Aktres dan model terkenal Bollywood, Bipasha Basu serta suaminya, Karan Singh Grover yang mendirikan rumahtangga selama 6 tahun bakal bergelar ibu bapa tak lama lagi. Mereka akan menyambut kelahiran anak sulung mereka dan berita gembira ini dikongsi oleh Bipasha di akaun Instagramnya baru-baru ini.
Satu majlis baby shower diadakan pada 8 September 2022 oleh pasangan ini. ia diuruskan sendiri oleh ibu Bipasha.
Dalam bahasa Bengali, tradisi baby shower disebut sebagai shaadh. Ia merupakan ritual tradisional Bengali di mana seorang wanita hamil diberi makan dengan semua hidangan kegemarannya dan dihujani hadiah oleh wanita yang lebih tua dari keluarganya.
Bipasha dan Kiran turut mengadakan majlis baby shower kedua mereka pada 23 September 2022. Walaupun masih merahsiakan jantina bayi, tetapi jika dilihat pada dekorasinya didominasi warna pink. Ia seolah-olah memberi hint!
Momen-momen istimewa itu tular di media sosial. Jom kita intip momen-momen menarik majlis baby shower Bipasha Basu yang meriah, dipetik dari Keeping Times.
This website uses cookies.