Suasana di rumah agam AS Palace sunyi sepi, hanya sesekali ditemani tangisan Luqman Al-Hakim yang baru menginjak usia 32 hari. Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid nampak tenang melalui fasa berpantang, usai berurut dan bertungku, beliau ‘menadah muka’ pula untuk disolek Ayang Kamell.

Sambil ditemani suami yang juga usahawan kosmetik, Dato’ Seri Aliff Syukri, kami rancak berbual perihal bisnes dan kehidupan terkini pasangan mak ayah kepada Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim ini.

IKLAN

“Orang berniaga ni tak boleh berehat lama-lama. Mesti hati risau asyik teringatkan kerja.” Datin Seri Shahida

Seorang yang workaholic serta berdedikasi terhadap bisnes, ini kenyataan Datin Seri Nur Shahida apabila dilihat ‘melanggar pantang’ sebelum sambutan Hari Raya lepas…

“Demi janji saya pada semua staff, saya gagahkan diri juga untuk datang ke Majlis Iftar Dherbs walaupun baru berpantang hari ke-7. Kalau ikutkan badan memang tak larat tapi apabila melihat kegembiraan mereka bila dapat bonus terubat sedikit kepenatan saya.

Mereka ini semualah tulang belakang saya dan Syarikat. Tanpa mereka mustahil untuk kami bertahan selama 15 tahun hingga ke hari ini. Penat lelah kami semua dah harungi sama sama walau dah lalui jatuh dan bangun bersama kami tetap teruskan. Semoga insentif serta bonus kali ini dapat menceriakan mereka untuk menyambut Hari Raya yang bakal tiba tidak lama lagi.

Berpantang Cara Moden, Berurut & Amal Makanan Berkhasiat, Datin Seri Nur Shahida Matang Jadi Ibu Anak 6!

 

Mengakui lebih santai dan rileks tentang soal penjagaan pantang kelahiran anak keenam ini, wanita berusia 38 tahun itu sebenarnya sudah sangat memahami keperluan dirinya sendiri.

Berbeza dengan dulu, kini beliau lebih menitikberatkan nasihat doktor seperti minum air secukupnya supaya badan cepat sihat. Pun begitu pengambilan jamu dan makanan berkhasiat tetap diamalkan supaya ibu dan anak sama-sama

 

HARI IBU

Berpantang Cara Moden, Berurut & Amal Makanan Berkhasiat, Datin Seri Nur Shahida Matang Jadi Ibu Anak 6!

 

Berpantang Cara Moden, Berurut & Amal Makanan Berkhasiat, Datin Seri Nur Shahida Matang Jadi Ibu Anak 6!

 

IKLAN

Sambil berkongsi foto di skrin telefon, Datin Seri Nur Shahida yang dulunya pernah menganggotai kumpulan nasyid Solehah, tidak keberatan bercerita tentang ibunya, Rohani Hassan yang baru melangkah ke usia 62 tahun.

Menurut beliau, pengorbanan ibunya tidak terasa sewaktu mereka kecil-kecil dulu. Tapi sebaik semuanya meningkat dewasa, barulah dia faham ‘struggle’ membesarkan anak seramai 6 orang seperti dirinya sekarang.

“Kehidupan kami sederhana. Bayangkan setiap kali raya kena belikan baju raya untuk 6 orang anak. Mak saya bagusnya dia, kalau seorang ada 3 pasang, semua akan dapat 3 pasang.

Setiap kali ada sambutan hari jadi, kami tak buat besar-besaran. Cukup kami adik-beradik jer, beli kek sebiji, goreng bihun ke, nugget ke… kami akan sambut di rumah, kita-kita ajer. Ia mengajar kita supaya hargai orang-orang dalam kehidupan kita.

Berpantang Cara Moden, Berurut & Amal Makanan Berkhasiat, Datin Seri Nur Shahida Matang Jadi Ibu Anak 6!
Adik-beradik Datin Seri Nur Shahida

 

IKLAN

Mak saya dah ajar saya dari kecil macam tu. Ia bukan diukur dengan wang ringgit tapi dengan cara kita yang tersendiri.”

 

Ditanya sama ada wujud amalan pilih kasih dalam keluarganya, Datin Seri Nur Shahida pantas menjawab.

“Kalau ikutkan dalam keluarga saya, saya seorang saja anak perempuan dan yang lain semua lelaki. Sebab tu saya ni nampak tak feminin sangat, boleh jadi terbalik pula macam saya suami kepada Aliff Syukri.

Tiada istilah manja sebab mak ayah saya sibuk, dua-dua kerja. Jadi saya banyak habiskan masa di rumah, abang saya akan jaga adik-adik. Dari kecil saya dah diajar buat kerja rumah, lipat kain, gosok baju. Tiada yang manja, kami semua sama.”

 

Tonton video penuh temu bual Nona dengan Datin Seri Shahida di bawah…

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI