Bingkisan Emas Sang Ratu Lebah, Persembahan Terbaru Safi Rania Gold

Safi Rania Gold tidak pernah jemu mencipta keajaiban untuk wanita tampil cantik menawan. Kali ini Safi Rania Gold, rangkaian penjagaan wajah halal No. 1 di Malaysia hadir dengan solusi terkini melalui sentuhan emas Teknologi BEETOX seterusnya menghasilkan bingkisan keremajaan yang diidam-idamkan wanita serta mampu dimiliki semua.

Majlis pelancaran yang berlangsung di Dewan Utama, St. Giles The Garden, Grand Hotel & Residences Kuala Lumpur turut dihadiri oleh Ketua Eksekutif Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd., Sriram Krishnamurthy dan Mahsuri Sulaiman selaku Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza (Malaysia) Sdn. Bhd.

Dalam majlis minum petang yang bertemakan keemasan ini, Mahsuri telah telah memperkenalkan Nano Gold 24K dengan Teknologi BEETOX buat pertama kalinya kepada umum. Nano Gold 24K ini bersulamkan amino peptida bakal memberikan aksi berganda bagi meningkatkan proses sintesis kolagen I dan III seterusnya meningkatkan penghasilan kolagen 2 kali ganda.

Teknologi BEETOX yang dicipta pula merupakan gabungan keajaiban – Bisa Lebah, Madu, Jeli Diraja dan Propolis. Ia bukan sahaja berkesan untuk menguatkan struktur dalaman kulit dengan mengaktifkan pengeluaran kolagen, formulasi ini juga boleh merawat dan menghalang penuaan. Hasilnya tekstur kulit wajah akan kelihatan muda remaja secara semula jadi.

Acara kemuncak apabila majlis memperkenalkan Eliksir Keremajaan Safi Rania Gold, formulasi dwi-aksi untuk menggandakan kuasa anti-penuaan dan anti-pigmentasi. Dalam majlis yang sama turut memperkenalkan wajah terbaharu iklan Safi Rania Gold, Farahdina Mufti, seorang pelakon dan model terkenal dari Indonesia. Majlis turut diserikan dengan kehadiran pelakon kesayangan ramai, Rita Rudaini dan doktor viral berbadan sasa, Dr. Say Sazril.

Sebelum menamatkan ucapannya, Mahsuri sempat menitipkan tip kecantikan buat wanita Asia. “Untuk mendapatkan kulit wajah muda remaja, pastikan anda tidak lupa untuk membersihkan wajah dan gunakan pelembap sepanjang hari, skrub setiap minggu dan lindungi kulit anda daripada sinaran matahari. Dengan penggunaan produk yang betul pada wajah, anda akan melihat hasilnya dalam masa yang singkat,” kongsi Pengurus Pemasaran (Safi) Wipro Unza Malaysia. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share