Jika dulu paras rupa wanita Caucasian dikatakan paling ideal bagi kebanyakan wanita di dunia, kini kiblat dunia kecantikan mula berpihak ke arah Timur. Tidak percaya?
Anda boleh bandingkan populariti label kecantikan Asia seperti Jepun dan Korea yang terdapat di pasaran Malaysia pada lima tahun lalu dengan sekarang, pastinya jauh berbeza.
Sudah terang lagi bersuluh, evolusi kecantikan di Korea kebelakangan ini sering menjadi rujukan dek penghasilan produk yang berprestasi tinggi.
Korea Selatan digelar sebagai pelopor kemunculan trend krim BB cair yang dikemas kini dalam bentuk span atau kusyen. Uniknya kompak kusyen ini, ia mampu berfungsi sebagai primer, suncscreen,BB cream atau foundation.
Ternyata, kompak kusyen ini menjadi salah satu item kecantikan pilihan wanita terutama bagi mereka yang sering berdepan kekangan masa untuk menata rias wajah selain mudah dibawa ke mana sahaja.
Ads
Bersifat ringan dan didatangkan dengan pek isian semula, kompak kusyen ini memberi solusi solekan berkadar segera, segar, praktikal dan cepat, malah bikin kulit tampak cantik sempurna, cerah bercahaya serta lembap sepanjang masa.
Seperti alat solekan yang memiliki ciri produk penjagaan wajah pada umumnya, kompak kusyen ini diperkaya dengan pelbagai formula untuk merawat kulit.
Ads
Antaranya, perlindungan terhadap sinar matahari dengan ciri anti-peluh yang sangat baik bagi memastikan krim BB sentiasa ada pada kulit walaupun berpeluh. Ada juga yang berfungsi untuk melembap dengan kandungan glycerine dan Ester Oil.
Selain itu, kompak kusyen yang ditambah bahan Adenosine pula memiliki fungsi untuk menentang penuaan. Kandungan Adenosine yang ada pada kusyen kompak membantu mengurangi kedutan serta garis-garis halus pada wajah.
Tambahan, sifat kompak kusyen yang kalis air dengan struktur rangkaian yang kukuh iaitu dibentuk oleh molekul yang tinggi membolehkan solekan bertahan sehingga 12 jam tanpa memerlukan sentuhan walaupun dalam cuaca yang panas.
Ads
Lebih menarik, kusyen kompak yang dipasarkan di sini menawarkan pelbagai shades bagi melengkapi tona kulit wanita yang berbeza. Tidak seperti di Korea, warna kompak kusyen yang dijual terlalu putih.
Pilihan warna sedia ada terdiri daripada warna terang dengan tona kekuningan, adunan beige dan merah jambu, serta medium yang dipadukan rona coklat dengan tona abu. Keistimewaan kusyen kompak ini juga tidak menimbulkan kesan terlalu tebal, amat sekata pada kulit dan mudah menyerap ke liang sebum.
Pada masa yang sama ia meresap pantulan daripada cahaya matahari untuk tona kulit semula jadi tanpa kesan minyak.
Tip penjagaan kusyen (puff)
Simpan kusyen yang bersih setiap masa. Untuk mencuci, urut perlahan-lahan di dalam air suam dengan detergen neutral atau pembersih.
Bilas sehingga pencuci hilang dan keringkan di tempat teduh. Dengan cara ini, anda boleh menggunakannya untuk tempoh yang panjang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain terpikat dengan kemulusan kulit Little Miss Khan atau nama sebenarnya Nur Ameera Khan, pasti ramai wanita di luar sana yang ‘cemburu’ dengan kelangsingan gadis kacukan Arab-Pakistan tersebut. Mana tidaknya, pinggang ramping macam kerengga!
Dalam temu bual bersama Nona, Ameera pernah mendedahkan amalan dan pemakanan sihat yang dipraktikkan demi mengekalkan kesihatan kulit dan badan ramping.
Selain mengenakan korset secara konsisten, dia juga rajin pergi ke gym. Patutlah dia nampak fit.
“I pergi gym dalam 5 ke 6 kali seminggu. Memang I addicted to gym dan ia macam my stress free zone.
Jenis dan rutin senaman semuanya bergantung kepada trainer. Di rumah, I akan buat senaman yang I tahu atau call trainer dan tanya dia apa yang patut I buat. Kebiasaannya, I akan buat senaman yang lebih tertumpu dekat pinggang dan punggung.”
Wanita mana yang tak suka dengan kecantikan. Seperti wanita lain, Ameera mengakui betapa pentingnya menjaga kecantikan diri termasuk penjagaan kulit wajah. Menariknya, tip penjagaan wajah Ameera cukup mudah dan tidak memerlukan belanja yang mahal.
Tidak lokek berkongsi petua, ini yang lazimnya dia lakukan. “Mungkin ada yang tak percaya tapi I tak pakai pelembap, serum ataupun krim mata. Kalau ada event atau photo shoot, balik je dari rumah I akan mandi dan lepas tu letak mask.
Setiap pagi dan malam pula I akan ambil ais letak dekat muka selama tiga minit. Ia bagus untuk kecilkan liang pori, mengurangkan dark circle, cegah pembentukan jerawat dan buatkan muka jadi lebih glowing.
