Gaya Hidup

Beruntung Farah Nabilah Sambut Hari Jadi & Bulan Madu Di Resort TERMEWAH Kepulauan Maldives

Pada penghujung tahun lalu, pelakon yang menempa populariti menerusi drama Titian Cinta ini telah selamat diijab kabulkan dengan sekali lafaz besama pemuda pilihan hatinya, seorang juruterbang iaitu Mohammed Amirul Yunus.

Merpati dua sejoli ini benar-benar kelihatan umpama Raja dan Ratu Sehari di majlis yang gilang-gemilang itu. Sudah pasti destinasi bulan madu pasangan ini menjadi perhatian dan ketika ditanya ke manakah destinasi bulan madu, usai majlis pernikahan pasangan ini dahulu, pasangan sama cantik sama padan ini bergurau sambil menjawab “Pulau Pinang”.

Namun, kini terjawab sudah destinasi bulan madu Farah Nabilah atau nama sebenarnya Farah Nabilah Saipuddin apabila berkongsi momen indah tersebut di media sosialnya. Pasti berbunga-bunga hati Farah Nabilah apabila ulang tahun kelahirannya juga disambut di salah satu kepulauan Maldives yang terkenal dengan keindahan pantainya.

Coret Farah Nabilah, “Birthday + honeymoon at Hurawalhi. What more can I ask for?”. Selamat hari jadi yang ke-28 Farah Nabila! Dikatakan harga semalam resort ini hampir RM10,000 semalam. Patutlah cantik dan eksklusif destinasi bulan madu selebriti cantik ini. Lihat sahaja foto-foto yang telah dikongsi oleh Farah Nabila ini.

Foto: Instagram @Hurawalhi

 

Seronok melihat momen indah yang dikongsi oleh Farah Nabila di laman media sosialnya. Tergambar riak bahagia merpati dua sejoli ini. Seronok melihat Farah Nabila menikmati hidangan tengah hari di bawah dasar laut sambil disaksikan oleh ikan-ikan yang berenang berkeliaran di sana-sini. Kongsi Farah, “Had an amazing lunch at 5.8 Undersea Restaurant di Hurawalhi. Me loveeeeeee it!

,”.

Namun begitu, Farah Nabila tetap peka dengan perkembangan semasa apabila tertindak melakukan isolasi selepas pulang dari bercuti di luar negara. Ini seperti yang dikongsi oleh pelakon cantik ini di Insta Story (ketika artikel ini ditulis) sambil mengacau doh di rumah. Tengah buat pancake barangkali?

Melihat kulit wajah Farah Nabila yang sentiasa cantik tidak kira sedang bercuti atau tidak, timbul rasa cemburu. Kesempatan bertemu dengan pelakon ini di sebuah majlis terdahulu, terus bertanya apakah rahsianya, “Saya jaga kecantikan kulit dengan banyak minum air.

Pagi-pagi saya akan minum perahan lemon bersama air panas. Sikit jer pati lemon tu terus minum. Tanpa gula dan dengan perut kosong. Petua ini baik untuk detoks kulit. Sebab kan saya tak sempat nak exercise so banyak minum camtu kulit akan detoks sendiri,” terang Farah Nabilah sambil tersenyum.

Foto: Instagram @farahnabilahofficial

IKLAN
Share