Ramai yang memuji kejelitaan selebriti Siti Elizad Mohamad Sharifuddin berhijab. Siti Elizad mengakui bahawa masih dalam proses penghijrahan dan masih belum sempurna. Slowly but surely, tulisnya di laman media sosialnya. Semoga wanita tinggi lampai ini terus istiqamah dan diberikan ketetapan iman untuk terus berhijab.
Apa yang menariknya baru-baru ini wanita yang mempunyai hobi menunggang motorsikal berkuasa tinggi ini berkongsi tentang usahanya menghafal beberapa surah di dalam Al-Quran. Kongsi wanita ini di laman media sosialnya, “KEMANISAN musim pandemic, saya cuba hafal beberapa surah.
Kagum mendengar hafazan Siti Elizad. Semoga terus berusaha memperbaiki bacaan dan mana tahu boleh menjadi AlHafizah dan dimakbulkan doa untuk mendapat zuriat.
Ads
Sebelum ini wanita yang berusia 37 tahun ini pernah berkongsi mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali.
Siti Elizad juga pernah hamil setelah melakukan prosedur IVF namun hanya mampu bertahan selama seminggu. Biarpun kecewa namun Siti Elizad sentiasa positif dan tak mengaku kalah. Kagum dengan semangat Siti Elizad kerana tetap mahu berusaha tanpa mengenal putus asa dan sentiasa bersangka baik dengan ujian Allah.
Dato’ Rizalman Ibrahim cukup terkenal dengan rekaannya yang bercita rasa tinggi dan kreatif. Sering menjadi pilihan golongan kenamaan mahupun atasan yang sentiasa percaya dengan kepakarannya.
Sejujurnya, bapa kepada dua orang anak lelaki ini sebenarnya seorang yang cukup merendah diri. Dato’ Rizalman selayaknya digelar ‘guru’ dalam industri fesyen tanah air kerana ilmu serta kebolehan luar biasa yang dimiliki.
“Saya bersyukur kerana dijadikan siapa diri saya sekarang untuk berkongsi ilmu yang dianugerahkan oleh Dia. Saya hanyalah sebagai medium serta watak di pentas dunia ini yang telah berjaya saya sampaikan dengan sempurna. Kelebihan yang saya miliki ini adalah satu tanggungjawab. Ilmu itu satu amanah. Saya juga memandang risiko serta kritikan sebagai satu fasa kehidupan yang mematangkan.
Sebagai pereka fesyen juga saya perlu tahu siapa pesaing-pesaing untuk menjadi yang lebih baik dan berusaha sampai ke tahap paling atas yang menjadi kunci untuk menjadi pereka fesyen tersohor. Saya tahu apa itu fesyen kerana banyak membaca dan mengembara ke negara luar,” ujar anak kelahiran Pulau Pinang ini yang berusia 49 tahun. Dato’ Rizalman merupakan Ahli Lembaga Pengarah Universiti Teknologi MARA (UiTM).
PERMULAAN KARIER
“Kerjaya sebagai pereka fesyen bermula sebaik tamat pengajian di UiTM pada tahun 1993 di salah sebuah butik sekitar Kuala Lumpur. Tugas saya menjahit butang dan cangkuk dengan gaji hanya RM350. Waktu itu kerja hanya enam bulan kerana saya rasa terlalu terkongkong dan tercabar dengan skop kerja. Saya nekad untuk jadi pereka fesyen berjaya seterusnya berniat mahu membalas jasa ibu bapa. Sebaik berhenti kerja, saya buat freelance. Disebabkan masa itu tiada media sosial sukar untuk saya bertapak dalam industri fesyen.
