Berita Baik, Kini L’Oreal Lancarkan Kedai Rasmi Di SHOPEE MALL, Mudahlah Kita Nak Beli Online!

Berita baik buat beauty addicts! Sekarang anda tak perlu keluar untuk dapatkan produk-produk kecantikan L’Oreal kerana semuanya di hujung jari. Wow, terima kasih untuk Shopee.

Shopee dengan bangganya mengumumkan Kedai Rasmi L’Oréal di Shopee Mall, dimana anda boleh membeli lebih 500 produk kecantikan daripada jenama L’Oréal yang popular termasuk L’Oréal, Maybelline dan Garnier.

“Kami berbangga dapat bekerjasama dengan jenama L’Oréal. Kini kira-kira 4 juta pengguna Shopee di Malaysia boleh mendapatkan produk kegemaran mereka ini kerana semuanya boleh dibeli menerusi aplikasi telefon bimbit dan laman sesawang Shopee,” kata Pengarah Urusan Serantau Shopee, Ian Ho.

Ho menambah, “L’Oréal menyertai lebih 300 jenama di Shopee Mall yang baharu dilancarkan, sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama terkemuka dan pengedar sah mereka.

Pembeli secara dalam talian boleh menikmati pelbagai manfaat apabila membeli menerusi Shopee Mall, antaranya termasuklah Jaminan 100% Tulen (atau pulangan wang dua kali ganda), polisi Pemulangan 15 Hari dan Penghantaran Percuma ke seluruh negara.”

Vysia Yong, Ketua Jabatan Digital dan e-Dagang di L’Oréal berkata, “Sebagai syarikat kecantikan dan kosmetik terbesar di dunia, L’Oréal perlu bekerja dengan rakan niaga yang mempunyai reputasi yang sama.

Kami berbangga dapat bekerjasama dengan Shopee kerana mereka berkongsi motivasi dan keinginan yang sama untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

Di L’Oréal, kami percaya dalam konsep ‘Kecantikan Untuk Semua’. Sekarang pelanggan kami boleh mendapatkan produk tulen di Shopee Mall menerusi peranti mereka tanpa mengira di mana mereka berada pada bila-bila masa dan pada harga yang terbaik.”

Bagi meraikan usahasama ini, Shopee dan L’Oréal menganjurkan Bengkel Transformasi Kecantikan di Akademi L’Oréal, Petaling Jaya dengan menjemput 50 pengguna Shopee untuk menikmati tatarias daripada pakar kecantikan dan jurusolek L’Oréal.

Sesi tersebut membariskan beberapa produk dari rangkaian penjagaan rambut, kulit dan kosmetik L’Oréal. Dapatkan produk kecantikan kegemaran anda di Kedai Rasmi L’Oréal’s atau menerusi aplikasi Shopee yang boleh dimuat turun secara percuma di App Store dan Google Play. Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share