Mahu mencari kelainan untuk berbuka puasa bersama insan tersayang pada Ramadan yang bakal menjelma beberapa hari lagi? Meet & Dine yang menjadi lokasi pilihan mereka yang mengutamakan keenakan serta hidangan terbaik dan beroperasi sejak lima tahun lalu adalah tempatnya.
Menawarkan variasi hidangan premium untuk berbuka puasa dengan 280 jenis juadah pada harga berbaloi, sajian bufet bertemakan East Meet West – Seribu Rasa Ramadhan, pastinya menepati selera. Sama ada mahu menikmati juadah berdua atau bersama seisi keluarga mahu pun secara berkumpulan, restoran serba ‘cosy’ ini menjanjikan pengalaman istimewa buat pelanggan.
Malah andai aras atas khas buat penggemar bufet, pelanggan yang ingin menikmati hidangan untuk iftar secara ala carte juga dialu-alukan ke restoran berkonsepkan dekorasi semi fine dining ini. Mengambil lokasi di Budiman Business Park Sungai Long, bagi bufet jenis kepelbagaian juadah dapat dilihat di segenap ruang – dari hidangan ‘bintang’ hasil laut segar yang dinamakan Seafood On Ice hingga kambing panggang diacu bersama nasi Bukhara kaya berperisa rempah berkualiti.
Ads
Penggemar tiram dan udang jara dari Boston juga dapat menikmati hasil segar ini sepuas hati hanya pada harga RM138 untuk dewasa dan RM60 bagi kanak-kanak serta warga emas. Selain nasi Bukhara, restoran yang menyediakan ruang makan luas di tingkat atas yang boleh memuatkan 200 pengunjung pada satu masa itu turut menyajikan nasi ayam dan nasi itik claypot.
Malah pilihan untuk lauk pauk kampung juga membangkitkan selera dengan aneka juadah termasuk masak lemak daging salai, sambal jawa, gulai kawah, udang mentega dan banyak lagi. Disudut lain pula terhidang ketupat, lemang, rendang, sambal kacang dan kuah lodeh yang menggamit perasaan menunggu kehadiran Syawal.
Ads
Sememangnya East Meet West – Seribu Rasa Ramadhan di Meet & Dine menjanjikan kepuasan maksima ditambah dekorasi istimewa yang membangkitkan lagi selera. Keselesaan ramai juga menjadi keutamaan apabila di aras bawah restoran tersedia surau yang luas serta kemudahan tandas untuk lelaki dan wanita.
Ads
Andai inginkan suasana privasi, Meet & Dine mempunyai ruang bertutup yang boleh memuatkan kapasiti sehingga 20 orang mengikut permintaan dan tempahan awal. Mereka yang kaki selfie dan gemar berkongsi gambar di laman maya juga menjadi keutamaan apabila setiap inci ruang restoran itu sesuai untuk OOTD atau ‘instagramable’.
Enggan berkompromi dalam soal keselesaan pelanggan, pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah serta rakan kongsi merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim memastikan pelanggan pulang bersama kenangan indah.
Dari Kiri: Pemilik Meet & Dine, Jozree Hamzah serta rakan kongsi merangkap Cef Eksekutif, Bo Ibrahim
Hanya 10 minit daripada exit Lebuhraya Cheras-Kajang, restoran yang beroperasi sejak 2018 itu turut menyediakan kemudahan pakir secara percuma sekaligus memudahkan pengunjung.
Bagi mereka yang ingin mendapatkan harga ‘early bird’ iaitu RM99, anda boleh hubungi atau buat tempahan di 03-87339929 atau 017-3559422 sebelum 26 Mac ini. Berbeza dengan tawaran pihak lain, di Meet & Dine pelanggan boleh memilih mana-mana tarikh disukai bagi pembelian terawal itu, malah untuk tempahan sembilan orang, percuma satu lagi pakej bufet.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ada yang kesejukan, berlapar, sakit hendak bersalin, sedang berpantang dan macam-macam lagi dugaan ketika banjir melanda. Malah, terpaksa bergelap akibat bekalan elektrik terputus juga antara kisah yang kita dengar. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.
Noorsyarmila Jirin atau lebih mesra disapa Mila Jirin sayu dan tersentuh saat mengetahui ramai yang bergelut dengan bencana ini dan telah mengusahakan misi bantuan di beberapa lokasi di sekitar Puchong dan kawasan sekitar.
Ibu kepada seorang anak ini berharap dapat membantu mengurangkan beban masyarakat termasuk mereka yang berdepan kesukaran saat ini.
“Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk membantu apa yang termampu di 6 Lokasi Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Puchong dan kawasan sekitar,” tulisnya di laman media sosialnya.
Bintang Akademi Fantasia ini juga turut mengucapkan terima kasih kepada suami, ayah, adik ipar, sahabat dan Team Bizmilla yang sama-sama membantu Misi Kecemasan ini.
Kongsi wanita yang berusia 34 tahun ini lagi, “Sayu dengar cerita bagaimana mangsa banjir dari Bukit Lancong ada yang BERJALAN KAKI bersama keluarga hingga ke SMK USJ 23 untuk penempatan sementara.
