Dari arena sukan ke dunia nyanyian. Bekas atlet polo kebangsaan ini bukan sahaja menyerlahkan aksi terbaik di kolam renang, Izyan Syaza Abd Halim pernah mewakili negara dalam temasya Sukan Sea 2017 di Kuala Lumpur.
Bekas alumni Diploma Muzik di ASWARA serta jurulatih renang separuh masa ini tidak berputus asa untuk menceburi serta mengorak langkah dalam bidang seni suara tanahair.
Berbekalkan keunikan tersendiri dari segi fesyen dan suara yang unik, pendatang baharu anak kelahiran Seremban, Negeri Sembilan, Izyan Syaza atau lebih mesra disapa Pearl Abdul memulakan langkah perdananya sebagai pendatang baharu industri muzik tempatan dan berada di bawah naungan syarikat rakaman unggul, Armani Entertainment Group (AEG).
Pearl hadir dengan single pertamanya berjudul ‘IGNORE’ hasil ciptaan komposer yang sedang meningkat naik, Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito, manakala terbitan oleh AEG sepenuhnya.
“Syukur Alhamdulillah kerana bermula dari angan-angan untuk menjadi seorang penyanyi, kini peluang untuk menghasilkan single ini adalah rezeki yang tidak disangka-sangka, sejujurnya saya tidak pernah terfikir akan menyanyikan lagu ciptaan komposer hebat seperti Iqie Hugh, Firdaus Rahmat & Jova Devito.
Ads
“Terima kasih kepada pihak AEG kerana sudi melamar saya menjadi artis naungan mereka dan terutamanya kepada Dato’ KK Chua yang nampak dan juga percaya dengan bakat yang saya miliki,” kongsi Pearl Abdul yang kini merupakan seorang jurulatih renang separuh masa.
Pelantun suara untuk single IGNORE ini amat meminati program realiti Akademi Fantasia dan pernah menghadiri ujibakat namun tidak diterima masuk. Berazam untuk merealisasikan impian arwah mama dengan membuat persembahan di pentas besar serta terus berusaha mengorak langkah dengan mendalami ilmu muzik sepenuh masa di ASWARA. Untuk rekod, Pearl Abdul merupakan pemegang Diploma Seni Muzik, ASWARA.
Ads
“Bermula dari situ, saya tanamkan niat untuk serius dalam bidang muzik. Jadi saya tanamkan azam untuk mendalami ilmu dalam bidang muzik. Itu antara sebab mengapa ASWARA menjadi pilihan. Di Aswara, saya dapat menceburi bidang nyanyian, tarian dan sedikit lakonan. Banyak perkara dari belakang tabir sehinggalah di hadapan panggung dapat dipelajari di ASWARA. Ketika masih menuntut di ASWARA, saya pernah memasuki program realiti “I Can See Your Voice” Musim ke-3 episod 3 bersama Ismail Izzani.
Bermula dengan hanya menemani kawan ke uji bakat nyanyian, Pearl memberanikan diri mencuba nasib. Alhamdulillah ternyata rezeki ada disitu. Walaupun jalannya tak seindah yang dibayangkan, banyak usaha yang Pearl cuba lakukan untuk sampai ke tahap ini. Akhirnya rezeki itu tertulis dengan Armani Entertainment Group” jelas Pearl.
Ibarat bulan jatuh ke riba, pihak AEG merasakan sudah masanya bakat Pearl diperkenalkan kepada khalayak ramai kerana bakat yang dimilikinya tidak seharusnya dibiarkan begitu sahaja.
Ads
“Proses rakaman ini memakan masa selama 3 jam, tetapi panduan lagu sudah diberikan 2 minggu lebih awal oleh komposer kerana saya perlu mendalami rasa serta vokal yang dikehendaki agar meresap ke dalam jiwa apabila dinyanyikan.”
Lagu IGNORE merupakan sebuah karya elektronik moden dengan sedikit elemen pop yang menceritakan tentang nasihat dalam kehidupan, tidak mengendahkan nasihat yang baik-baik dari orang sekeliling.
Dalam perhubungan sepasang kekasih pula, lagu ini lebih mengetengahkan masalah pasangan kekasih yang “ignore” atau terus senyap dan terus menghilang. Mereka rasa hebat lepas berbuat demikian. Ada juga elemen jahat atau pembalasan dalam lagu jika diabaikan oleh pasangan kekasih.
“Pearl berharap peminat dan pendengar dapat menerima kelainan dan keunikan Pearl Abdul sebagai penyanyi baru dalam era ini. Semoga IGNORE juga dapat dijadikan mesej kepada semua untuk berfikir lebih luas dalam perhubungan ataupun perkara berkaitan yang tidak patut di IGNORE.,” tambah Pearl mengakhiri perbualan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita dilahirkan dengan kekuatan luar biasa dan salah satu keistimewaan yang Allah kurniakan kepada mereka adalah keupayaan menahan sakit ketika melahirkan anak. Turut diberi nikmat merasai kesakitan saat melahirkan cahaya mata secara semula jadi pada 13 Mac lalu ialah finalis Dewi Remaja 2014/2015, Mawar Rashid. Ia merupakan anak sulung bagi Mawar sementara cahaya mata ketiga buat suaminya, Raden Ahmad Faizal Yaakob atau lebih dikenali sebagai Raf Yaakob.
Berkongsi momen indah tersebut di media sosial masing-masing, Raf dan Mawar sepakat menamakan bayi lelaki comel mereka Raden Muhammad Rafael yang dilahirkan dengan berat 3.4 kg. Baik ibu mahupun anak, kedua-duanya berada dalam keadaan baik.
Lumrah bagi pasangan selebriti dan dikenali ramai… apa sahaja perkembangan terbaru mereka pasti ingin diketahui peminat. Sebagai memenuhi pertanyaan semua, Raf akhirnya terpanggil untuk memberi sedikit perkongsian tentang keadaan ibu dan anak sebelum serta selepas dilahirkan.
“Mawar Rashid bersalin secara normal. She wasn’t on epidural or laughing gas. It was a pure 100% natural birth. Sakit dia, hanya Mawar dan Allah SWT sahaja yang tahu. I was with her all the time. Dia mengharungi segala kesakitan dengan tenang. Through out the surging (contraction) period, dia banyak berzikir. Raf hanya berikan light massage on her both legs dan pinggang di samping doa dan zikir yang tak putus-putus supaya Mawar dan baby tenang.”
Tambahnya lagi, sepanjang tempoh menanti kehadiran ‘orang baru’ tersebut… Raf dan Mawar mengakui cukup teruja untuk melihat wajah zuriat yang dikandung. “On that wonderful night? Raf dan Mawar kept reminding each other, setiap kesakitan surging (contraction) yang dilalui, it only means that we are very close to welcome and to see our baby Raden Muhammad Rafael.”
Boleh bayangkan betapa bahagia dan bertuahnya Mawar apabila suami setia berada di sisi sepanjang masa menyaksikan sendiri pengorbanan isteri demi melahirkan zuriat tersayang.
“I’m so proud of you my lady. Mawar have been a wonderful wife to me. Dia sangat-sangat hormat dan patuh dengan Raf. She’s such a loving stepmom to Raden Rayyan and Raden Seri Raysaa Chanela too and I can’t be thankful enough for that.
Last but not least, betul syurga bawah tapak kaki suami. But she’s also a good daughter to her mum Marinee Abdullah and my mum. Kebajikan Mawar pada her whole family and my family is something that I always respect and adore. Mungkin ini agaknya salah satu sebab Allah SWT permudahkan dia bersalin secara normal. Syukur alhamdulillah.”
Mawar dan Raf sah bergelar suami isteri pada 9 November 2017 dalam majlis pernikahan gilang-gemilang di sebuah hotel terkemuka di ibu negara.
