Sejak penularan pandemik COVID-19, pengunaan pelitup muka adalah salah satu langkah untuk menghalang virus ini terus merebak. Namun, pemakaian pelitup muka ini telah mencetus masalah kulit muka bagi sesetengah individu. Kali ini Nona telah mendapatkan pandangan Dr Nur Diana Abd Razak dari Klinik Medissa Senawang tentang masalah ini.
Foto: Koleksi Peribadi Dr Diana
Akibat penularan COVID-19, penggunaan pelitup wajah menjadi wajib bagi kebanyakkan negara yang tinggi kes penularan virus tersebut. Seiring dengan itu, laporan daripada pakar kulit dan doktor estetik menunjukkan peningkatan kes jerawat berkaitan dengan penggunaan pelitup wajah menjadi semakin meningkat.
Penggunaan pelitup wajah yang kerap dan ketat boleh mengakibatkan friction atau gesekan, iritasi, dan regangan pada kulit menyebabkan terjadinya jerawat atau dikenali sebagai acne mechanica. Hal ini pernah dikongsi oleh pakar kulit kerana sering terjadi kepada atlet menggunakan topi keledar atau pakaian mempertahankan diri yang ketat dan memerangkap peluh.
Foto: Koleksi Peribadi Dr Diana
Kawasan yang kerap berpeluh, lembap dan terperangkap di sebalik pelitup muka boleh mengakibatkan penyumbatan liang pori menjadi semakin teruk daripada kebiasaan.
Liang pori yang tersumbat akibat peluh, kotoran, kulit mati dan sebum wajah ini mengakibatkan pembentukan jerawat, whiteheads atau blackheads apatah lagi jika pemakai juga menggunakan solekan yang berunsur comedogenic iaitu yang mudah menyumbat liang pori.
Pemakaian pelitup wajah yang lama atau berulang meningkatkan suhu dan kelembapan, menjadikan medium yang yang subur untuk membiakkan jangkitan kuman penyebab jerawat.
Ads
Foto: Koleksi Peribadi Dr Diana
Beberapa masalah kulit lain yang boleh terjadi selain jerawat akibat pemakaian pelitup wajah;
Dermatitis kontak (contact dermatitis) – adalah alahan terhadap sesuatu bahan yang bersentuhan dengan kulit, contohnya dalam hal ini adalah fabrik pelitup muka. Formaldehyde dan bronopol boleh dijumpai dalam polypropylene surgical masks yang sering mengakibatkan alergi. Boleh menyebabkan ruam yang kemerahan, kering, iritasi dan gatal.
Jangkitan folikel rambut (foliculitis) – akibat pembiakkan kuman pada liang folikel rambut yang ada pada wajah, contohnya pada kawasan dagu untuk kebanyakkan pesakit lelaki. Menyebabkan terjadinya vesikel seakan jerawat yang sakit, bernanah dan mungkin memerlukan rawatan dengan antibiotik.
Ads
Rosacea – bagi penghidap rosacea, suhu yang meningkat dan stres boleh mengakibatkan kondisi kulit meradang semula menjadi merah, kering dan mengganggu penampilan serta keyakinan seseorang.
Foto: Koleksi Peribadi Dr Diana
Apakah langkah mudah mengelakkan ‘MASKNE’
Jika anda gemar menggunakan pelitup wajah dari jenis fabrik, pastikan anda memilih jenis fabrik yang lembut dan tidak mengiritasi kulit, mempunyai banyak helaian yang boleh ditukar dengan kerap, dan dicuci setiap hari.
Ads
Jika anda menggunakan pelitup muka pakai buang (disposable mask), sesuai namanya hanya untuk digunakan dalam jangka waktu yang singkat dan ditukar dengan kerap. Berikan waktu rehat untuk kulit anda dari pelitup wajah selama paling kurang 15 minit setiap 4 jam penggunaan pelitup wajah, ini berdasarkan perkongsian daripada American Acedemy of Dermatology (AAD). Pelitup wajah seharusnya ditukar jika sudah lembap atau kotor.
Jika anda merupakan tenaga kesihatan yang menggunakan pelitup wajah jenis N95, pastikan anda menggunakan strip silikon gel pada kawasan kulit yang bersentuhan rapat dengan pelitup wajah untuk mengurangkan gesekan dan iritasi.
Foto: Koleksi Peribadi Dr Diana
Jika jerawat sudah mula terjadi;
Tenang dan jangan terlalu agresif dengan kulit anda.
Hentikan penggunaan solekan.
