Beruntungnya selebriti cantik, Nur Fazura Sharifuddin dapat dekati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Tengku Permaisuri Selangor. Bukan sebarangan orang dapat peluang macam tu! Lebih-lebih lagi menerima undangan majlis sambutan peribadi DYMM Tengku Permaisuri Norashikin sempena ulang tahun kelahiran baginda pada 4 Jun lepas.
Diadakan secara privasi dan hanya dihadiri oleh kenalan terdekat, Fazura menerusi Instagram miliknya menzahirkan rasa terharu kerana diberi peluang memeriahkan majlis tersebut.
Kongsi isteri kepada pelakon Fattah Amin ini, Tengku Permaisuri Norashikin tidak mengetahui kehadiran mereka dalam majlis berkenaan dan merancang untuk membuat kejutan.
Kongsi Fazura, “Faz dan Fattah telah berpeluang menghadiri majlis sambutan peribadi untuk DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin. Tema majlis ialah Bollywood, tema yang sangat meriah.
Ads
Faz dan Fattah adalah antara hadiah kejutan kepada DYMM Tengku Permaisuri pada majlis tersebut. Misi kami membawa kek untuk memberikan kejutan manis kepada Tuanku Permaisuri.
Itulah cadangannya, namun ketika membawa kek menuju ke hadapan baginda sambil diiringi nyanyian “Happy Birthday”, dapat dirasakan yang sedang mengalami kejutan ialah kami berdua.
Ads
Sungguh, dapat kami lihat Tuanku Permaisuri sangat berkenan dan sukacita dengan kehadiran kami. DYMM Tuanku Sultan kurniakan senyuman. Sungguh besar jiwa baginda Tuanku berdua.”
Pastinya momen tersebut meninggalkan kenangan terindah buat Fazura dan Fattah. Iyalah, jadi ‘tetamu istimewa’ buat Tengku Permaisuri Selangor.
Ads
Fazura yang mengenakan persalinan rona beige jelas kelihatan anggun dan gembira sepanjang majlis.
“Kami pulang dari majlis membawa pelbagai kenangan manis yang tidak akan dilupakan. Yang paling tersemat di hati kami ialah baginda Tuanku berdua is such a lovely and loving couple, warm and humble. Kami sangat kagum, sebagai contoh kepada kami.
Once again, our best birthday wishes to our Queen, may Allah SWT bless you always with happiness and may you always find favour in His eyes. Semoga Allah SWT lanjutkan usia DYMM Tuanku Sultan dan DYMM Tuanku Permaisuri. Amin.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejayaan pemain beregu badminton lelaki negara, Goh Sze Fei – Nur Izzuddin Rumsani merangkul gelaran Naib Juara Kejohanan Badminton Asia pada 14 April lalu berjaya melonjakkan nama mereka di pentas dunia. Tak ketinggalan, peminat sukan tanah air yang turut memberikan perhatian kepada gandingan tersebut baru-baru ini.
Walau tidak berpeluang menjulang gelaran Asia namun kesungguhan dan gandingan mantap mereka mendapat pujian ramai. Apatah lagi bersaing dengan beregu lelaki nombor tiga dunia dari China.
Sejak kejayaan itu, Nur Izzuddin atau disapa Adin menjadi perhatian masyarakat. Peminat sukan badminton tanah air mahu mengenali figura ini dengan lebih dekat dan latar belakang atlet berkenaan.
Meninjau media sosial Nur Izzuddin, atlet kelahiran Johor berkenaan dilihat seorang yang cukup menjaga privasi diri. Selain posting mengenai karier sukannya, dia turut memuat naik gambar di samping keluarga tercinta.
Lebih bermakna pada tanggal 22 September 2023, Nur Izzuddin selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihan yang dikenali sebagai Mawar Mutiara Abdul Razak.
Biarpun bergelar public figure namun dia bijak ‘menyimpan’ kemas privasi diri. Tahu-tahu je, dah selamat mendirikan rumah tangga.
Nur Izzuddin sah bergelar suami kepada wanita cantik berkenaan ketika karier sukannya berada di puncak dan berusia 25 tahun.
