ketika bercuti di Tokyo Disneyland, Tokyo, Jepun bersama suami, Datuk Haniff Borhan dan anak lelaki mereka, Karl Mateen.
Terdahulu sekitar 2021, pelakon itu pernah meluahkan rasa bimbang untuk hamil pada waktu pandemik memandangkan virus Covid-19 ketika itu sangat meruncing sehingga melibatkan banyak kes kematian wanita mengandung.
Tahun lalu, Elvina reda apabila hasrat untuk menimang anak kedua tidak kesampaian selepas mengalami keguguran ketika kandungan memasuki usia tiga bulan.
Untuk rekod, Elvina mendirikan rumah tangga bersama Haniff pada 18 Mac 2018 dan dikurniakan cahaya mata sulung, Karl Mateen berusia empat tahun.
Semoga dipermudahkan proses kelahiran dan mendapat zuriat yang sihat dan sempurna!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.