Pastikan kulit wajah dalam keadaan bersih sebelum mengenakan pelitup wajah.
Pastikan anda mengunakan gentle skincare atau pencuci wajah yang bersifat soap-free cleanser iaitu bebas sabun dan pelembap yang sesuai. Pelembap boleh menjaga kelembapan dan membentuk lapisan pelindung pada kulit anda. Pastikan kulit anda tidak terlalu kering akibat penjagaan kulit yang berlebihan.
Rawat jerawat menggunakan krim anti jerawat yang boleh didapati di farmasi, seperti, benzoyl peroxide, krim asid salycilic dan sebagainya. Mulakan produk tersebut dengan konsentrasi paling rendah dahulu dan lihat respon kulit terhadap krim tersebut bagi mengelakkan keradangan kulit memburuk.
Jika jerawat tidak memberikan respon terhadap rawatan yang telah anda lakukan, dan semakin memburuk, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan awal, juga mampu mengurangkan risiko terjadinya parut.
Bagi mengenalpasti masalah kulit yang lain seperti dermatitis kontak, folikulitis, rosacea dan sebagainya, anda digalakkan untuk mendapatkan nasihat dan rawatan doktor supaya rawatan sesuai dengan masalah yang anda hadapi.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa yang tahu. Dahulu keluarganya dihina, kini dialah Miss Universe Thailand. Itulah gambaran tepat yang dapat diberikan pada nasib Anna Sueangam-iam yang dinobatkan dengan gelaran itu selepas berjaya menundukkan 20 peserta yang lain.
Selain dari kemenangan merangkul mahkota tersebut, asal usul keluarganya turut mendapat perhatian ramai dek nasibnya tidaklah sebaik peserta-peserta yang lain.
Buat yang belum tahu, Anna berasal dari keluarga miskin di mana ibu dan bapanya merupakan pengutip sampah jalanan di kota Bangkok. Zaman kecil Anna hanyalah bermain dengan mainan terbuang bagi mengisi masa lapang berbanding kanak-kanak seusianya yang disuap dengan alat solek dan pakaian indah.
Nekad untuk mengubah nasibnya, Anna berazam untuk melanjutkan pelaharan sehingga berjaya menamatkan pengajian sarjana muda dalam bidang pengurusan hotel dan pelancongan dari Universiti Kasetsart.
Namun perjalanannya untuk memenangi gelaran itu juga tidak mudah. Selain bukan penutur Bahasa Inggeris yang lancar, Anna juga merupakan peserta ‘underdog’ dan bukan pilihan untuk memenangi pertandingan tersebut. Apatah lagi Anna bukan bukan seorang ‘luk khrueng’ iaitu rakyat Thailand dengan kacukan seperti finalis-finalis yang lain.
Jika sebelum ini, gelaran Miss Universe Thailand itu dirangkul oleh peserta berasal dari keluarga kacukan, kini Anna berjaya memecahkan tradisi sebagai seorang anak jati Thailand yang sebenar. Pada tahun 2018, Anna pernah memenangi gelaran Miss Mobile Thailand 2018 dan tempat kedua Miss Beautiful Thailand Pageant pada tahun 2020, namun pada ketika itu diberi gelaran ‘Miss Garbage’ kerana kerjaya bapanya.
NONA cukup terinspirasi dari kisah Anna ini. Semoga maju jaya buat Anna dan diharapkan kisah asal-usulnya menjadi pendorong untuk semua yang pendidikan itu sesuatu yang sangat penting.
Foto: Instagram (@annasnga_1o)
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Zaman sekarang terdapat banyak produk kecantikan yang boleh didapati di pasaran. Malah, industri kecantikan di Malaysia semakin berkembang dengan kemunculan produk-produk tempatan. Namun, adakah anda tahu, petua tradisional sebenarnya sangat berkesan dan lebih semulajadi.
Cuba amalkan remedi mudah ini di rumah untuk realisasi impian cantik anda.
Daripada anda membelanjakan lebih banyak wang kepada produk berunsurkan bahan kimia, adalah digalakkan untuk anda mencuba remedi mudah di rumah untuk meningkatkan kesihatan menyeluruh kulit dan penampilan.
Nona kongsikan petua cantik tradisional yang boleh anda cuba di rumah!
1. LEMON
Campurkan dua sudu teh air perahan jus lemon dan gula. Sapu rata pada permukaan kulit wajah, leher dan kedua-dua belah tangan. Gosok rata dengan gerakan membulat dan biarkan ia selama 10 minit. Bilas dengan air suam. Amalkan remedi ini seminggu sekali untuk mendapatkan kulit bersih berseri.