Kredit: Instagram Raf Yaakob
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selamat ulang tahun perkahwinan buat pempengaruh Farah Lee dan Fuad Hashim. Pejam celik, rupa-rupanya usia perkahwinan pasangan ini sudah pun melangkau setahun! Tanggal 5 Januari 2024 pastinya menjadi memori terindah buat kedua-duanya apabila sah disatukan sebagai suami isteri.
Kian bahagia melayari alam rumah tangga, Farah Lee atau nama sebenarnya Nurfarahin Romli yang sebelum ini pernah melangsungkan perkahwinan dengan pengacara popular iaitu Ally Iskandar, kembali menemui bahagia dengan jejaka pilihan, Mohamad Fuad Hashim.
Meskipun baru setahun bergelar isteri Fuad Hashim namun aktivis ini memanjatkan kesyukuran kerana dikurniakan seorang suami yang baik dan sangat memahami. Berkongsi rasa gembira bersempena ulang tahun perkahwinan, Farah menitipkan ucapan bermakna buat lelaki kesayangan.
“Ulang tahun pertama meraikan kemenangan Fuad. Now I know what a healthy relationship looks like, and I thank him for that. It’s definitely hard to love a traumatised me, I’ve been through a lot, I ain’t easy, but he nailed it effortlessly.
I learnt to trust love again. I am home. Setahun. Banyak lagi tapak yang harus dilangkah. Lurus mahupun liku, moga Allah tetapkan kita sampai syurga dalam bahagia.”
Sejak berpisah daripada perkahwinan pertama pada 2016, ketabahan Farah sebagai ibu tunggal di samping anak perempuan iaitu Maream Esabel sering menjadi perhatian dan inspirasi masyarakat. Lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita yang senasib dengannya.
Dalam kesibukan membesarkan cahaya mata, semangat suri hati Fuad Hashim ini membina empayar perniagaan dan menuntut ilmu turut meraih tumpuan.
Dia memiliki ijazah kejuruteraan mekanikal dari Universiti Korea Selatan pada tahun 2013 dan mengenggam Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leads, United Kingdom pada Mac 2022.
Nona mendoakan agar rumah tangga yang dibina Farah Lee dan Fuad berkekalan hingga ke Jannah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil mengumumkan hari ini, ‘Malaysia Madani: Tekad Perpaduan, Penuhi Harapan’ diangkat sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023.
Menurutnya, pemilihan tema tersebut dibangunkan menerusi kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 orang pakar dalam pelbagai bidang.
Tema itu juga, katanya, mendasari tekad serta komitmen pemimpin bersama rakyat sebagai sebuah negara bangsa yang memiliki semangat perpaduan yang tinggi, bersatu-padu serta kehidupan yang aman dan sejahtera.
“Tema ini turut didukung dengan konsep Malaysia MADANI sebagai kunci utama bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan serta kemodenan.Ia berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat menghormati dan ihsan.
“Seiring dengan aspirasi tersebut, logo Malaysia MADANI menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Tema dan Logo Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023, di sini.
Menurut Fahmi, pemilihan logo Malaysia MADANI berteraskan kepada reka bentuk logo yang unik dan simbolik dengan ‘tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikrar Rukun Negara’.
Logo itu juga mengandungi warna asas Jalur Gemilang, selaras dengan jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia yang berbilang bangsa hidup dalam keharmonian, sehati dan sejiwa.
“Saya menyeru kepada semua pihak untuk menggunakan, memaparkan dan menularkan logo dan tema HKHM.
“Ia adalah sebagai tanda cinta kita kepada negara, melalui apa jua platform, bagi membantu usaha mempromosi dan menyebarluaskan erti sambutan HKHM 2023,” ujarnya.
Sementara itu, pada sidang media selepas majlis pelancaran, Fahmi berkata, sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Putrajaya pada 31 Ogos manakala Hari Malaysia di Kuching pada 16 September.
Sumber: Astro AWANI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masjid Habib di Pulau Pinang menampilkan seni bina Jawi Peranakan, kubah berinspirasikan intan, serta kemudahan mesra komuniti — sebuah wakaf bernilai RM30 juta yang menjadi simbol cinta dan syukur.