Berapa usia anda sekarang? Pernah tidak anda merasa lelah dan cepat penat bila bertugas, sehinggakan sampai satu masa anda rasa nak mengalah dan berhenti. Apalah sangat dengan skop kerja dan usia anda, jika ingin dibandingkan dengan seorang nenek di Jepun ini yang dilihat masih aktif bekerja walaupun sudah berumur 90 tahun!
Di Jepun, tular kisah seorang nenek yang sudah bekerja selama 25 tahun di sebuah restoran makanan segera (fast food) di ibu kota Tokyo.
Menurut sumber Kumanichi, nenek berkenaan yang dikenali sebagai Tamiko Honda kini dianggap sebagai pekerja paling setia dan komited di Jepun kerana masih bertenaga bekerja lima hari seminggu.
Ads
Dikatakan, Tamiko Honda mengulangi rutin yang sama sepanjang 23 tahun seperti bangun seawal jam empat pagi dan masuk ke tempat kerja pada jam 7.30 pagi, dan sehingga kini masih belum menunjukkan tanda tanda dia mahu bersara dalam masa terdekat.
Nenek berusia 90 tahun itu menyatakan bahawa bekerja dan berbual bersama orang ramai mampu memberi motivasi dalam dirinya untuk terus positif. Dan dikhabarkan Tamiko nekad akan terus bekerja sehingga usianya 100 tahun.
Ads
Honda merupakan pekerja paling tua daripada 190,000 staf wanita di restoran ‘fast food’ itu di seluruh negara Jepun. Difahamkan, keluarga Honda sudah menasihati wanita itu supaya bersara, namun dia menegaskan bekerja salah satu cara untuk kekal sihat.
Kita yang baru nak masuk usia 30 & 40 tahun ini pun dah rasa macam nak bersara kan!
Ads
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gelaran mentor usahawan yang disandang Datuk Wira Dr Azizan Osman, jujurnya bukan sekadar gimik pemasaran. Bayangkan sepanjang penubuhan syarikat RichWorks International Sdn Bhd selama 14 tahun, Master Coach ini telah melahirkan ratusan ribu usahawan sukses dalam pelbagai industri di Malaysia!
Bimbingan lelaki hebat yang dianugerahkan Nona Business Mentor Award dalam Nona Superhero Award 2021 ini merentasi sempadan masa.
Menyedari keperitan usahawan untuk bangkit semula selepas pandemik, Datuk Wira Dr Azizan Osman tampil memacu transformasi dengan menganjurkan program Business Metamorphosis Bootcamp (BMB).
Menariknya, program BMB berjaya mengumpulkan penyertaan 2,000 usahawan tanah air terdiri 41% lelaki dan bakinya adalah wanita. Semua peserta bimbingan RichWorks diberi penekanan agar segera melakukan transformasi bisnes merangkumi pelbagai aspek.
Turut didedahkan solusi bisnes melalui program Bimbingan Mentoring dan secara Aplikasi. Ia menawarkan solusi terkini yang memudahkan usahawan dalam menyelenggara kempen hingga ke jualan.
Tujuannya agar peserta dapat membuat persediaan untuk membantu bisnes dalam menghadapi cabaran dunia perniagaan pasca pandemik. Ia turut mempersiapkan mereka dalam menempuhi krisis ekonomi yang bakal berlaku.
ILMU
Tertarik melihat topik-topik hebat yang dibincangkan dalam BMB bagi membantu usahawan-usahawan agar terus mengembangkan bisnes mereka. Antara yang mesti diikuti:
Terima kasih kepada RichWorks dan Enrichment Media Lab yang bekerjasama dengan Astro Media Solutions berkongsi pakej khas buat para usahawan yang hadir pada hari tersebut.
Enrichment Media Lab di bawah naungan Datuk Wira Dr Azizan Osman merupakan penasihat jenama yang paling pakar dalam melahirkan idea, konsep, kajian dan data yang relevan dengan sesuatu perniagaan.
Ini masanya untuk transformasikan perniagaan anda! Bertindak sekarang, keputusan ini adalah demi kemajuan syarikat pada masa depan. Hubungi Enrichment Media Lab terus di:
Dengan strategi, usaha dan bimbingan yang jelas seperti ini mudah-mudahan membuka laluan yang lebih besar untuk perniagaan disamping menjemput lebih banyak rezeki dari-Nya. Berniaga dengan bijak dan jujur kerana 9 daripada 10 rezeki berada pada perniagaan!
Maksudnya: “Sesungguhnya para peniaga ini akan dibangkitkan pada hari Kiamat dalam keadaan yang berdosa melainkan orang yang bertaqwa kepada Allah, berbuat kebaikan dan jujur.” Riwayat al-Tirmizi (1210)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benar kata pepatah, setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmahnya. Dugaan yang datang dalam hidup ini untuk memberi sesuatu yang lebih baik dalam hidup ini. Kisah hidup pelakon wanita terkenal Bollywood ini, benar-benar menyuntik inspirasi terutama kepada pengidap kanser seluruh negara.
Pelakon cantik ini begitu popular dengan lakonan mantapnya dalam filem Mann bergandingan dengan pelakon, Amir Khan. Filem ini menjadi sebutan ramai apabila pelakon utamanya, Manisha Koirala tampil berani berlakon dengan gaya solekan yang minimalis membawa watak Priya Verma.
Selain itu, Manisha Koirala mencipta nama selepas bergandingan dengan pelakon hebat Bollywood Dato’ Shah Rukh Khan dalam filem Dil Se pada tahun 1998. Seterusnya namanya meniti di bibir peminat filem Bollywood seperti Akele Hum Akele Tum.
Namun siapa sangka, sekitar tahun 2012 wanita cantik ini telah diduga apabila disahkan mengidap kanser ovari. Kisah hidup wanita yang berusia 50 tahun ini tidak terhenti begitu saja apabila terus positif menjalani rawatan kansernya.
Pelakon wanita yang berasal dari Nepal ini telah mendapatkan rawatan untuk membunuh sel kanser dalam tubuhnya di Memorial Sloan Kettering Cancer Centre di Amerika Syarikat.
Pada bulan Mei 2013, Manisha telah mengumumkan bahawa doktor telah mengesahkan dirinya bebas kanser dan bergelar kanser survivor. Manisha juga telah mencatatkan perjalanan hidupnya sepanjang mendapatkan rawatan kanser dalam sebuah buku yang bertajuk, Healed: How Cancer Gave Me A New Life.
Salah satu perkongsian Manisha dalam bukunya ini, “…the cancer had spread like a bowl of Rice Krispies all over the organs,”. Namun kini Manisha lebih positif menjalani kehidupan dengan menghindarkan diri dengan stres dan mengamalkan pola pemakanan yang sihat. “Jika saya rasa terlalu penat, saya akan tidur sekejap atau ambil makanan yang sihat. Paling tidak pun saya akan memanjakan diri di spa,”.
Pada dua tahun lalu Manisha telah kembali ke dunia seni menerusi filem Sanju. Wanita cantik ini juga kelihatan sering berkongsi pengalaman hidupnya sebagai kanser survivor serta memberi motivasi kepada audiennya. Bukan itu sahaja, Manisha kerap menjadi aktivis demi membantu anak bangsanya.
Sumber: thehindu.com
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika dan saat ini ramai yang terkesan dengan situasi semasa. Tidak kira golongan yang berada mahupun yang susah tetap merasa perit menempuh kehidupan kala mendepani pandemik COVID-19 ini.
Walaupun susah namun, tidak suka amalkan sikap meminta-minta adalah suatu sikap yang terpuji. Ratu Dangdut Malaysia, Amelina antara contoh terbaik wanita yang sanggup menyinsing lengan demi menyara hidup keluarganya.