Pun begitu, saya tidak pernah anggap ia satu halangan. Saya terus berusaha sehinggalah dikenali sebagai pereka fesyen baru yang sering mengetengahkan silhouette daripada kebaya dan kurung yang dimodenkan mengikut cita rasa masyarakat ketika itu. Saya turut mengeluarkan idea-idea baru seperti baju kurung yang boleh diolah dalam pelbagai bentuk dan sebagainya. Dari situ orang mula mengenali saya sebagai seorang yang suka membuat revolusi terhadap busana-busana tradisional selain menitikberatkan soal kualiti.
Pelanggan pertama saya ialah personaliti televisyen terkenal, Wan Zaleha Radzi yang membeli sepasang kebaya kuning dan saya menggunakan fabrik sari. Personaliti lain ialah Fauziah Ahmad Daud, Zarina Zainuddin dan Zakiah Anas. Disebabkan belum ada butik, cara saya menjual ialah dengan meletakkan baju-baju yang sudah dijahit ke dalam beg dan membawanya ke stesen televisyen dengan menaiki bas.
Waktu itu saya masih belum punya kereta sendiri dan tiada pekerja. Semuanya dilakukan sendiri, menjual dari pejabat ke pejabat, pergi ke rumah klien dan sebagainya. Dan bila ada duit sikit saya iklankan hasil rekaan dalam majalah.
Kesimpulannya, agak susahlah dulu kerana perlu bergantung kepada cara pemasaran di samping kualiti produk itu sendiri. Bila sudah ada simpanan barulah saya membuka butik secara kecil-kecilan,” ungkap anak bongsu ini yang dilahirkan dalam keluarga seni. Ibunya seorang tukang jahit manakala bapa merupakan kerani dan jurufoto fesyen. Adik beradiknya pula pandai melukis dan ada yang bergelar pelakon teater serta pelakon radio.
“Harapan saya bila tibanya saat menutup mata, dapatlah pergi dalam keadaan yang tenang tanpa hutang. Sihat tubuh badan serta mampu melakukan ibadah dengan sempurna seterusnya memiliki anak-anak yang soleh. Tidak kisahlah mereka mahu meneruskan legasi saya mahupun tidak. Semoga mereka diberikan jodoh yang solehah dan keturunan yang soleh.
Seterusnya nasihat saya buat generasi muda yang mahu berjaya pertamanya ialah kenal dahulu siapa Pencipta, kenal siapa diri kita dan kenal segala benda yang ada di sekeliling kita. Bila kita tahu semua itu maka kita akan tahu bagaimana formula untuk menjadikan diri kita berguna dan bagus kepada orang lain,” akhiri Dato’ Rizalman yang juga pemilik kepada Glam Casa, Glam Reka, Glam Weddings serta The RI Maison by Rizalman.
Kredit Foto: Instgram @rizalman71
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjaring utama (GS) skuad bola jaring kebangsaan wanita, An Najwa Azizan baru-baru ini berjaya menggengam Ijazah Sarjana Muda pada Majlis Konvokesyen ke-46 Universiti Putra Malaysia (UPM).
Berusia 25 tahun, atlet tinggi lampai yang pernah merangkul pingat emas sulung ketika di temasya Sukan SEA di Kuala Lumpur pada 2017 ini merupakan pelajar jurusan Komunikasi di UPM.
An Najwa yang merupakan anak kepada bekas pemain ragbi kebangsaan ini turut berkongsi detik terindah itu menerusi hantaran (posting) di Instagram. Hantarannya itu dihujani pujian serta ucapan tahniah daripada para pengikutnya.
Tulis An Najwa di ruangan kapsyen: –
“After years and years, I’ve finally, officially graduated. Grateful for such an amazing support system throughout this journey filled with tears & laughter (happy tears too of course!)”
“Setelah bertahun-tahun, akhirnya saya telah tamat pengajian secara rasmi. Bersyukur dengan sistem sokongan yang luar biasa sepanjang perjalanan ini yang dipenuhi dengan air mata dan ketawa (tentu saja air mata gembira!)”
