Pengacara TV Bergelar Peguam Ceburi Politik, FADZILAH KAMALUDDIN Dikhabar Bakal Bertanding PRU15!

Bahang pilihan raya umum (PRU) kian terasa. Tidak ketinggalan buat bekas pengacara TV Alhijrah, Nurul Fadzilah Kamaluddin yang dikhabarkan mungkin akan bertanding di Parlimen Setiawangsa pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15) kelak.

Dia dikatakan bakal menentang penyandang kerusi parlimen berkenaan iaitu Nik Nazmi Nik Ahmad.

Fadzilah yang kini Ketua Srikandi Muda Bersatu menjadi pilihan untuk parti itu menarik sokongan pengundi muda di kawasan tersebut. Dia menerima watikah pelantikan sebagai Ketua Srikandi Muda Bersatu pada 9 September lepas.

Credit Instagram @nurulfadzilah26
Credit Instagram @nurulfadzilah26
Credit Instagram @nurulfadzilah26

Sebelum menceburi arena politik, Fadzilah pernah melakukan kerja kebajikan bersama badan bukan kerajaan (NGO). Bahkan, dia juga pengamal undang-undang sivil dan mempunyai syarikat guaman sendiri.

Dalam laporan media Free Malaysia Today (FMT) itu juga, sekiranya personaliti televisyen tersebut dicalonkan Bersatu, ini merupakan kali pertama parti itu mengetengahkan wanita muda sebagai calon.

Credit Instagram @nurulfadzilah26
Credit Instagram @nurulfadzilah26
Credit Instagram @nurulfadzilah26
Credit Instagram @nurulfadzilah26
Credit Instagram @nurulfadzilah26

Memetik kenyataan sumber yang dikongsikan FMT lagi, Fadzilah berhasrat menubuhkan sebuah pusat khidmat guaman di Setiawangsa.

Bersandarkan statusnya sebagai anak tempatan Setiawangsa, dia turut dijangka memberi saingan sengit kepada calon yang bertanding di kerusi Parlimen terbabit.

Bagaimana pun, segala keputusan akhir terletak pada pimpinan pusat tertinggi Perikatan Nasional (PN) untuk memilih calon mereka untuk PRU15.

 

IKLAN
Share