Hasilnya, my cheek jadi kemerah-merahan since the day I buat ice facial ni. Pastikan ais diletakkan terus on your skin. Selain itu, I juga minum banyak air kosong sehari. Boleh dikatakan dalam 5 ke 6 liter.
Untuk pagi, I akan minum lemon yang direndam dengan air panas. Malam, makan madu sekali dengan ‘sarang’ dia tu. Untuk buah-buahan pula I suka makan buah delima dan mangga.”
Rupa-rupanya tak susah pun nak nampak fit, cantik dan langsing macam Ameera. Kunci utamanya ialah rajin! Kena rajin bersenam, rajin jaga pemakanan dan rajin minum air secukupnya.
Terpegun melihat kecantikan asli yang dimiliki oleh suri hati Aliff Aziz ni. Persis gadis belasan tahun!
Macam tak percaya je umur Bella Astillah dah 29 tahun, ibu dua anak pula tu.
Benarlah bagai dikata, orang berbadan kecil molek ni selalunya nampak muda dan persis anak dara, kan?
Bella berkongsi satu foto di Instagram peribadinya dengan kapsyen: –
“Good morning! Have a great day at work.
“Btw cuba kira ada berapa tahi lalat di muka Bella.”
Rata-rata para pengikut dan peminatnya memuji kecantikan asli Bella Astillah.
Pemilik nama sebenar, Dayang Nabellah Awang Astillah ini aktif sebagai pelakon, penyanyi dan usahawan.
Bella Astillah dan Aliff Aziz berkahwin pada tahun 2016. Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Ayden Adrean (5 tahun) dan Ara Adreanna (3 tahun).
Nak tahu apa rahsia cantik Sumandak Sabah ini? Ini perkongsia Bella Astillah kepada Majalah Nona: –
“Pertama sekali kita kena stress free atau kurangkan stres. Kena jaga diri kita sebab nak ‘pakai’ badan kita ni lama. So janga stres-stres.
“Seterusnya, jaga pemakanan. Pilih makanan-makanan yang menyihatkan. Kalau nak cheat day pun sekali sekala saja.
“rancang masa berkualiti kita bersama keluarga. Lakukan aktiviti riadah bersama-sama.
“Minum air kosong secukupnya. Kurangkan air yang bergula atau bersoda.”
Namun apa yang penting bagi Bella Astillah, untuk tenang dan bahagia kita berhak untuk mengelakkan diri daripada mereka yang boleh menjejaskan kesihatan mental.
Bella Astillah bersama Puteri Sarah Liyana. Sama-sama ibu anak dua, sama-sama cantik!
“Kita berhak merehatkan diri dari apa-apa yang membuat sakit. Kita berhak menghindari diri dari orang-orang yang membuat mental down. Itu adalah kebahagiaan dan ketenangan kita.”
Semoga Bella Astillah kekal sweet dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Kredit Foto: Instagram Bella Astillah
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Tinggi lampai dan cantik orangnya! Sekalung tahniah buat ratu cantik Malaysia, Sandra Lim yang dinobat sebagai Naib Juara Miss Global Malaysia 2021/2022. Walau menduduki tempat kedua tapi Sandra meraih perhatian luar biasa di pertandingan ratu cantik tersebut yang berlangsung di Bali, Indonesia pada 11 Jun lepas.
Nama Sandra Lim menjadi bualan peminat ratu cantik di negara jiran apabila berlaku satu insiden yang berlaku pada malam final yang sekali gus menyerlahkan sisi kecantikan sebenar gadis berusia 21 tahun ini.
Semuanya selepas tindakan spontan Sandra membantu seorang lelaki penyampai hadiah yang terjatuh di atas pentas di depan matanya dan rakan-rakan lain.
Tanpa fikir panjang, anak kelahiran Kuala Lumpur ini terus menghulurkan bantuan kepada lelaki tersebut dan mendapat pujian ramai. Walau tidak dimahkotakan sebagai Miss Global 2021/2022 tapi Sandra berjaya menarik tumpuan penonton dengan kebaikan dirinya.
Tidak hanya memiliki raut wajah cantik dan peribadi menarik, Sandra juga sebenarnya seorang atlet berbakat besar. Di sebalik kelembutan, tersimpan sisi lasak wanita ini.
Malah Sandra pernah berkongsi di media sosial mengenai kejayaannya meraih pingat emas dalam Kejohanan Wushu Antarabangsa pada tahun 2017.
Dedahnya, kira-kira lima tahun lalu ketika baru berusia 16 tahun dia merupakan seorang atlet dan memenangi pingat emas dalam sukan wushu. Kini, pada usia 21 tahun dia sekali lagi membawa nama Malaysia di persada dunia namun dalam bidang berbeza iaitu ratu cantik.
“Winning my first international medal as a female fighter was not a destination, but a journey.
While I pursue my journey to Miss Global International, I wish my story inspires, how LIMITLESS the universe is for you.
There are no limits as to how far you can reach, as long as you put your heart to it, you can do anything.I shall carry my country’s name once again.Saya anak Malaysia.”
Dalam pertandingan ratu cantik Miss Global International 2021/2022 itu, wakil Filipina iaitu Shane Tormes dinobatkan sebagai Miss Global.
Selain bergelar ratu cantik, Sandra Lim turut dikenali sebagai seorang jaguh sukan, aktres dan aktivis. Semoga jiwa murni dan sikap positif yang ditonjolkan Sandra menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.