BERTUAHNYA 1st Stunt Women Berhijab Dari Malaysia Ini Digandingkan Dengan Captain Marvel Atas Satu Pentas

Bagi peminat sekuel filem Marvel pasti tidak melepaskan meluang menonton filem Captain Marvel di pawagam berdekatan. Filem lakonan Brie Larson ini begitu hebat dan dikatakan telah melakonkan sendiri aksi stunt dalam filem tersebut.

Di Malaysia juga kita boleh berbangga memiliki First Stunt Women Berhijab iaitu Ilia Iryani Shuib. Wanita yang mesra disapa Ilia ini bertuah kerana telah terpilih dan dijemput dalam rangka promosi filem sekuel hebat ini.

“Saya dijemput oleh Walt Disney Malaysia untuk sesi interview bersama Brie Larson iaitu pelakon utama Captain Marvel dan Gemma Chan bagi Captain Marvel Malaysia Session

bersempena International Women’s Day.

Saya terpilih atas kriteria The First Stunt Women Berhijab dari Malaysia. Sebab Brie Larson pun buat stunt sendiri dalam filem Captain Marvel. Perasaan ketika itu tak dapat nak digambarkan semua ada excited and nervous. Pada masa yang sama saya bangga sebab dapat be part of Captain Marvel Malaysia Session.

Sesi rakaman tersebut telah dilakukan di Marina bay, Singapore pada 13 Februari yang lalu,” tutur Ilia tentang pengalamannya menemu bual pelakon Hollywood.

Bercerita tentang bidang stunt diceburinya, “Saya mula terjebak ke bidang ini pada tahun 2008. Ketika di athun pertama sebagai pelajar USM, Pulau Pinang. Saya telah menganjurkan mini event iaitu skuter competition semasa karnival di Desasiswa Aman Damai. Salah satu sponsor event adalah RK-M.

Syarikat ini ada stunt team dan mereka tawarkan saya untuk belajar 2 basic skills untuk perform bersama di karnival tersebut. Selepas itu, secara officially saya masuk dalam bidang ini apabila mereka offer join team stunt untuk roadshow,” ucap Ilia.

Sebagai wanita apakah cabaran berada dalam industri yang lasak ini? Macam-macam cabarannya dan antara paling utama adalah stigma negatif masyarakat sekeliling. Ada kalanya saya pun down

dengan pandangan negatif ini. Tapi semakin lama dalam bidang ini semakin saya kalis dengan semua itu.

Saya tukarkan cabaran itu menjadi sumber kekuatan untuk keep moving forward dalam bidang ini. Cabaran-cabaran lain seperti tugas multifungsi dan komitmen sebagai isteri dan ibu kepada pasangan kembar serta masalah kewangan.

Bercerita tentang komitmen sebagai isteri, ibu dan stunt agak sukar juga untuk membahagikan masa kerana saya tinggal di Perak. So kalau nak training, saya kena balik Selangor ke rumah mak dan ayah untuk tolong jaga kembar sementara pergi training. Jadi dalam sebulan 2-3 kali training.

Apabila di Perak, saya memainkan peranan sebagai isteri dan ibu sepenuh masa. Saya jaga anak sepenuh masa sebab anak baru berusia 11 bulan. Apabila ada stunt show, kadang-kadang saya akan bawa kembar sekali dan kadang-kadang tinggalkan mereka di rumah mak dan ayah,” kata Ilia yang membuat stunt show.

Berkongsi tentang bayi kembar miliknya ini, “Cabaran ada anak kembar ni adalah double effort

. Kalau menangis, dua-dua akan menangis. Kalau tengah lasak, kadang-kadang seorang kat utara sorang kat selatan. Kalau bagi susu, seorang kena mengalah tunggu turn.

Kalau malam hari kena ekstra berjaga dan make sure dua-dua tidur lena dan kenyang. Tapi cabaran yang berbaloi sebab mereka adalah penyeri yang dua kali ganda dalam hidup saya,” tutur isteri kepada Muhammad Amierul Hasraf ini.

IKLAN
Share