Terus saya Google Map, ya Allah….1 Jam setengah jika berjalan kaki. Besar ujian Allah buat mereka…dan buat kita bersama….Insya Allah, semua rakyat Malaysia sangat PRIHATIN dan SALING MEMBANTU. Pelbagai bantuan Allah hadirkan dari pelbagai segi melalui hambanya,” tulisnya.
Sebelum ini, Mila Jirin telah mengambil inisiatif dengan melancarkan Kempen RM5 Juta Tunai Percuma dengan kerjasama Malakat Mall mulai 31 Julai 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Semua orang digalakkan untuk menguasai bahasa lain selain bahasa ibunda kita, tapi nak mempelajari bahasa asing lain bukannya suatu yang mudah. Walau pun ia dapat memberikan kelebihan tertentu, ia terpulang kepada tahap penguasaan seseorang dan kebolehan diri masing-masing.
Namun andai kita tersilap bertutur dalam bahasa tersebut, tak sepatutnya kita mempersendakan seseorang yang pastinya sudah cuba yang terbaik untuk bertutur dan berkomunikasi sebagai contoh Bahasa Inggeris. Yang pasti tidak semua mampu, tapi sekurang-kurang ada usaha ke arah itu.
Perkara itu turut ditekankan oleh penyanyi nombor satu Malaysua, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang berkongsi pengalaman beliau ketika cuba bertutur dalam bahasa Inggeris.
Menerusi perkongsian akaun Tiktok sitizones.official, kelihatan Dato’ Sri Siti Nurhaliza atau mesra dipanggil Tokti ditemubual entang topik tentang penguasaan bahasa Inggeris. Tokti mengakui beliau juga tidaklah terlalu mahir tetapi beliau juga masih belajar dan cuba untuk membetulkan kesilapan jika ada salah.
“Saya mungkin kurang yakin itu kekurangan saya, tapi sebenarnya saya mampu untuk berbahasa Inggeris bila berada di luar negara, ataupun bukan di kalangan orang-orang Melayu yang suka judge kita,” jelas Tokti.
Dia juga mengingatkan orang ramai supaya tidak mempersendakan mereka yang pemahaman bahasa Inggeris mungkin tidak sempurna. Sebarang kesilapan yang dibuat hendaklah ditunjukkan dengan cara yang betul, supaya mereka yang kurang mahir dapat belajar sesuatu bagi meningkatkan bahasa Inggeris mereka, katanya.
Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut menyokong nasihat Tokti dan turut memberikan pandangan masing-masing.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Berderau jantung bila tengok anak jatuh. Tak keruan dibuatnya! Sama seperti ibu-ibu lain, Datin Dr Halina Mohd Yunos pun meluahkan rasa cemas bila salah seorang anak kembarnya iaitu Sheikh Noah jatuh dari kitchen counter. Sampai Dr Halina terkejut dan Tok Yah mereka menangis dibuatnya.
Insiden yang berlaku kira-kira seminggu yang lalu tersebut nyata turut mengundang rasa risau di kalangan pengikut setia isteri angkasawan negara ini di laman Instagram. Sebagai individu yang berpengalaman luas dalam dunia perubatan, Dr Halina terpanggil untuk berkongsi tip yang patut ibu bapa lakukan sekiranya berdepan situasi sama kepada anak-anak.
Terangnya, “To parents out there… kalau anak kita jatuh especially bila kena kepala dulu, check conscious level nangis ke tidak. Nangis is good, that means your baby is conscious.
Kedua, pernafasan ok ke tidak. Look for any bump atau benjol. You can put ice to stop benjol from getting bigger.”
Ringkasnya, jika anak-anak ada menunjukkan reaksi selepas terjatuh… ia adalah petanda bahawa mereka berada dalam keadaan sedar. Pun begitu, segera periksa sebarang lebam atau benjolan jika ada.
Dr Halina di samping Bella & Tasha
“Over time, check anak kita. Kot-kot dia ada rasa nak muntah atau muntah-muntah kat rumah. Feeling nauseous atau muntah is NOT good. Make sure kaki dan tangan all boleh gerak macam biasa. If there’s abnormality, bring to hospital immediately!” tegas ibu kepada empat anak ini.
Jadi lepas ni kalau anak jatuh, pastikan kaum ibu buat seperti yang diajar Dr Halina. Bukan apa, sekurang-kurangnya dapat mengelak daripada masalah yang lebih besar berlaku hanya dari rumah sebelum terus mendapatkan rawatan di hospital.
Datin Dr Halina yang mendirikan rumah tangga bersama angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor pada 10 Oktober 2010 dikurniakan empat cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan sepasang anak kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah yang bakal berusia dua tahun, Julai nanti.
Kredit: Instagram Dr Halina
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Nama Ria Miranda sudah tidak asing lagi dalam industri fesyen Indonesia. Karya fesyen hijab ciptaannya sentiasa berjaya di pasaran.Lebih-lebih lagi bagi mereka yang menggemari...