Siapa yang tidak mengenali pelakon, model dan usahawan popular Rozita Che Wan bukan? Yang pasti apa saja rutin harian yang dikongsikan di laman sosialnya pasti mencuri tumpuan terutama sekali bagi pengikut setianya.

IKLAN
“Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan!
Kredit foto: @rozitachewan1

Dan baru-baru ini, sekali lagi isteri kepada pelakon Zain Saidin ini mendapat perhatian umum apabila dia dan adik beradik datang ‘menyerbu’ sebuah kedai emas untuk membeli barang-barang kemas.

Menerusi perkongsikan yang dikongsikan di laman TikToknya, Rozita atau mesra dipanggil Che Ta dilihat hadir ke sebuah kedai emas sambil membawa adik beradik termasuk ibunya untuk membeli gelang emas baharu bersempena raya Aidilahda yang bakal diraikan umat Islam khamis minggu hadapan.

“Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan!

“Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan!

“Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan!

“Bawa mak pergi beli gelang raya haji. Rambang mata datang,” tulis Che Ta lagi. Dalam video tersebut, nyata terserlah kegembiraan dan keterujaan di wajah ibunya saat Che Ta membawa ibunya memilih barang perhiasan yang tersedia.

“Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan!

Yang menariknya, gelagat Che Ta yang dilihat ‘memborong’ barang emas tak ubah seperti membeli dan memilih ikan di pasar tani. Yang pasti, keadaan di kedai emas itu sudah pastinya kecoh dengan kehadiran Che Ta bersama adik beradiknya termasuk Ayu Raudhah . Anda boleh menyaksikan video penuh di pautan ini.

IKLAN

Dalam pada itu, Che Ta turut dilihat mengeluarkan sejumlah wang bernilai RM30,000 daripada tas tangannya untuk membayar gelang tersebut secara tunai.

@rozitachewan1 Bawak mak mai beli gelang qaya haji … Qambang mataaaaa mai #angsaemasjewellery #cheta #emas #rcw #fyp ♬ Gadis Melayu

Di ruangan komen, rata-rata ramai pengikut dan peminat dramatis popular itu terhibur dengan gelagat Che Ta sewaktu di kedai emas tersebut, malah ada yang mengagumi bagaimana Che Ta melayani dan menyayangi ibu tersayang serta adik beradiknya. Semoga ini dapat menjadi inspirasi untuk kita sentiasa berusaha membahagiakan orang tua. Murah rezeki Che Ta!

IKLAN

“Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan! “Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan! “Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan! “Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan! “Beli Emas Macam Beli Ikan Di Market..” Telatah CHE TA Hadiahkan Gelang Emas Untuk Ibu Curi Tumpuan!

***

Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona

***

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI