Memenuhi jemputan rasmi dari Pejabat Perdana Menteri, team Majalah Nona berbuka puasa di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya pada 22 Ramadan 1443H. First time jumpa YAB Dato’ Sri Ismail Sabri, kagum sangat dengan keramahan dan sifat kebapaannya, memang baik sangat-sangat.
Tertawan dengan cara beliau yang sangat ayah-ayah dan low profile, patutlah orangnya disenangi rakyat!
Bila disapa, beliau secara automatik menyebut nama Majalah Nona beberapa kali. Tentunya majalah kesayangan ramai ini cukup dekat di hati Perdana Menteri, kan!
Tonton video pengalaman kami ketika berjumpa Perdana Menteri, besarnya Kompleks Seri Perdana ni…
Ads
RAI MEDIA
Yang Amat Berhormat Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan seisi Pejabat Perdana Menteri meraikan pengamal media termasuk ketua pengarang dan editor pada majlis berbuka puasa di kediaman rasmi beliau di Seri Perdana.
Ads
Majlis itu dihadiri kira-kira 700 tetamu daripada pelbagai agensi media termasuklah Majalah Nona.
Turut hadir Pengerusi Bernama Datuk Ras Adiba Radzi, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Bernama Roslan Ariffin dan Ketua Pengarang Bernama Khairdzir Md Yunus.
Ads
Editor Majalah Nona bersama YAB Perdana Menteri
Foto: Bernama
Majlis turut diserikan dengan kehadiran 95 jemputan Pejabat Perdana Menteri daripada Yayasan Keluarga Malaysia serta rumah anak yatim dan asnaf Raudhatul Al-Faeez. Dato’ Sri Ismail Sabri kemudian menunaikan solat maghrib, isyak dan tarawih secara berjemaah.
Pada bulan mulia ini, didoakan semoga kepimpinan beliau terus cemerlang dan amanah menjalankan tugas sebagai pemimpin No. 1 Malaysia!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dayang Nurfaizah antara selebriti tanah air yang bebas daripada kontroversi. Walau pun kerjaya nyanyiannya cukup cemerlang dan diminati ramai namun kelibat Dayang agak jarang kelihatan di majlis-majlis hiburan. Ada yang beranggapan dia terlalu menjaga nilai eksklusif diri. Hakikatnya, Dayang adalah seorang wanita lemah-lembut, merendah diri dan mudah didekati.
Menggali sisi peribadi penyanyi bersuara lunak ini, rupa-rupanya ada tanggungjawab lain yang ‘disembunyikan’ Dayang selain aktiviti nyanyian. Patutlah Dayang jarang berada di khalayak kerana kebanyakan masanya diisi untuk keluarga di rumah. Apatah lagi, Dayang turut membawa kedua-dua ibu bapa tinggal bersama di Kuala Lumpur di samping turut menjaga anak kakak yang dibawa dari Sarawak.
“Semuanya bermula lepas kakak saya habis berpantang dan tak ada siapa yang boleh jaga Yaya sebab saya bawa ibu bapa tinggal di KL. Jadi, kami bawa Yaya bersama. Bila dah semakin lama, saya terus ambil keputusan untuk ‘pinjam’ tanggungjawab sebagai ibu daripada kakak dan jaga Yaya.
Sekarang Yaya dah berusia 10 tahun dan bersekolah di sini. Bila cuti panjang baru Yaya akan balik ke pangkuan keluarganya atau mereka yang akan datang lawat Yaya. Saya mula jaga Yaya dari umur dia tiga bulan lagi. Mungkin sebab itu jugalah dia tetap nak tidur dengan saya walaupun bilik untuknya sudah disediakan. Bagi saya semua tu tak jadi masalah sebab saya suka baby dan memang suka jadi babysitter,” ujar Dayang yang mesra dengan panggilan Mumuk di kalangan anak saudara.
Dari riak wajahnya jelas terpancar sinar bahagia Dayang dalam memikul tugas sebagai seorang ibu. Meskipun ada ketika dia berasa penat untuk membahagikan masa di antara
kerjaya dan keluarga, tapi Dayang akui gembira dan puas. Katanya, “Bila dah ada tanggungjawab baru, waktu kita akan terasa lebih terisi. Setiap kali sesi persekolahan
bermula, memang saya sibuk uruskan hal Yaya. Fikirkan kelas tuisyen, beli buku sekolah dan macam-macam lagi keperluannya.
Sejak dia berumur empat tahun, saya dah hantar Yaya ke sekolah. Kasihan pula tengok dia main seorang di rumah, ditemani orang dewasa. Sekurang-kurannya, di sekolah ada rakan sebaya dan mungkin sebab itu dia kini terlebih peramah. Saya dah anggap Yaya macam anak sendiri. Setiap hari jam 6.30 pagi sama ada cukup tidur atau tidak, saya tetap akan bangun untuk uruskan Yaya.
Saya memang jenis yang susah tidur malam sejak zaman sekolah dulu. Kalau tak ada apa-apa show, saya sendiri yang akan hantarnya ke sekolah. Bab merajuk, memang selalu dia merajuk dengan saya sebab bila balik dari sekolah, jarang saya dapat ambil dia pulang. Tapi bila dia nampak saja saya di pintu sekolah, ketara sangat perubahan wajah Yaya.
Kalau saya perlu outstation, awal-awal lagi saya akan beritahu Yaya. Kami akan video call untuk lepaskan rindu. Begitu rapatnya kami sampai Yaya kadang-kadang kekok
dengan ibunya sendiri kalau berjumpa.”
