Keringkam merupakan selendang, tudung atau skaf tradisional yang menjadi lambang mahkota bagi wanita Melayu di Sarawak. Sejak dulu hingga kini, keringkam menjadi antara pelengkap busana tradisional wanita Melayu Sarawak yang menyerlahkan keayuan serta kelembutan wanita Melayu.

IKLAN
TUNKU AZIZAH Hadiahkan Keringkam Berusia 35 Tahun Milik Baginda Kepada Muzium Sarawak
Gambar hiasan (Kredit: Pinterest)

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menghadiahkan Keringkam Sarawak milik baginda kepada Muzium Sarawak untuk dipamerkan kepada umum.

Tunku Azizah bertitah keringkam berusia 35 tahun yang diterimanya sebagai hantaran perkahwinan itu memiliki nilai seni yang tinggi serta perlu dihargai oleh generasi baharu agar tidak dilupakan bagi memartabatkan keindahan seni tenunan kain.

TUNKU AZIZAH Hadiahkan Keringkam Berusia 35 Tahun Milik Baginda Kepada Muzium Sarawak“Ini adalah hadiah perkahwinan dalam satu daripada 16 dulang yang saya dapat ketika berkahwin dengan suami saya (Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah).

“Memandangkan ia adalah Keringkam Sarawak, saya serahkan kepada kerajaan Sarawak untuk dipamerkan di muzium,” titah baginda pada majlis perasmian Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo.

IKLAN
TUNKU AZIZAH Hadiahkan Keringkam Berusia 35 Tahun Milik Baginda Kepada Muzium Sarawak
Kredit Foto: Bernama

Memetik dari Bernama, Tunku Azizah bertitah jumlah penenun berkemahiran semakin kurang dalam kalangan masyarakat dan mereka yang sudah tidak bergiat lagi dalam bidang itu perlu digalakkan untuk kembali aktif bagi membolehkan generasi baharu belajar daripada mereka.

“Adalah penting bagi mereka utnuk menurunkan pengetahuan untuk didokumentasikan setiap bahagian, bagi membolehkan kita mewariskannya kepada generasi akan datang,” titah baginda.

IKLAN
TUNKU AZIZAH Hadiahkan Keringkam Berusia 35 Tahun Milik Baginda Kepada Muzium Sarawak
Kredit Foto: Suara Sarawak

Tunku Azizah turut bertitah, industri tekstil semakin berkembang pesat dan mampu meningkatkan nilai eksport dan import. Maka, peluang perlu diambil bagi mempromosikan tekstil komuniti di Malaysia ke persada dunia.

Untuk info, Lembaran Emas Siri 2: Simposium Tekstil Borneo 2022 dianjurkan bagi memupuk hubungan antara masyarakat dan pemain industri tekstil, selain menjadi platform pertukaran idea ke arah pemeliharaan dan kemampuan tekstil di seluruh dunia.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI