
Revalina S. Temat mula mencipta nama dalam industri seni negara apabila lakonannya dalam sinetron popular Indonesia, Bawang Merah Bawang Putih meraih sambutan luar biasa. Bukan hanya tertarik dengan jalan cerita drama berkenaan bahkan wajah cantik penuh kelembutan yang dimiliki aktres ini menyumbang kepada popularitinya.
Meniti usia 40 tahun, Revalina atau nama penuhnya Revalina Sayuthi Temat merupakan seorang isteri dan ibu dua cahaya mata lelaki.
Masih aktif membintangi dunia lakonan dan seni di Indonesia, dia juga memanfaatkan masa terluang dengan menceburi bidang perniagaan.
Difahamkan Revalina menguruskan syarikat S Temat Management dan pemilik label pakaian Tifle’s by Revalina S Temat.
Dalam kesibukan mengurus keluarga dan karier, hujung Ogos lalu personaliti ini diuji apabila ibu tersayang iaitu Rachmaniar Temat yang berusia 67 tahun menghidap Alzheimer.
Khabar itu didedahkan salah seorang adik-beradik Revalina, Feby Temat di media sosial.
Ujarnya, “Since 1984, mama keep me and my siblings safe. Mama tidak pernah menakutkan next episode kehidupan akan seperti apa. Padahal mama just ordinary housewife.
Kalau aku suka overthinking, mama cuma bilang. Pasti boleh nak, ‘Mama saja boleh, kamu juga pasti boleh. Kamu sama ya seperti mama anaknya banyak 4 juga.”
Sambil memuat naik foto-foto lama di samping ibu tersayang, Feby menambah, “Our strength as siblings is bigger than our mom Alzheimer.
InsyaAllah, we’ll give mama the love and care she deserves.Gantian ya mama sekarang usia 67 tahun kita yang will try to keep you safe and happy. Bersama-sama Rangga Temat, Revalina Temat dan Regina Temat.”
Revalina mendirikan rumah tangga dengan Rendy Aditwa Gunawan pada 15 Mac 2015 dan tampil lebih sopan serta berhijab selepas pulang mengerjakan umrah pada tahun 2017.
Dengan gaya muslimah yang elegan, ibu kepada Rihga Sadiwasakti Rabbani ini juga tetap kelihatan cantik meskipun hanya bergaya sederhana. Revalina melahirkan anak keduanya, Rajendra Satya Razzani secara pembedahan pada Januari 2019.
Biarpun sudah beranak dua tapi jelitawan ini bijak menjaga penampilan diri. Revalina pernah membintangi beberapa drama popular Indonesia antaranya Assalamualaikum Beijing, Perempuan Berkalung Sorban dan Hijrah Cinta.
Semoga Revalina Temat dapat mengharungi ujian hidup dengan kuat dan tabah di samping keluarga tersayang.
This website uses cookies.