Ternyata kejayaan ini bukan mudah untuk digapai kerana banyak pengorbanan yang dilakukan oleh An Najwa bukan hanya sebagai atlet bola jaring negara malah pada masa yang sama harus menggalas komitmen sebagai pelajar sepenuh masa.
“Saya sangat berbangga menjadi pelajar UPM kerana prestasi saya dalam bidang sukan semakin hari semakin bagus, pengajian pun bergerak seiring.
“Walaupun saya berkecimpung dalam sukan bola jaring, tetapi pada masa depan kita tak tahu apakah nasib kita.
“Jadi saya sarankan semua atlet untuk sambung belajar sama ada dalam bidang akademik mahupun kemahiran untuk membantu kita teruskan kehidupan,” ungkap An Najwa.
An Najwa yang sebelum ini pernah berhijrah di Australia pernah melakar sejarah buat negara untuk pertama kalinya dengan beraksi di liga luar negara menerusi kelab Bola Jaring Greater Western Sydney (GWS) Fury. Selain itu, dia juga pernah dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP).
Menurut atlet yang sudah berkecimpung selama 10 tahun dalam sukan bola jaring ini, dia akan mula mencari kerja pada tahun 2023 dalam bidang komunikasi seiring dengan ijazah yang diterima serta sukan yang diminatinya iaitu bola jaring.
Semoga segala impian An Najwa dipermudahkan dan terlaksana. Sebagai atlet harapan negara, teruslah melakar kejayaan buat Malaysia sekaligus menjadi inpirasai buat generasi muda.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nama Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin tidak perlu diperkenalkan lagi, sejak terpalit kontroversi rumahtangga bersama pengarah tersohor Syamsul Yusof yang pernah menggemparkan negara dahulu.
Sewaktu di temu ramah NONA, Puteri Sarah berkongsi pengelamannya berhijab sejak 2013 sehingga kini. Katanya, rezeki yang dimiliki sebelum ini sepeti kehilangan sesuatu, walaupun banyak permintaan dan peluang pekerjaan masih ada yang tidak cukup.
“Shooting non-stop, sentiasa ada dan banyak duit ketika itu. Tapi saya rasa masih ada yang tidak cukup dan cepat habis,
“Saya faham mungkin rezeki yang saya peroleh ketika itu tiada barakah. Kehidupan saya juga tidak tenang,
“Namun, setelah saya berhijrah dan membatasi apa yang boleh dan tidak boleh. Dulu lebih mengejar duit tetapi tidak sekarang. Walaupun satu job, saya rasa sudah cukup dan memadai.” katanya.
Sarah juga tidak nafikan dia menghadapi cabaran dalam istiqamah untuk berhijab. Tetapi dia percaya ketenangan yang diberikan dari Allah SWT itu satu nikmat yang susah dikecapi.
Jelasnya lagi, Kekuatan dan sokongan dari anak-anak, keluarga, dan orang sekeliling juga amat memainkan peranan penting.
“Kalau saya tak kuat, mungkin senang sahaja saya buka balik tudung. Tapi Sarah pilih untuk kuat dan tanam dalam diri ini satu ujian Allah SWT beri untuk diri ini. Takkan Sarah nak pilih jalan yang lebih menyesatkan diri, betul?
“Saya cakap lagi ‘Allah SWT masih test diri ini’ dan syukur saya semakin kuat dan kuat menempuhi setiap dugaan. Anak-anak juga menjadi salah satu sebab saya terus kuat istiqamah,
“Orang sekeliling juga menjadi salah satu faktor yang mendorong saya kekal kuat. Adanya circle kawan-kawan yang rajin sertai usrah dan kelas mengaji buatkan saya rasa lebih positif,
“Saya sertai kelas mengaji, walau sibuk shooting masih ada masa untuk di selit pengisian ini. Bila adanya sesi ini, itulah saat Sarah rasa dekat bersama Allah SWT.” ujarnya lagi.
Sekadar Info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.