Amelina atau nama sebenarnya Norazlina Amir Sharipuddin akui, pada mulanya rasa malu nak menjual nasi minyak dan nasi ayam di musim pandemik COVID-19 ini. Sifat malu tak boleh buat dapur berasap, ya tak?
Amelina telah memberanikan diri dan buang sifat malu dengan masak dua menu tersebut untuk dijual kepada orang ramai termasuk peminat tersayang. Rezeki tak pernah salah alamat dan siapa sangka percaturan wanita yang sudah terbiasa hidup susah ini berniaga makanan itu membuahkan hasil.
“Dulu setakat masak untuk makan sendiri dan anak. Tapi sekarang untuk memasak dan bagi orang lain merasainya ia satu nikmat berbeza. Pada mula berniaga saya akui dibayangi rasa takut.
Bimbang tak menjadi atau tak ada sambutan. Kali pertama jual pun saya tak promosikan pun di media sosial. Saya cuba buka tempahan sebanyak 15 bekas. Tapi saya optimis rezeki manusia itu akan ada diiringi usaha,” kata ibu tunggal kepada enam cahaya mata ini.
Penyanyi lagu Di Dadaku Ada Kamu ini turut terharu apabila ada individu termasuk peminat yang dari jauh tapi menyokong bisnesnya. “Peminat saya banyak membantu. Mereka beri semangat. Mereka kata buat saja, nanti boleh ‘order‘.
Daripada situ mereka memuji kata sedap dan mula berkongsi dengan orang lain di media sosial. Sampai ada yang mengulangi tempahan banyak kali.
“Hari demi hari, tempahan mula meningkat. Daripada masak untuk 10 orang kebiasaannya, saya cabar diri untuk siapkan 50 bekas dalam satu hari. Tak hanya peminat dan pengikut di media sosial, rakan artis pun turut menyokong dengan membeli,” tutur Amelina.
Tambahnya lagi, “Ada yang buat saya tersentuh hati biarpun jauh dari KL dan Selangor, tapi tetap nak beli dan menyokong. Saya pun suka cara begini, tak perlu beri bantuan wang. Tapi cukup dengan membeli makanan yang saya jual.
“Ada yang duduk di Pulau Pinang, Johor Bahru, Melaka, dan Sarawak sanggup tempah tapi untuk disedekahkan kepada orang yang memerlukan. Malah ada yang beli untuk disumbangkan kepada pekerja barisan hadapan,” katanya.
Dalam setiap rezeki kita ada bahagian untuk orang lain. Mungkin rezeki Amelina murah kerana berniaga sambil bersedekah. “Di saat ramai bergelut sekarang ini, bukan senang orang nak keluarkan duit beli itu ini.
Jadi saya niat masak yang sehabis baik dan penuh kasih sayang. Kadang kadang, saya tak fikir pun bab terlebih termasuk kuantiti atau bahagian tertentu seperti ayam. Saya anggap itu cara bersedekah,” katanya.
“Macam resipi nasi minyak pun saya belajar daripada mak. Setiap orang tahu menu berkenaan hanya dibuat mak masa hari raya. Nak masak menu ini memang leceh.
Jadi saya selama ini ambil kesempatan melihat cara mak memasaknya termasuk berkongsi resipi. Kalau nasi ayam pula, saya memang menyukainya. Kalau makan di restoran, saya banyak memerhati dan memantau dari kejauhan.
“Jadi apabila mula berniaga, saya akan olah ikut sedap dan rasa hati. Contohnya macam mana nak melembutkan ayam sampai tahan ke malam. Saban hari saya memperbaiki rasanya,” kata Amelina yang turut menghasilkan lagu popularnya, Memori Daun Pisang bertukar dalam bentuk motivasi kepada masyarakat diberi judul Memori Lockdown.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.