“Pengorbanan isteri saya terlalu besar,” begitu mukadimah Yang Berhormat Dr Afif Bahardin kala mengimbau detik permulaannya dalam dunia politik.

Sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Seberang Jaya, beliau dan isteri terpaksa berkorban banyak perkara, termasuk meninggalkan keluarga dan kerjaya di Selangor.

IKLAN

Sama-sama berusia 36 tahun, pasangan Dr Afif Bahardin dan Dr Mardhiah Zakaria sebelum ini merupakan pegawai perubatan di hospital kerajaan.

Bercinta Dari MRSM, Jadi Doktor & Anak 2, Kisah Pasangan Doktor Afif-Mardhiah Inspirasi Rumah Tangga!
Bercinta sejak zaman remaja

 

Bercinta Dari MRSM, Jadi Doktor & Anak 2, Kisah Pasangan Doktor Afif-Mardhiah Inspirasi Rumah Tangga!
Dr Afif dan Dr Mardhiah mendirikan rumah tangga 9 Oktober 2010

 

“Sebenarnya kami bercinta sejak di bangku sekolah lagi. Tingkatan 4 di MRSM Lenggong, Perak. Lepas tu kami bawa haluan masing-masing di universiti berbeza sebelum ambil keputusan mendirikan rumah tangga pada tahun 2010.

Bermula dari sekadar sukarelawan di universiti, saya mula aktif dalam dunia politik apabila menyertai kepimpinan YB Dato’ Seri Azmin Ali.

Tahun 2013, saya bertanding di DUN Seberang Jaya dan alhamdulilah menang sebagai wakil rakyat di sini.

Bercinta Dari MRSM, Jadi Doktor & Anak 2, Kisah Pasangan Doktor Afif-Mardhiah Inspirasi Rumah Tangga!
Dr Afif merupakan anak jati Selangor

 

Reaksi isteri? Secara jujur dia terkejut. Mula-mula dia pun tak sangka saya masuk pilihanraya dalam usia muda. Baru 27 tahun masa tu. Anak sulung kami, Ainaa Sofea pun baru setahun usianya.

Posting terakhir saya di Hospital Sungai Buloh. Saya letak jawatan, bagi notis 24 jam dan masuk bertanding kerusi seminggu kemudian. Alhamdulilah menang.” Dr Afif Bahardin

Bercerita lanjut kepada Majalah Nona, tonton kisah pasangan frontliners dan loving couple ini di bawah…

 

PENGORBANAN ISTERI

Sebagai seorang suami dan wakil rakyat yang sentiasa sibuk, Dr Afif banyak meletakkan amanah mendidik anak-anak kepada isteri tersayang.

IKLAN

“Saya terharu dengan pengorbanan isteri. Sebenarnya dia khuatir juga asalnya bila saya terjun ke dunia politik. Iyalah, there’s no certainty kan? Tapi sebagai isteri, dia tetap sokong setiap tindakan saya.

Kami sekeluarga pun berpindah ke Pulau Pinang. Dari Kuala Lumpur, isteri saya sanggup berkorban tinggalkan kerjayanya sebagai doktor di hospital.

Cita-cita isteri saya nak jadi pakar Obstetrik & Onkologi pun ‘terkubur’, dan di sini dia pilih berkhidmat dalam bidang kesihatan awam di klinik kesihatan.

Bercinta Dari MRSM, Jadi Doktor & Anak 2, Kisah Pasangan Doktor Afif-Mardhiah Inspirasi Rumah Tangga!
Dr Mardhiah Zakaria

 

Bercinta Dari MRSM, Jadi Doktor & Anak 2, Kisah Pasangan Doktor Afif-Mardhiah Inspirasi Rumah Tangga!
Dr Mardhiah seorang umi yang lembut dan penyayang

 

IKLAN
Bercinta Dari MRSM, Jadi Doktor & Anak 2, Kisah Pasangan Doktor Afif-Mardhiah Inspirasi Rumah Tangga!
Keluarga kecil Dr Afif & Dr Mardhiah

 

Banyak lagi jasa dan pengorbanan isteri saya untuk diungkapkan. Kalau saya terpaksa bekerja dan berjumpa rakyat pada hujung minggu, dialah yang menjaga anak-anak serta rumah kami dengan sebaik mungkin.

Boleh kata isteri saya atau ‘umi’ yang kebanyakan masa dengan anak-anak. Jaga Ainaa Sofea, 9 tahun, dan Ar Rayyan, 6 tahun.

Cuma bila di rumah, saya pastikan akan spot check mereka, solat berjemaah, semak bacaan doa dan kerja sekolah mereka,” tutur Dr Afif yang suka membaca itu.

Mengakhiri perbualan kami, Dr Afif turut berkongsi harapannya sebagai wakil rakyat. Beliau amat berharap agar pandemik dan krisis ini akan segera diatasi serta hasrat negara mencapai sasaran imuniti berkelompok dapat dipercepatkan.

“Saya pernah memegang portfolio exco Pertanian dan Industri berasaskan Agro, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan di Pulau Pinang. Sejak dulu saya prihatin dengan nasib masyarakat di Seberang Jaya dan kebetulan isteri juga berkhidmat di klinik kesihatan di sini. Kami memang cukup dekat dengan rakyat.

Anak-anak pun kami hantar di sekolah sini dan semua orang rapat dengan keluarga kami. Sebagai bapa pula, saya risau dengan pembelajaran generasi anak-anak kita dalam norma baharu ini.

Mereka tak belajar macam kita dan tiada siapa tahu outcome generasi mereka bagaimana. Saya doakan musibah ini segera berakhir supaya kehidupan kita dapat kembali normal seperti dulu.” Dr Afif

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI