Berjaya Beli Rumah Ke-2 Di Usia 28 Tahun, Mewahnya Rumah Baru DAIYAN TRISHA!

Siapa yang tidak kenal dengan Daiyan Trisha, penyanyi dan pelakon cantik yang sukses dalam karier seninya. Daiyan juga sewajarnya dijadikan contoh anak muda yang pandai berdikari.

Rumah dan kereta mewah sudah pun berjaya dimilikinya. Mungkin lebih banyak lagi impian yang dalam perancangan gadis berusia 28 tahun ini.

Pada tahun 2019, penyayi yang juga pelakon, Daiyan Trisha yang popular dengan lagu ‘Penat’ pernah berkongsi satu video apabila berjaya memiliki rumah pertama yang merupakan sebuah kondominium mewah terletak di ibu kota Kuala Lumpur.

Dan ianya tular sekaligus menjadi kebanggaan dan inspirasi apabila berjaya memiliki aset di usia muda.

Pada tahun 2021 pula, artis berbakat besar ini berkongsi detik paling bermakna apabila dia membuat kejutan kepada ibu dan bapanya dengan membeli sebuah kereta mewah jenama Mercedes Benz bersempena ulang tahun perkahwinan mereka. Tak hairanlah, Daiyan sentiasa menjadi kebanggaan ibu bapa dan keluarga.

Terbaharu, Daiyan berjaya memiliki rumah keduanya iaitu landed house mewah dua tingkat yang tersergam indah dengan konsep rekaan moden serta minimalis.

Suka sangat dengan pilihan rona kediaman serta persekitaran kejiranannya yang persis di Korea Selatan. Ia dilengkapi dengan cermin yang memberi pencahayaan maksima.

Bagi penulis ia benar-benar melambangkan jiwa dan personaliti Daiyan yang berjiwa seni. Barulah ilham ketika mencipta lagu datang mencurah-curah kalau dapat suasana tenang seperti ini, kan?

Daiyan turut meluahkan rasa syukurnya apabila impian untuk memiliki rumah yang memenuhi cita rasanya itu menjadi realiti.

“Rumah idaman saya. Terima kasih Ya Allah, cinta hati saya. Apabila impian ini jadi kenyataan, segala kerja saya berbaloi, saya sangat gembira!

“Tolong doakan yang baik-baik ya. Semoga saya dan keluarga sentiasa dilindungi.”

Menurut Daiyan, dia bakal berkongsi keseluruhan rumah barunya itu apabila sudah berpindah kelak.

Sekadar info, Daiyan mula bergiat aktif dalam dunia hiburan ketika usianya 20 tahun dan mula mendapat perhatian menerusi telefilem berjudul Dee di Astro Ceria. Daiyan merupakan graduan Diplioma Perakaunan dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) serta Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dari Kolej Universiti Insfrastruktur Kuala Lumpur (IUKL).

Selain sukses dalam bidang yang diceburinya, Daiyan juga seorang selebriti muda yang pandai bergaya. Penampilannya sentiasa kelihatan trendy dan elegan. Tidak lengkap penampilannya dengan barangan berjenama antarabangsa.

Ternyata, Daiyan mempunyai kelasnya yang tersendiri lengkap dengan pakej cantik, bijak dan sukses! Semoga Daiyan terus memberi inspirasi buat seluruh wanita khususnya generasi muda.

Kredit Foto: Instagram Daiyan Trisha

IKLAN
Share