Gaya Hidup

Bila Pasangan Terlalu EGO, Guna Tip-Tip Ini Untuk MENJINAKKAN Mereka

Mengatasi ego pasangan bukan sesuatu yang mudah kerana ia masalah yang berkaitan dengan sifat seseorang. Namun tidak mustahil kerana pasangan yang ego tersebut juga merupakan manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Jadi bagi menangani ego pasangan, anda perlu menukar cara pendekatan atau penyampaian ketika berdepan dengan mereka untuk mengatasi sifat ego tersebut

Tip Perlu Dipraktikkan

(a) JANGAN MENGHAKIMI

Jauhi sikap suka menghakimi dan menyalahkan pasangan. Individu yang mempunyai sifat ego yang tinggi tidak suka untuk dipersalahkan kerana menganggap dirinya diperkecilkan.

Oleh itu cuba untuk mengalah kepada pasangan kerana ia merupakan cara terbaik bagi mengelakkan keadaan bertambah buruk.

(b) CARA BERKOMUNIKASI

Untuk berhadapan dengan pasangan ego, anda seharusnya mendekati mereka dengan menggunakan bahasa dan nada yang lembut agar tidak menyinggung perasaan pasangan sewaktu berinteraksi.

Dengan ini, mereka akan mudah untuk berlembut hati atas kelembutan bahasa yang digunakan oleh anda.

(c) JADI PENDENGAR YANG BAIK

Setiap manusia dilahirkan dengan naluri kepimpinan iaitu ingin seseorang untuk menurut perintah. Namun mereka juga manusia biasa dan tidak semua yang mereka katakan itu seratus peratus tepat.

Sekiranya anda tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan, cuba beri bantahan dengan cara lembut. Sekiranya anda memberi bantahan dengan cara keras, sudah semestinya pasangan yang bersifat ego itu akan lebih berkeras dengan anda untuk menjaga keegoan mereka.

(d) FAHAMI PASANGAN

Pasangan yang mempunyai sifat ego ini sebenarnya mempunyai dunia mereka yang tersendiri kerana mereka ini sangat bercita-cita tinggi dan melihat hanya diri mereka sahaja yang betul dalam apa jua situasi.

Oleh itu, cuba fahami pasangan dengan melakukan sedikit kajian mengenai mereka melalui sesi berkomunikasi bersama mereka atau menerusi saudara terdekat seperti ibu bapa mereka.

(e) HARGAI PASANGAN

Si dia yang mempunyai sifat keegoan ini juga manusia biasa yang mahukan diri mereka dihargai. Anda sebagai pasangan harus memainkan peranan untuk melembutkan keegoan mereka dengan menghargai pasangan.

Anda boleh menghargai pasangan anda dengan pelbagai cara sama ada dengan memberikan layanan istimewa, berbangga dengan dirinya dan juga mengucapkan terima kasih kepada dirinya atas apa yang telah dikorbankan demi anda.

Penghargaan adalah ibarat racun yang meracun diri secara halus tetapi amat berkesan.

(f) BIARKAN MEREKA MENANG

Ego merupakan suatu sifat yang sukar untuk dibuang, namun anda seharusnya bijak bermain dengan kata-kata yang dapat membuatkan mereka merasa menang. Individu yang mempunyai sikap ego akan merasa diri mereka tercabar apabila sesuatu yang mereka lakukan itu salah manakala individu lain pula melakukannya dengan sempurna.

Oleh itu, anda harus memainkan peranan penting untuk membuatkan si dia merasai kemenangan dalam situasi yang dihadapi supaya keadaan tidak bertambah buruk. Cuba elak dari berkata sesuatu yang berkisar mengenai kejayaan lelaki lain kerana ini sudah pasti si dia merasa tercabar. KR

IKLAN
Share