
Suasana di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bertukar wajah, semua tetamu bersatu demi wanita melalui pelancaran Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 yang bermula 1 Oktober ini.
Berlokasi di ruang legar Kompleks KKM Putrajaya, sebuah majlis pelancaran diadakan dengan kehadiran lebih 100 orang tetamu khas. Majlis pelancaran rasmi disempurnakan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad.
Mengangkat tema ‘Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa‘, tema ini selari dengan tema Hari Kanser Sedunia 2025-2027 iaitu ‘Penyatuan dalam Keunikan‘ memerangi kanser.
Pelbagai aktiviti bakal dijalankan dengan usahasama rakan strategik termasuk Persatuan Kanser
Kebangsaan Malaysia (NCSM), Majalah Nona dan Mingguan Wanita.====================================
Jom sertai acara larian ‘Pink Ribbon Run 2025’ anjuran Kementerian Kesihatan Malaysia, Majalah Nona & Mingguan Wanita pada 25 Oktober 2025 di Dataran Wawasan, Putrajaya. Yuran penyertaan hanya RM20 dan sebahagian yuran penyertaan akan disalurkan kepada Breast Cancer Welfare Association Malaysia (BCWA).
====================================
Sempena bulan kesedaran ini, KKM mensasarkan wanita berumur 30 tahun dan ke atas untuk menjalani saringan bermula Oktober hingga Disember 2025 melalui program yang telah disusun:
1. Acara larian Pink Ribbon Run 2025 anjuran KKM dengan kerjasama Majalah Nona & Mingguan Wanita pada 25 Oktober 2025 di Putrajaya.
2. Pemeriksaan Klinikal Payudara (CBE) bagi wanita berumur 30 tahun ke atas, dengan rujukan mammogram
percuma khususnya untuk kumpulan B40.3. Saringan komuniti di 83 lokasi seluruh negara termasuk 20 hospital panel NCSM di 12 negeri dan tiga acara Pink Ball Futsal yang akan diadakan mengikut zon – Zon Utara, Zon Selatan dan Zon Tengah.
4. Jelajah Saringan Mammogram menggunakan trailer UniSZA dengan
kerjasama NCSM di lokasi terpilih.5. Program Saringan Komprehensif merangkumi kanser kolorektal, serviks, prostat dan paru-paru.
Melalui pelaksanaan seumpama ini, capaian saringan kanser payudara dapat diperluas, pengesanan awal dapat dipertingkat dan rawatan awal dapat dimulakan seterusnya menyelamatkan lebih banyak nyawa wanita Malaysia.
Menteri Kesihatan menegaskan bahawa usaha ini memerlukan kerjasama erat dan padu semua pihak termasuk KKM, NGO, sektor swasta, media dan komuniti. Kolaborasi ini bukan sahaja dapat memperluas capaian saringan dan rawatan, malah menyokong sasaran Global Breast Cancer Initiative iaitu meningkatkan kesedaran, pengesanan awal, diagnosis tepat pada masanya dan
rawatan komprehensif untuk pesakit.Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad memeriahkan pelbagai acara pelancaran seperti gimik persembahan koir oleh Pink Melody (BCWA), simbolik sepak mula Pink Ball Futsal (NCSM), saringan kesihatan serta banyak lagi.
Artikel berkaitan: https://www.nona.my/kpwkm-lancar-forum-agenda-wanita-negara-fawn-buku-30-tahun-cedaw-malaysia-perkukuh-pemerkasaan-wanita/
This website uses cookies.