Wow, banyaknya bidang kerjaya yang diceburi Linda Onn! Selepas karier penyampai radio atau DJ melonjakkan nama Linda, selebriti ini terus mengembangkan potensi diri dengan mencuba bakat sebagai pengacara, pelakon dan ahli perniagaan dengan mengusahakan restoran My Mom’s Chicken Rice. Hebat!
Seakan tidak puas dengan kejayaan yang dikecapi, sekitar tahun 2018 Linda mendedahkan kejayaan sebagai penerbit drama TV pula. Bukan calang-calang!
Difahamkan syarikat yang diusahakan Linda akhirnya berjaya dipilih untuk menerbitkan telemovie di sebuah stesen televisyen berjudul Kopi Susu Cik Janda.
Ketika diberi peluang menerbitkan telemovie tersebut, Linda baru sahaja 9 bulan menimang cahaya mata. Walau tidak menang tangan menguruskan keluarga, bisnes, kerjaya sebagai DJ dan tanggungjawab sebagai ibu, Linda optimis mengejar cita-cita. Kalau jiwa tak kental dan tak bijak bab pengurusan masa, pasti semua yang diimpikan Linda tak mampu jadi kenyataan macam sekarang.
Berpengalaman lebih 20 tahun sebagai DJ, Linda atau nama penuhnya Rozlindah Onn akhirnya meninggalkan kerjaya berkenaan di Kool FM pada Ogos tahun lepas. Dia sebelum ini pernah berkhidmat di Era FM, Sinar FM dan Suria FM.
Ads
Mengakui minat sebagai DJ tetap tersemat kemas dalam diri, Linda bagaimana pun tidak menolak kemungkinan akan kembali dalam kerjaya itu jika ada kesempatan kelak.
Enggan duduk diam di rumah selain menguruskan restoran, Linda ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 1.0) pada Mac tahun lepas mula berjinak-jinak mendalami pembuatan minyak wangi. Siapa sangka bermula dengan hobi dan niat mengisi masa terluang waktu PKP telah membuka peluang kepada usahawan berusia 43 tahun ini untuk menceburi bisnes minyak wangi berasaskan kayu gaharu atau lebih dikenali sebagai Oud.
Kongsi Linda, “Inilah hobi Linda yang selama ni Linda tak pernah share kepada umum iaitu buat minyak wangi. Perfume Linda ni, oud adalah bahan yang wajib ada. Minyak oud asli ni sangat mahal. Beribu RM harga dia. Linda rasa puas bila Linda dapat buat sendiri dan hasilkan bau yang Linda suka… bau mahal.”
Kerap memuat naik video ketika tekun menghasilkan aroma minyak wangi ilham sendiri, Linda nekad menjual minyak wangi buatannya selepas mendapat permintaan tinggi daripada peminat. Lebih istimewa, pembuatan minyak wangi keluaran Linda di bawah jenama Anaricca ini adalah 100 peratus resipinya sendiri dan homemade.
Tidak menunggu lama, sekitar Jun tahun lepas juga Linda sudah mempunyai dropship dan agent untuk penjualan minyak wangi Anaricca.
“Alhamdulillah agent banyak order dan top up perfume. Dari hari ke hari, agent pun makin bertambah dan agresif. Linda nak ulang lagi ya. Yang perfume oud Linda ni bukan dari kilang, bukan import dari Arab ke apa ke. Tapi asli Linda yang cipta sendiri. Omputeh kata from scratch.
Ads
Pati oud asli Linda beli di sebuah kilang oud Malaysia dan untuk Trat Oud, dari Thai-Cambodia, Linda beli dari pemilik ladang gaharu tu sendiri. Yang import cuma wangian lain macam jasmine, cedarwood, rosemary… kebanyakan dari France.
InshaAllah jangan risau tentang keaslian pati oud dalam OUD Dominus dan OUD Magnum. Bukan oud sintetik. Kalau oud sintetik, confirm boleh bagi murah.”
Linda mendirikan rumah tangga dengan kerabat diraja Johor iaitu Ungku Azhar Ungku Maznan pada 27 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan seorang anak perempuan bernama Ungku Zara dan berusia tiga tahun.
Syabas buat Linda kerana berjaya menyerlahkan kemampuan sebenar wanita kepada khalayak. Moga kejayaan Linda menjadi suntikan semangat buat kaum wanita lain untuk sama-sama melakar impian.
