Gaya Hidup

Bekas Gimnas, CP JULIANA EVANS Makin Jelita Lepas Ada Anak & Kembali Aktif Mengacara!

Seawal usia 15 tahun lagi Juliana Evans sudah mula menceburkan diri dalam bidang pengacaraan. Saat remaja seusianya sibuk dengan persekolahan, Juliana melangkah setapak ke hadapan dengan mengembangkan bakat dalam bidang berkenaan. Ternyata hari ini, namanya masih dikenali bukan sahaja sebagai pengacara bahkan juga anak seni. Berbekalkan pengalaman lebih sedekad, kemampuan Juliana mengacarakan sesebuah program tidak perlu dipertikaikan lagi.

Wajah terkini CP Juliana Evans
Wajah terkini CP Juliana Evans

Bersama co-host REMAJA, Aidid Marcello
Kenangan ketika remaja

Mengukir nama dalam program Remaja, Che Puan Juliana sempat mengimbau kenangan pertama kali mengacarakan program tersebut Bersama Aidid Marcello. “The good old REMAJA days.

Rasa best sangat dapat hos balik dengan my Remaja co-host Aidid Marcello. Kali terakhir kita hos sama-sama adalah pada tahun 2005! I was only a 15 year old teenager working with all adult crew members around me that time.

Masa tu Aidid kahwin so Aidid stop jadi hos Remaja. Jue hos seorang-seorang. Sedih sangat masa tu sebab kami memang macam siblings! Pergi mana-mana mesti orang tanya ‘adik-beradik ke?’ Dua-dua pun half-breed,” kongsinya di laman Instagram dan kini mengacarakan sebuah program perubatan di saluran UnifiTV.

Yang pasti, sejak bergelar ibu dan permata hatinya kini bakal berusia dua tahun barulah Che Puan Juliana dilihat kembali aktif dengan kerjaya. Iyalah, sebagai ibu pastinya beliau mahu memberi yang terbaik dan sepenuh tumpuan kepada anak yang sedang membesar. Walau mula sibuk dengan kerjaya namun keluarga tetap menjadi keutamaan jelitawan ini.

Di samping bapa tersayang

Disember lalu, Che Puan Juliana melakar sejarah tersendiri apabila beliau dilantik sebagai Duta kempen promosi pelancongan ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ selama dua tahun! Sebagai anak jati Selangor, ia pastinya khabar gembira buat Che Puan Juliana kerana berpeluang mempromosikan negeri kelahiran sendiri.

Che Puan Juliana atau nama penuhnya Juliana Sophie Johari Evans sah bergelar isteri kepada kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah Alhaj pada tanggal 30 April 2017 dalam sebuah majlis tertutup. Tahun ini mereka bakal menyambut ulang tahun perkahwinan yang keempat.

Lebih dua tahun melayari rumah tangga Che Puan Juliana dan suami akhirnya dikurniakan seorang anak perempuan pada 13 Julai 2019. Puteri comel kesayangan mereka ini diberi nama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah.

Meniti usia 32 tahun pada Julai nanti, pesona dan wajah cantik Che Puan Juliana masih memukau. Tidak hairanlah pada tahun lalu, namanya tersenarai dalam Top 100 Most Beautiful Woman dalam satu undian yang dilakukan laman web Starmometer. Antara nama-nama wanita terkenal yang turut tersenarai ialah Taylor Swift, Gal Gadot dan Priyanka Chopra.

Selain kerjaya seni, bekas penuntut jurusan Komunikasi Massa ini juga mengusahakan perniagaan Jevans Jewelry di samping pernah menceburi sukan gimnastik seawal usia 7 tahun dan mewakili negeri Selangor. Terbukti, Che Puan Juliana seorang wanita aktif sejak remaja lagi!

 

 

Kredit: Instagram Juliana Evans

IKLAN
Share