Bernafsu Tengok Saudara Sendiri, Orang Perempuan Kena EXTRA Hati-Hati Ketika Raya Ni!

Astaghfirullah al azim.. mengucap panjang bila baca status yang dikongsikan Pengasas dan Speaker Modul Goodbye Pornography, Mohd Fadhli Othman ni. Orang lain tengah sibuk merapatkan silaturrahim dengan saudara-mara, ada pula golongan tak beradab yang pasang niat hendak ‘bermesra’ secara keterlaluan. Dengan orang yang ada pertalian darah pula tu!

Sudahlah tak malu bercerita perkara berbaur lucah.. malah dengan bangganya buat pengakuan terang-terangan di media sosial. Seolah-olah kehadiran Ramadan yang lepas tak beri apa-apa makna kepada diri. Nauzubillahi minzalik!

Mengambil petikan Mualim Mohd Fadhli di Facebooknya, hal yang diklasifikasikan sebagai ‘sexual grooming’ ini memang patut ditangani segera terutamanya menjelang lebaran ini apabila kaum keluarga dan sanak saudara berkumpul di kampung halaman. Dalam tak sedar, ada yang sedang memerhati dan berniat jahat.

Mohd Fadhli Othman Pengasas & Speaker Modul Goodbye Pornography

“Saya tidak tahu mahu tulis dari sudut mana. Apa yang penting masalah ini bukan sebarangan. Virus ini telah wujud dalam keluarga tanpa di sedari!

Paling sedih, kisah ini dikongsikan oleh orang Melayu Islam secara terang-terangan malah berbangga dengan apa yang mereka lakukan.

Adakah generasi muda Malaysia telah kemaruk dengan s**s? Sehinggakan tiada rasa apa-apa bila post hal ini?”

Punca-Punca
==========

Masalah ini bukan berlaku sehari dua atau setahun hingga dua tahun. Tetapi masalah ini telah dibina bertahun-tahun. Inilah yang dipanggil grooming.

Banyak kemungkinan berlakunya kecenderungan ini dan berlaku dalam keadaan tidak sedar. Biasanya, mengambil masa yang panjang dan ‘follow up’ yang cantik.

Kemungkinan si pelaku pernah menjadi mangsa s**s. Akhirnya, melakukan perkara yang sama terhadap keluarga terdekat terutama sepupu.

Ada juga kemungkinan ketagihan video lucah melanda dalam sesebuah keluarga. Video lucah ini telah menjadi makanan dalam diri seseorang. Sehingga payah untuk tinggalkan.

Pergaulan bebas dalam keluarga terdekat seperti sepupu juga menjadi punca utama. Pada awalnya mereka hanya berhubung biasa-biasa. Ketika kanak-kanak bebas bergaul bersentuhan dan pencampuran yang tidak dikawal.

Zaman kini, media sosial sangat luas. Perhubungan seperti we chat dan whatsapp banyak mengundang kecelakaan jika tidak dipantau oleh ibu bapa.

Pada awalnya anak-anak ini hanya mesej atau berhubungan biasa-biasa akhirnya perbualan berunsur lucah menjadi kebiasaan. Oleh kerana itu, ibu bapa wajib memantau penggunaan smartphone anak-anak. Terutamanya.

Langkah-langkah penyelesaian
=========================

1.Ibu bapa perlu nasihatkan kepada anak-anak sejak kecil lagi akan pergaulan dan pencampuran walaupun sesama sepupu dan saudara.

2. Memantau pergerakan anak-anak dari kecil hingga dewasa. Dengan siapa mereka bersama dan keluar. Jangan pandang ringan dengan dengan hanya mengandaikan “itu saudara, itu sepupu. Tak kan nak buat benda tak baik.”

3. Konsep aurat perlu ditekankan apabila pulang ke kampung. Walaupun telah berkahwin apatah lagi yang belum berkahwin. Ini tidak, sesama sepupu pakaiannya singkat, bajunya jarang dan agak memberahikan.

Perlu ingat, keluarga yang pulang ke kampung ada di antara mereka yang ‘Predator’ dan kaki s**s. Dek kerana ketagihan bahan bahan lucah.

Hal ini tidak kira apa jantina dan umur!

Saya akui hal ini sangat rumit. Tetapi yang hanya mampu membendungnya adalah pendidikan dari rumah. Pendidikan dari ibu bapa.

MOHD FADHLI BIN OTHMAN
FOUNDER MODUL GOODBYE PORNOGRAPHY
FOUNDER MODUL SEXUAL ONLINE GROOMING

Sumber : Facebook Mualim Mohd Fadhli

IKLAN
Share