Kredit foto: Instagram Linda Onn
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Teringat pertemuan yang diatur bersama figura hebat ini di kediamannya untuk edisi khas Nona Superwoman 2018. Bukan sahaja melayan mesra ketika sesi fotografi dan temu bual malah menyediakan hidangan penuh meja. Tak cukup dengan itu, dibekalkan nasi lemak istimewanya berlaukkan sambal udang untuk dibawa pulang.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Memiliki personaliti yang lembut dan apabila berbicara terasa seperti sedang meluahkan perasaan dan mendengar nasihat daripada ibu sendiri. Itulah aura yang dimiliki oleh Datuk Prof Dr Che Muhaya Haji Mohamad ini. Bagi lah apa sahaja soalan pasti akan dijawabnya dengan penuh hemah. Tidak pernah lelah mendengar wanita ini berhujah dan setiap butiran kata yang keluar dari bibirnya ada benarnya.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Mempunyai pengalaman luas dalam bidang kedoktoran banyak membantu wanita yang mesra disapa Prof Muhaya ini lancar bertutur. Mula ditauliahkan sebagai doktor pada 17 Ogos 1985, setelah mendapat Ijazah Doktor Perubatan (M.D) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Setelah memperoleh Sarjana dalam bidang Oftalmologi UKM, Prof Muhaya menjadi Pensyarah dan Pakar Mata Oftalmologi di UKM.
Kemudian, memperoleh sarjana Perubatan dari Universiti Nasional Singapura pada tahun 1992 dan memperoleh FRSC (Edinburgh) juga pada tahun 1992. Beliau seterusnya mendapat Fellowship Uvetis dari Institut Oftalmologi London pada tahun 1998 dan berjaya memperoleh Ph.D dalam bidang Ocular Immunology daripad University of London. Bukan calang-calang wanita yang mampu berada ditempatnya.
Mencipta sejarah tersendiri dengan bergelar Pakar Mata pertama di Asia Tenggara yang melakukan kaedah LASIK tanpa pisau system (Femtosecond Visumax) ke atas pembedahan mata pesakit.
Foto: Koleksi Majalah Nona
Jarang sekali kita mendengar wanita yang mempunyai darah kacukan Cina ini mengupas tentang isu semasa. Teringin juga mendengar komen Prof Muhaya tentang isu ini. “Memang saya tidak berapa gemar menyuarakan tentang perkembangan isu semasa dan membiarkan mereka yang lebih pakar untuk memperdebatkannya. Bagi saya isu semasa itu adalah gejala tetapi saya lebih suka merawat kuman,” jelas Datuk Prof Dr Muhaya yang bergelar ibu ketika usianya 26 tahun ini penuh makna.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat penampilan, gaya hidup dan raut wajahnya pasti ramai yang menyangka Victoria Beckham seorang figura yang sukar didekati dan terlalu asyik dengan kemewahan. Hakikatnya, di sebalik simbahan dunia glamor dan populariti Victoria sebagai selebriti, usahawan, ikon fesyen dan isteri kepada lagenda pemain bola sepak… ibu kepada empat anak ini mempunyai peribadi yang cukup ‘mahal’.
Selain hebat menguruskan keluarga dan dalam keghairahan menghasilkan rekaan terkini menerusi label miliknya, Victoria Beckham … bekas penyanyi kumpulan Spice Girls ini juga rupa-rupanya sudah empat tahun berturut-turut menjadi duta kepada badan amal kebajikan dunia, UN Aids. Tak sangka dengan kehidupan yang dikecapi Victoria, dia masih sudi membantu mangsa dan pesakit Aids. Sampaikan sanggup turun padang bertemu dengan mereka sendiri.
Victoria di samping suami dan empat anak
Tersentuh tengok jiwa murni buah hati kesayangan David Beckham ini.
“Lebih 6000 wanita muda dan dewasa dijangkiti wabak HIV setiap minggu. Disebabkan situasi ini saya menyokong UN AIDS dalam usaha mereka memperkasakan golongan wanita supaya tahu hak kesihatan mereka.
Sudah 4 tahun saya menjadi duta UN AIDS dan setiap tahun saya rasa sangat terharu dengan galakan, semangat dan harapan daripada mereka semua termasuk wanita, lelaki dan kanak-kanak yang saya temui.”
Jiwa murni Victoria bagaikan sudah sebati dengan kerja-kerja amal. Pertengahan Mac tahun lalu dia berangkat ke Kenya mewakili Sport Relief iaitu pertubuhan amal di United Kingdom yang mengetengahkan sukan dan hiburan bagi tujuan mendapat dana untuk disalurkan kepada rakyat di negara-negara miskin. Di sana, Victoria berpeluang beramah mesra dengan masyarakat Nairobi dan mengajar mereka teknik seni mempertahankan diri.
Biarpun aktif dengan misi kemanusiaan, wanita hebat ini baru sahaja melancarkan koleksi sukan Reebok X Victoria Beckham pada penghujung Januari lepas. Koleksi istimewa tersebut turut dilengkapi seleksi top, legging, kasut sukan dan topi yang sesuai digayakan tatkala bersantai mahupun ketika bersukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hampir seluruh rakyat Malaysia memanjatkan doa agar kesihatan adik Ainul Mardhiah yang kini berada di Kota London pulih. Hari ini rakyat Malaysia terutama kedua ibu bapanya mendapat berita gembira seperti yang telah dikongsikan Dr Nur Amalina Che Bakri melalui laman media sosialnya sebaik sahaja keluar daripada bilik pembedahan.
Tumor seberat 200gm berjaya disingkirkan dari lidah adik Ainul setelah menjalani pembedahan yang memakan masa sehingga 5 jam. Kongsi Dr Amalina, “Alhamdulillah, Ainul, you’re strong baby girl! After about 5 hours of battling in theatre, the tumor (weigh 200gm) was successfully removed.
You could not imagine how anxious I was, whilst in theatre. Such a tiny baby, so delicate, so beautiful — don’t worry baby, everyone is here to help you,” kata Dr Amalina.
Menurut Dr Amalina, bukan mudah untuk menjalankan pembedahan ini memandangkan adik Ainul masih kecil dan banyak aspek yang perlu dilihat dan persediaan dilakukan demi melihat adik Ainul kembali tersenyum.
“Because it was such a high risk operation, a lot of preparations needed to be done before the operation to ensure that baby Ainul was safe. A lot of planning, a lot of scans, a lot of meetings and a lot of patience. The team included surgeons from various specialties (including craniofacial, plastics and head and neck consultants) led by Prof David Dunway and Mr Juling Ong.
I was very honored to be part of the surgical team. Ainul is currently being monitored post-operatively and she’s stable. When I stepped out from theatre and saw Ainul’s parents, I couldn’t control my emotions. It was a mixed feeling, such an emotional journey and an uplifting experience at the same time,” kongsinya.
Terima kasih Dr Amalina kerana sanggup mengutarakan kes ini kepada pihak hospital di London dan sanggup mengambil kes adik Ainul yang sangat jarang-jarang berlaku ini. Budi baik Dr Amalina akan dikenang oleh rakyat Malaysia selama-lamanya.
Malah Dr Amalina sendiri telah menganggap adik Ainul seperti keluarga sendiri. “Ainul, Wani and Safi are like my own family,” luah Dr Amalina.
Dr Amalina turut mengucapkan terima kasih kepada rakyat Malaysia yang tidak putus mendoakan kesejahteraan kesihatan adik Ainul dan mengharapkan agar tidak putus berdoa untuk proses penyembuhan pula. “Let’s pray for Ainul’s recovery. Thank you for all your prayers,” kata Dr Amalina.
Adik Ainul Mardhiah merupakan menghidap ‘Germ Cell Tumor’ dan merupakan anak kepada pasangan Nurul Erwani Zaidi dan Ahmad Safiuddin Abdul Razak, masing-masing berusia 24 tahun.
Sebelum ini Dr Amalina telah menyatakan kesudiannya untuk membantu adik Ainul Mardhiah untuk mendapatkan rawatan terbaik di London.
Malah Dr Amalina juga bertanggungjawab menjalankan koordinasi pasukan perubatan di hospital di sana dengan menghubungi konsultan dan pelbagai bidang kepakaran seperti pediatrik, onkologi, radiologi serta pakar telinga, hidung dan tekak.
Ainul Mardhiah tiba di Kota London pada 25 Mei lalu lalu dibawa oleh ibu bapanya, serta diiringi oleh dua orang doktor. Salah seorang doktor yang mengiringi ialah Datuk Dr Jaseemuddeen Abu Baker.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang dinanti-nantikan, majlis pernikahan Erra Fazira dan Mohamad Ezwan Mohamad Zain atau Mr E berlangsung penuh indah pada tanggal 12 Disember 2025. Mengambil keberkatan Hari Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri sekitar jam 9.19 pagi tadi.