BELLA AMMARA HENTI JAHIT BAJU RAYA, KINI TUMPU PADA PENGELUARAN PPE UNTUK FRONTLINERS

 

Terkesima seketika apabila sebuah jenama fesyen tempatan, Bella Ammara pula memilih untuk memberhentikan seketika pengeluaran untuk koleksi baju raya semata-mata ingin menumpukan kepada penghasilan PPE buat frontliners.

 

Belle Al-Yahya, pengasas busana Muslimah Bella Ammara bersama 20 orang kakitangannya menerima tawaran daripada sebuah syarikat untuk bekerjasama menjahit PPE kerana terlalu ramai frontliners

kekurangan PPE untuk digunakan bagi berhadapan dengan wabak Covid-19.

Menurut Belle, Bella Ammara menerima material kain daripada Foresight Industries Sdn Bhd dan kemudiannya kakitangan Bella Ammara sendiri yang menjahit 10500 PPE untuk digunakan frontliners.

 

“Sebenarnya frontliners sendiri yang menjadi inspirasi kepada Belle untuk menjalankan kerjasama ini. Melihat kisah sedih mengenai mereka yang hanya menggunakan plastik sampah sebagai PPE mendorong kami membantu meringankan beban mereka,”katanya.

 

Menurut Belle, meskipun mereka juga terkesan dengan situasi kini namun itu tidak bermakna Bella Ammara tidak boleh bersama-sama menghulur bantuan di saat-saat negara sedang dilanda musibah. Dengan kepakaran yang ada, sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban kerajaan dan wira-wira negara.

 

“Secara jujur, sememangnya bisnes memang terjejas tetapi kami masih lagi ok kerana loyal customers kami masih setia membeli baju raya. Cuma mungkin target sale kami tidak seperti yang dirancangkan kerana kesemua butik perlu ditutup sepanjang PKP,”kata Belle.

 

Frontliners sanggup mengambil risiko membantu mereka yang dijangkiti wabak Covid-19. Mereka bukan sahaja mengambil risiko kesihatan diri malah berkorban untuk tidak berjumpa ahli keluarga dalam masa yang agak lama. Jadi, apalah sangat sumbangan kecii kami ni jika hendak dibandingkan dengan sumbangan mereka.”

Ibu cantik kepada dua cahaya mata ini akui, tempoh PKP ini amat bermakna buat dirinya dan keluarga. Banyak aktiviti dapat dilakukan bersama anak-anak.

“Alhamdulillah kami sekeluarga baik baik sahaja. Banyak aktiviti dilakukan bersama anak anak. Ketika ini hubungan keluarga lebih erat dan kami sentiasa habiskan masa bersama keluarga. Kalau sebelum ni, Belle sibuk keluar bekerja, jadi seronok bila dapat meluangkan masa bersama anak-anak.”katanya.

Semoga rezeki Belle dan Bella Ammara bertambah-tambah lagi selepas ini.

Kredit foto: Instagram Belle Al-Yahya dan Bella Ammara

IKLAN
Share