Tambah Dayang, “Ilmu parenting bukan sesuatu yang kita boleh senang-senang adapt. Saya selalu Google untuk tahu cara bagaimana berhadapan dengan anak-anak seusia Yaya. Susah juga nak jawab semua persoalannya dan kita sebagai orang dewasa perlu tahu cara terbaik untuk membentuk anak-anak.
Biasanya saya anak jadi mentor kepada ibu bapa saya sebab orang dulu-dulu memang akan terus anak jika mereka buat salah. Tapi anak-anak sekarang, tak boleh macam tu. Kita kena jadi kawan mereka tapi dengan had yang betul supaya boundaries di antara ibu dan anak itu tetap ada.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Romantisnya tengok foto-foto Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor yang dikongsikan di laman rasmi Selangor Royal Office. Tampil berbusana masyarakat India sempena perayaan Deepavali yang bakal tiba, kemesraan baginda berdua nyata menarik perhatian ramai.
Menerusi posting terbaharu, DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj dan DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin berkenan mengucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada semua penganut agama Hindu yang meraikannya.
Baginda berdua berharap agar pesta cahaya kali ini terus disambut dalam suasana yang harmoni, hormat-menghormati, penuh toleransi dengan semangat perpaduan yang utuh.
Baginda juga mahu supaya sambutan perayaan sebegini diraikan dengan dengan meriah, sambil tetap berwaspada serta mematuhi SOP yang ditetapkan memandangkan wabak Covid-19 masih menular di dalam komuniti.
Semoga limpahan cahaya yang menjadi simbol perayaan Deepavali mampu terus menyinari semangat perpaduan antara kaum di Malaysia dalam menghadapi cabaran dan dugaan yang mendatang.
Dalam pada itu, foto-foto eksklusif yang dikongsikan ini juga dirakam di kediaman peribadi Baginda di Shah Alam. Baginda turut berkenan mengabadikan gambar bersama koleksi lukisan Baginda yang dilukis oleh Allahyarham Dato’ Ibrahim Hussien.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila bercakap pasal kahwin, tentu ramai yang akan terpana sebentar lebih-lebih lagi mereka yang masih bujang dan bersendirian. Setiap manusia pasti ingin hidup berpasangan iaitu dengan mendirikan rumah tangga sekaligus mengimpikan perkahwinan yang bahagia dan gembira.
Berbicara mengenai perkahwinan, rata-rata wanita ingin cepat mendirikan rumah tangga berbanding kaum lelaki. Ada sebab-sebab tertentu yang mendorong kepada perkara ini. Ingin tahu apa sebabnya? Jom kita lihat 5 sebab mengapa kaum wanita ingin cepat berkahwin dan mendirikan rumah tangga!
1. INGIN MEMILIKI IKATAN YANG SAH
Pasangan yang bercinta pasti saja sering keluar dan menghabiskan masa bersama. Bagi kaum wanita, tanpa ada ikatan yang sah, mereka kadangkala khuatir akan pandangan masyarakat sekeliling termasuk ibu dan bapa mereka. Selain itu, mereka juga ingin menjaga batas pergaulan dengan yang bukan mahramnya. Sekiranya sudah memiliki ikatan yang sah iaitu pernikahan, mereka akan berasa lebih bebas dan terjamin.
2. INGINKAN ZURIAT
Naluri keibuan sukar untuk disangkalkan pada setiap wanita. Mereka yang bergelar wanita pasti ingin mempunyai anak yang dikandung sendiri selama 9 bulan. Sebab itu, apabila mereka berada dalam sesebuah hubungan cinta, mereka ingin cepat mengakhiri kisah cinta tersebut dengan perkahwinan. Tidak hairanlah wanita ingin mendirikan rumah tangga dengan cepat!
3.FAKTOR UMUR
Untuk sesetengah wanita, umur mempengaruhi untuk mereka segera mengakhiri zaman bujang. Mereka khuatir digelar sebagai anak dara tua. Stigma tersebut lahir dan menghantui mereka dari orang tua bahkan dari kawan-kawanya sendiri. Sedar atau pun tidak, ramai wanita yang mendirikan rumah tangga di usia yang masih muda.
4. MELAKSANAKAN PERINTAH AGAMA
Perkahwinan atau pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. Inilah yang menjadi sebab wanita ingin cepat mendirikan rumah tangga. Ia merupakan detik dan momen yang ditunggu-tunggu oleh setiap wanita dimana mereka ingin menjadi seorang wanita yang sah secara agama dan hukum untuk lelaki yang dicintainya.
5. MELIHAT KAWAN-KAWAN YANG SUDAH BERKAHWIN
Mungkin ini alasan yang wajar kerana setiap orang memiliki rasa ‘ingin seperti kawan-kawan. Ya, ketika kawan-kawan rapat semuanya telah mendirikan rumah tangga, tentu sahaja mereka juga ingin jejak langak kawan-kawannya.Oleh sebab itulah wanita akhirnya memutuskan untuk endirikan rumah tangga lebih cepat. Namun diingatkan jangan terlalu terburu-buru. Pilihlah calon yang sesuai dan sempurna buat anda bagi menjamin keharmonian rumah tangga.
6. DESAKAN KELUARGA
Setiap ibu-bapa pasti ingin yang terbaik buat anak perempuan mereka. Setiap kali pulang ke kampung, soalan mengenai kahwin sering diajukan. Wanita yang mengutamakan keluarga sukar untuk menepis kehendak ibu-bapanya. Atas sebab itulah, wanita ingin cepat mendirikan rumah tangga di samping ingin melihat kedua orang tuanya tersenyum gembira.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tumpang bangga dengan kejayaan anak Malaysia yang melakar sejarah tersendiri dalam apa jua bidang sekaligus mengharumkan nama negara di mata dunia.
Seperti mana Zul Hakim...