2. MADU
Sapu madu asli ke atas seluruh bahagian kulit wajah. Biarkan ia mengering sendirinya dan bilas wajah dengan air suam. Madu bertindak dalam memberikan kelembapan pada kulit agar kekal lembut dan gebu. Lakukan petua ini sehari sekali untuk memberikan kejelitaan yang menawan semulajadi pada wajah anda.
3. KUNYIT
Gaul satu sudu teh serbuk kunyit bersama jus nanas untuk menjadikan ia pes. Oles pes campuran tersebut ke atas kulit wajah dan leher. Biarkan ia mengering sepenuhnya. Cuci dengan air suam. Ulangi remedi dua atau tiga kali seminggu untuk menghilangkan kesan tompok hitam dan parut pada wajah.
4. SERBUK PENAIK
Adun rata dua sudu teh serbuk penaik dengan satu sudu teh air atau air perahan jus lemon sehingga menjadi pes. Cuci kulit wajah anda dan sapukan pes secara menyeluruh pada kulit. Akhir sekali bilas wajah anda dengan air suam dan keringkan dengan tuala. Amalkan cara mudah ini di rumah dua atau tiga kali seminggu.
5. TIMUN
Potong timun segar dengan hirisan tebal dan gosok rata ke seluruh wajah. Biarkan ia semalaman dan cuci wajah dengan air suam pada waktu pagi. Lakukan setiap hari sebelum tidur.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kejelitaan milik pelakon era 1990an ini seakan tidak pernah pudar. Mana tidaknya, meniti usia lewat 40an dan sudah pun mempunyai tiga anak yang semakin meningkat dewasa, Datin Mas Anizan tetap kelihatan menawan dan awet muda! Tidak hairanlah, beliau sering mendapat tawaran berlakon hingga ke hari ini. Apatah lagi anak-anak pun sudah besar.
Masih ingat lagi momen pertama kali bertemu Datin Mas Anizan atau nama sebenarnya Mas Anizan Mohd Shahid ketika sesi fotografi penghias muka depan Nona November 2015. Ternyata beliau seorang yang sangat disenangi, ramah dan cukup menjaga tutur kata.
Terbaharu, penampilan Datin Mas Anizan di samping anak gadisnya, Mas Aliza dalam sebuah video pendek sempena sambutan Hari Ibu telah menarik perhatian peminat. Tidak hanya dikagumi kerana keakraban beliau bersama anak bahkan wajah cantik Datin Mas Anizan turut menjadi bualan ramai.
Menerusi video tersebut, selain berkongsi sisi peribadi beliau turut mendedahkan gemar melakukan aktiviti hiking. Patutlah Datin Mas Anizan kekal langsing, rupa-rupanya aktif dengan sukan lasak tersebut.
Datin Mas Anizan di samping Mas AlizaDi samping anak bongsu
Tertawa saat menerima pujian mengenai rupa paras dan penampilannya, Datin Mas Anizan ketika ditemu bual Nona dalam nada rendah diri berkata, “Alhamdulillah, syukur di atas kurniaan dan pinjaman yang telah diberikan. Semua wanita di luar sana pasti turut sama sukakan kepada kecantikan. Begitu juga saya. Tetapi tidaklah terlalu cerewet.
Untuk menjaga kecantikan wajah, saya hanya mengamalkan pemakaian produk kulit yang asas seperti cleanser, toner, serum, moisturizer dan eye cream. Selain itu, tidur yang cukup juga adalah amat penting.
Kecantikan tidak hanya tertumpu kepada penjagaan wajah sebaiknya penjagaan badan juga harus dijadikan keutamaan. Selepas melahirkan Ariana, saya sudah jarang mengunjungi spa kecantikan. Sebaliknya lebih selesa untuk memanjakan diri ala spa di rumah.”
Dirisik apakah petua tradisi yang diamalkan sehingga ke hari ini, selebriti bermata bundar ini lantas membuka bicara. “Dari segi amalan tradisional, saya mengamalkan minuman jus pegaga yang dibuat sendiri di rumah.
Hanya cuci bersih daun tersebut dan kisarkan menjadi minuman. Tidak perlu tambah gula. Inilah minuman yang saya amalkan dari dahulu lagi selain turut mengambil multi vitamin sebagai suplemen tambahan.”
Kredit: Instagram Mas Anizan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dilahirkan dalam keluarga jutawan dan tersohor, satu kelebihan buat anak gadis kepada pasangan usahawan, Dato’ Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Nur Shahida ini.Menariknya,...