Ads

‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan

Perkahwinan Anak Lelaki Datuk Ziela Jalil, Megat Jufri
Perkahwinan Anak Lelaki Datuk Ziela Jalil, Megat Jufri

Tahniah diucapkan buat Datuk Ziela Jalil atas perkahwinan anak lelaki kesayangannya baru-baru ini. Kemeriahan majlis perkahwinan putera tersayang, Megat Jufri Nasrullah bersama wanita pilihan yang dikenali sebagai Alina menarik perhatian ramai.

Apatah lagi foto perkahwinan mereka tular di media sosial. Rata-rata warga maya dan peminat Datuk Ziela Jalil turut teruja melihat kebahagiaan pasangan mempelai. Selain mendoakan kesejahteraan pasangan suami isteri berkenaan.

Artikel https://www.nona.my/warisi-kejelitaan-ibu-anak-perempuan-dr-julia-megat-junid-cecah-usia-32-datuk-ziela-jalil-titip-doa-buat-puteri-solehahnya/

Megat Jufri Sah Bergelar Suami

‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan ‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan ‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan

Difahamkan, Megat Jufri sah bergelar suami Alina pada 30 Januari lalu. Pada majlis pernikahan, pengantin lelaki segak berbaju Melayu putih lengkap bersampin rekaan Man Kajang.

Begitu juga ibunda kesayangan, Datuk Ziela Jalil yang anggun dalam persalinan tradisi kurung Pahang warna putih. Sedondon dengan puteri sulungnya iaitu Dr Puteri Julia Nabilah. Kedua-dua jelitawan ini menggayakan busana indah rekaan Man Kajang.

Ads

Turut kelihatan menyerikan majlis ijab kabul ialah suami Dr Puteri Julia iaitu Dr Dziya Faqhran dan dua anak mereka serta anak angkat Datuk Ziela, Ibrahim Junid Abdullah.

‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan
Kredit foto Instagram Man Kajang

Usai pernikahan, pasangan mempelai kemudian diraikan dalam sebuah majlis resepsi gilang-gemilang di sebuah hotel terkemuka.

Resepsi Indah Megat Jufri & Alina

Resepsi graduan University of Nottingham Malaysia ini diadakan pada 1 Februari lalu di Sheraton Imperial Kuala Lumpur Hotel. Segenap ruang dewan hotel ini dihias indah dan mewah serta dekorasi singgahsana yang memukau oleh perunding majlis perkahwinan, Peterana.

Untuk majlis persandingan bertemakan Tradisional Melayu Klasik, Megat Jufri dan Alina sepakat memilih persalinan songket eksklusif rona hijau lembut.

Ads
‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan
Kredit foto Instagram Man Kajang

‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan ‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan

View this post on Instagram

A post shared by PETERANA (@peterana_)

Kreativiti pereka fesyen terkenal, Man Kajang menghasilkan busana perkahwinan indah ini berjaya menyerlahkan pesona dan aura pasangan Raja Sehari berkenaan.

Sentuhan magis makeup artist popular, Razzi Musa turut menaikkan seri wajah pengantin perempuan.

Ads

Majlis resepsi ini turut dihadiri barisan para tetamu kenamaan dan rakan artis Datuk Ziela Jalil seperti Datuk Sheila Majid. Ia turut dihoskan oleh pengacara majlis terkenal yang juga personaliti TV, Fedtri Yahya.

‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan
Kredit foto Instagram Man Kajang

‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan ‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan ‘Berserinya Ibu Pengantin!’ Datuk Ziela Jalil Terima Menantu, Majlis Perkahwinan Megat Jufri Raih Tumpuan

Datuk Ziela sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayob pada 1991 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Dr Puteri Julia Nabilah dan Megat Jufri Nasrullah.

Pelakon dan penerbit jelita ini turut mempunyai seorang anak lelaki, Ibrahim Junid Abdullah.

Semoga rumah tangga Megat Jufri dan Alina sentiasa dalam lindungan Allah SWT serta bahagia sampai syurga.

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Inspirasi Lain

Preity Zinta Genap Usia 51 Tahun

‘Gorgeous At 51!’ Macam Tak Dimamah Usia, Preity Zinta Genap Usia...

Tak dinafikan, aktres terkenal Bollywood ini memang awet muda! Melihat raut wajah dan penampilan Preity Zinta pasti ada yang tidak menyangka bintang filem Har Dil Jo Pyar Karega berkenaan sudah pun meniti usia 50an. 31 Januari lalu, dia genap berusia 51 tahun.