Sempena hari bahagia miliknya, Nur Izzuddin menitipkan ucapan romantis buat isteri tercinta. “Tahun 2023 tahun penuh ujian, tahun jatuh bangun tapi dalam ujian itu ada hikmahnya. Kadang Dia sembunyikan matahari, Dia datangkan hujan.
Dalam kita tertanya-tanya mana perginya matahari Dia datangkan pelangi. Isteri saya, seseorang yang Dia hadirkan untuk melengkapi dan menyinari hidup saya bagai sebutir MUTIARA.
Just like her name, my wife is the epitome of love, purity, and wisdom, who is worthy of nothing less than an eternal love and wholehearted commitment that I will vow to her until the end of time as encapsulated in our beautiful diamond rings which we have handpicked from Venessa Diamonds.”
Atas kejayaan rangkul Naib Juara Asia, Nur Izzuddin Rumsani – Goh Sze Fei naik empat anak tangga untuk berada di kedudukan ke-15 dunia.
Menerusi kemas kini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 16 April lalu mencatatkan Sze Fei dan Nur Izzuddin lonjak empat anak tangga di kedudukan ke-15 dunia sekali gus mencatatkan kedudukan tertinggi mereka dalam tempoh 13 bulan.
Mereka berdua turut tersenarai dalam pemain saingan Piala Thomas, di Chengdu, China.
Dalam perlawanan Piala Thomas, skuad Malaysia tewas 1-3 di tangan juara 10 kali China pada aksi separuh akhir di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone.
Nur Izzuddin dan Sze Fei yang menjadi harapan negara selepas ketinggalan 1-2 terpaksa akur apabila tewas dalam pertarungan tiga set di tangan He Ji Ting- Ren Xiang Yu.
Bagaimana pun skuad badminton Malaysia berjaya meraih pingat gangsa Piala Thomas.
“Bersyukur masih diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab di pentas Piala Thomas tahun ini.
Terima kasih kepada rakan sepasukan dan jurulatih yang telah berikan sehabis baik di kejohanan ini. Semoga semangat berpasukan yang kita bina di sini dapat kita kekalkan sehingga ke edisi seterusnya.
Terima kasih juga kepada pihak pengurusan BAM, staff sokongan yang turut terlibat dari awal persiapan sehingga ke penghujung kejohanan ini berlangsung.
Terima kasih kepada ahli keluarga terutama mama dan ayah yang sentiasa mendoakan kejayaan kami sepasukan. Tidak lupa juga kepada isteri tercinta yang sentiasa menyokong dan memberi kata kata semangat yang meningkatkan motivasi.
Akhir sekali, terima kasih kepada seluruh peminat badminton tanah air yang sentiasa mendoakan dan memberi sokongan yang tidak berbelah bagi buat pasukan Malaysia sepanjang kejohanan ini berlangsung. Anda sememangnya luar biasa!
Terdahulu, Izzuddin-Sze Fei menjulang tiga gelaran iaitu di Terbuka Yonex Amerika Syarikat, Victor Kaohsiung Masters (Taiwan) dan Abu Dhabi Master, Emiriah Arab Bersatu.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Jenama botol air terkemuka, BROS, telah menceriakan tahun baru dengan pelancaran koleksi inovatif mereka, VASO iaitu siri botol kaca dengan 12 rekaan unik.
Sesuai untuk para pengguna yang gemarkan rekaan kontemporari dan material yang berbeza, VASO merupakan pilihan utama untuk terus kekal hidrat sepanjang masa. Koleksi VASO mempunyai rekaan sleek serta fungsi estetik telah menambah sentuhan yang mempesona dan menjadi pilihan penuh citarasa untuk para pengguna.
Sentiasa komited dalam menghasilkan botol yang mesra alam, boleh dikitar serta diguna semula, koleksi terbaru ini boleh didapati dalam 6 tema menarik – BROS CLASSIC, DAILY WISDOM,FAIRYTALES, MERMAID FANTASY, COOL CRITTERS dan SOOTHING FLORA. Setiaptema hadir dengan dua rekaan yang cukup mengujakan.
Telah diuji dan selamat untuk digunakan, koleksi terbaru VASO ini 100% bebas Bisphenol-A (BPA) kerana ia diperbuat daripada kaca borosilikat, bahan yang diklasifikasikan sebagai Generally Regarded as Safe (GRAS) oleh US Food and Drug Administration (FDA) berkaitan dengan makanan dan minuman. Sama seperti semua produk BROS, botol kaca VASO telah melalui ujian makmal yang ketat dan mematuhi piawaian FDA.
Botol kaca terbaru ini juga tahan kalis daripada bahan kimia dan haba sehingga 95°C serta tahan lebih lama berbanding jenis kaca yang lain. Untuk menghindari daripada risiko melecur, anda tidak digalakkan untuk mengisi air yang terlalu panas, ataupun anda juga boleh menggunakan beg botol BROS untuk memegangnya.
Botol kaca VASO boleh didapati dalam tiga saiz – 400ml, 550ml dan 630ml di semua gedung, pusat membeli-belah dan pasar raya besar di seluruh negara serta menerusi atas talian. ROSMAH IDAYU ABU SAMAH
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagi mengiktiraf dan menghargai para usahawan tempatan khususnya pemain industri Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) di Malaysia, Sinar Harian buat julung kalinya memperkenalkan Bisnes Sinar Harian Awards (BISA).
Ketua Pemasaran & Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, sebanyak 10 anugerah utama dan pelbagai lagi kategori anugerah menjadi pilihan Sinar Harian untuk usahawan termasuk golongan perusahaan mikro, kecil dan sederhana.
Menurutnya, penyertaan BISA terbuka kepada semua perniagaan berdaftar di Malaysia menerusi pelbagai kategori yang menjadi pilihan akhbar ini bagi mengiktiraf jenama kreatif, agensi, kepakaran, perkhidmatan dan lain-lain lagi.
Nik Justin Nik Mohd Ariffin
“BISA merupakan sebuah anugerah yang julung kali diperkenalkan Sinar Harian yang signifikan dan khusus untuk memberikan penghargaan serta pengiktirafan kepada para usahawan mikro kecil di negara ini.
Keutamaan kami adalah mengetengahkan golongan usahawan yang telah berjaya memberikan impak besar kepada pemerkasaan dan kemampanan ekonomi komuniti di Malaysia.” Nik Justin
Jelas Nik Justin, menjadi tanggungjawab Sinar Harian sebagai akhbar nombor 1 paling dipercayai dan diyakini di negara ini mewujudkan satu pentas yang mengiktiraf golongan usahawan dalam satu majlis berprestij.
“Bermula Februari 2023, BISA diangkat sebagai acara tahunan selepas lebih 16 tahun menjadi media pilihan dan rujukan utama rakyat Malaysia.
Kita mahu menonjolkan usahawan yang menyumbang kepada kemajuan ekosistem perniagaan di negara ini agar terus berkembang maju dan kekal mampan.” Nik Justin
Beliau berkata, apa yang membezakan BISA berbanding anugerah sedia ada yang lain ialah setiap kategori yang ditampilkan dipilih sendiri oleh Sinar Harian bersama panel juri khas dan pemain industri.
Tambahnya, antara anugerah yang dipertandingkan termasuklah kategori usahawan pelbagai sektor antaranya pertanian, elektronik, fesyen, pelancongan dan banyak lagi.
“Proses pemilihan telah pun bermula dan kemuncak malam gala penganugerahan akan diadakan di sebuah hotel pada 23 Februari 2023.
Menerusi majlis berprestij ini, BISA menerusi Sinar Harian membawa objektif utama menyokong usahawan yang membina perniagaan dari bawah hingga mereka mampu menyumbang kepada ekonomi setempat termasuklah peluang pekerjaan kepada komuniti.” Nik Justin
Untuk maklumat lanjut mengenai BISA dan penyertaan, layari web (klik sini) atau e-mel: bisaward@sinarharian.com.my.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!