Gaya Hidup

Bercinta Bertahun-Tahun Tak Kahwin Juga, Nak Tunggu Sampai Bila? TINGGALKAN Si Dia Lepas Baca Ni!

Tidak ada sesiapa yang mahu bercinta lama-lama tapi tidak tahu ke mana hala tuju hubungan itu. Bertambah perit apabila hubungan yang telah dibina bertahun-tahun lamanya terkandas di tengah jalan. Begitu hebatnya Allah aturkan jodoh, bercinta bertahun-tahun lamanya pun masih belum tentu si dia akan jadi milik kita. Ada juga lelaki yang menjalinkan hubungan cinta hanya sekadar ingin mengisi kekosongan di hati dan elakkan rasa bosan sendirian.

Sebagai wanita, anda harus bersikap tegas dalam urusan ini dan jangan buang masa bercinta kalau lelaki itu tak ada niat langsung untuk berkahwin. Memang masa mula-mula bercinta kita akan terbuai dengan kata-kata dan janji-janji manis si dia. Tapi sampai bila? Lama-lama hati kita juga akan rasa bosan dan menyampah dengan penantian tidak berpenghujung.

Ini ada beberapa sebab kenapa anda harus move on

dan ‘angkat kaki’ daripada lelaki yang tidak menghargai kehadiran anda dalam hidupnya yang telah dikongsikan oleh Matthew Hussey seorang, penulis, personaliti televisyen British dan juga relationship coach dalam sebuah video.

 

1. ANDA DIPERGUNAKAN

Pasti akan ada satu masa si dia akan merasa bosan atau kecewa dalam hidupnya dan memerlukan anda untuk sentiasa ada di sisi dan menemani dirinya yang kesepian dan memerlukan. Pada saat ini lah si dia akan mencari anda dan mahukan anda memainkan peranan penting sebagai seorang kekasih yang sangat memahami dan menjadi pendengar setia atas setiap masalah yang dihadapinya.

Namun, apabila si dia berada di kemuncak kejayaan dan berasa selesa dengan hidupnya, kehadiran anda dalam hidupnya , adakah anda gadis yang sesuai untuknya dan adakah ini hubungan yang terbaik? Jika keadaan ini berterusan, you have to cut it off! Kerana tidak mustahil si dia tidak berani untuk memutuskan perhubungan kalian.

 

2. ADA ORANG LAIN MENANTI

Pasti ada orang lain di luar sana yang setia menanti dan 100% mahukan kehadiran anda dalam hidupnya. Anda tidak akan dipergunakan kerana lelaki lain yakin dengan kemunculan anda mampu memberi 1001 harapan dan kebahagiaan. Bukan tidak ada lelaki lain yang mahu menjadikan anda sebagai teman, tetapi anda sendiri yang menafikan kehadiran orang lain kerana kononnya setia dan terikat dengan hubungan yang tidak ada hala tuju bersama di dia.

 

3. LIFE IS SHORT!

Jangan bazirkan masa dengan orang yang tidak pasti ataupun masih ragu-ragu dengan kehadiran anda. Nikmati hidup anda dengan penuh warna-warni bersama seseorang yang lebih menyanyangi anda kerana menurut Matthew, “Life is short enough with the right person“. Jadi kenapa harus buang masa dengan lelaki yang tidak mahukan anda?

 

4. SI DIA SENTIASA TIDAK BERSEDIA

Tanda paling besar si dia masih tidak bersedia mengakhiri hubungan kalian dengan baik dan belum yakin menjadikan anda wanita terkahir dalam hidupnya ialah dengan cara sentiasa berdolak-dalih dan lari daripada soalan “Bila nak kahwin?”, “Awak tak nak tunang dengan saya dulu ke?”. Persoalan anda akan dibalas dengan “Sabar lah. Kalau ada jodoh, ada lah”. Malahan, anda juga tidak pernah dibawa untuk bertemu orang terpenting dalam hidupnya seperti ibu bapa mahupun kenalan rapat.

Si dia juga tak pernah beri yang terbaik dan betul-betul ikhlas melayan anda sebagai seorang kekasih seperti tidak berusaha untuk meluangkan masa bersama, membuat anda gembira dan tidak mempunyai rasa cinta yang sama seperti apa yang anda rasakan. Kalau macam ini gayanya, memang tak ada chance

dah.

 

5. DIMATANYA, ANDA BELUM SEMPURNA

Tidak dinafikan setiap perhubungan yang terjalin tak akan dapat lari daripada masalah walaupun anda saling menyayangi antara satu sama lain dan kita sentiasa berusaha untuk melakukan yang terbaik dan sempurna untuk pasangan. Tidak ada orang yang sempurna dalam dunia ini, jadi cari pasangan yang boleh terima diri anda seadanya dan bukan lelaki yang mahu mengubah anda menjadi sempurna di matanya. Kita harus menjadi sempurna di mata kita sendiri dan selebihnya hanyalah usaha untuk menjadi yang terbaik.

sumber: facebook Matthew Hussey

IKLAN
Share