‘Bertemu dengan orang yang tepat pada waktu yang tepat’. Ringkas tulisan Goh Liu Ying dalam hantaran Instagram sekaligus mengesahkan khabar pernikahan dan kehamilannya dengan jejaka pilihan.
Berusia 34 tahun dan berketinggian 166cm, bekas atlet kelahiran Melaka itu membuat pengumuman melalui beberapa keping foto cincin dan tangan berbentuk hati di bahagian perut.
“1+1=3” tulisnya yang memberi gambaran sedang hamil tanpa menjelaskan dengan terperinci.
Ads
Menurut portal olahraga berbahasa Mandarin, wellsport.asia, khabar tersebut telah disahkan sendiri oleh Liu Ying.
Beliau menyatakan jarang bercerita tentang kehidupan cinta kerana mahu masyarakat fokus pada perjalanan kerjayanya.
Liu Ying memberi gambaran bahawa pasangannya adalah seorang usahawan biasa yang mula ditemuinya sejak masih aktif dalam arena sukan badminton.
Ads
“Saya sangat gembira berkongsi khabar ini dan tulus berterima kasih atas semua harapan yang dikirimkan. Saya berharap masyarakat juga dapat memberi privasi kepada kehidupan baru kami.” Goh Liu Ying
Ads
Goh Liu Ying merupakan bekas atlet beregu campuran badminton negara dan pernah tersenarai dalam ranking ketujuh dunia.
Antara pencapaian tertinggi beliau merangkul pingat perak di temasya Olimpik Rio 2016.
Sebelum ini, anak sulung daripada tiga beradik milik pasangan Goh Chak Wee dan Yong Oi Lin tersebut sering menyertai pelbagai kejohanan badminton di peringkat antarabangsa.
Goh Liu Ying akhirnya mengumumkan persaraan daripada sukan badminton pada tahun 2020. Apa pun tahniah atas segalanya dan selamat pengantin baru Liu Ying!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyanyi kelahiran Indonesia, Datuk Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa mendahului 79 penerima pingat dan darjah kebesaran sempena Istiadat Memuliakan Ulang tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah hari ini.
Pelantun lagu Ayat-Ayat Cinta itu dianugerahkan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri bersama 21 individu lain termasuk Raja Puan Mahkota Perak, Raja Datuk Seri Nazhatul Shima Almarhum Sultan Idris Shah.
Pada tahun 2013, Rossa telah dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk, bersempena ulang tahun keputeraan ke-83 Sultan Pahang kira-kira lima tahun yang lalu.
Penyanyi kelahiran Sumedang, Indonesia mula aktif dalam bidang nyanyian pada 1995 dan menempa nama di negara dengan lagu-lagu seperti ‘Atas Nama Cinta’, ‘Ayat-Ayat Cinta’, ‘Hati Yang Kau Sakiti’ dan ‘Aku Bukanlah Untukmu’.
Pada majlis penganugerahan yang telah diadakan di Istana Sultan Abu Bakar, Pekan Pahang hari ini, Rossa kelihatan anggun menggayakan baju kurung hasil pereka tempatan iaitu Amir Luqman rona lembut yang tampak sopan dan anggun digayakan oleh ibu kepada seorang cahaya mata ini.
Laman instagram penyanyi popular Indonesia itu dihujani ucapan tahniah dari para peminat yang ternyata berbangga dengan pencapaian penyanyi genit yang mesra dan ramah ini. Tahniah Dato’ Sri Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa!
Sumber: BERNAMA
Foto: IG itsrossa910
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hubungan persahabatan dua pelakon Bollywood termasyhur, iaitu Shah Rukh Khan dan Salman Khan sememangnya diketahui ramai. Kedua-dua mereka mula berkawan rapat selepas membintangi filem blockbuster Karan Arjun pada 1995, malah mereka pernah berkongsi skrin dalam filem Har Dil Jo Pyar Karega dan Om Shanti Om.
Walaupun persahabatan mereka sering mengalami pasang surutnya, kes Aryan Khan baru-baru ini bagaimanapun telah membawa mereka dan keluarga masing-masing menjadi semakin rapat lebih dari dulu.
Memetik laporan India Today, Salman Khan dikatakan adalah selebriti pertama yang melawat rumah Shah Rukh Khan selepas penahanan anaknya itu.
Dan semalam, bersempena hari ulang tahun kelahiran yang ke 57, Shah Rukh Khan turut hadir memenuhi jemputan majlis yang diadakan di rumah Salman.
Menerusi video dan gambar yang tular, terserlah kemesraan kedua-dua aktor hebat itu yang saling berpelukan beberapa kali ketika Salman menghantar Shah Rukh Khan pulang menaiki kereta mewahnya.
Rata-rata ramai yang teruja dengan persahabatan dan ‘brotherhood’ yang ditonjolkan oleh kedua-duanya dan memuji sikap rendah diri masing-masing walaupun mereka berdua kekal bersaing secara sihat dalam pentas filem Bollywood.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tahniah buat Datin Vivy Yusof dan YM Raja Jesrina Raja Arshad yang terpilih menerima anugerah khas di The Asean@50 Achievement Award, malam tadi.
Anugerah berprestij terserbut telah disampaikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan diiringi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Dato’ Sri Mustapa Mohamed.
Datin Vivy Yusof, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman membeli-belah terkemuka, FashionValet, telah dipilih menerima Young Entrepreneur Award.
Sementara YM Raja Jesrina Raja Arshad, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif laman kesihatan dan kesejahteraan Purely B, menerima pengiktirafan Rising Entrepreneur Award.
Majlis yang dianjurkan oleh The Asean Business Advisory Council (ASEAN-BAC) itu diadakan bersempena sambutan jubli emas ASEAN ke-50 malam tadi. Turut menerima anugerah adalah Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Dr. Jeffrey Cheah di atas sumbangannya membangunkan Malaysia dan negara Asia yang lain.
Foto: NST Online
Syabas diucapkan kepada Datin Vivy dan Raja Jesrina. Anda berdua lambang wanita muda Asia yang membanggakan seluruh rakyat Malaysia. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.