Bintang Utama Star Wars: The Last Jedi, DAISY RIDLEY Dedah Hidap Endometriosis & Polycystic Ovary

Filem yang dinanti-nanti telah pun mula ditayangkan semalam. Filem kelapan Star Wars merupakan kesinambungan daripada filem Star Wars: The Force Awakens yang telah ditayangkan ke seluruh dunia pada tahun 2015.

Dalam filem ini pengarah J.J. Abrams telah meninggalkan tanda tanya kepada penonton apakah hubungan Rey dengan Luke Skywalker. Adakah Rey merupakan anak perempuan Skywalker dan merupakan The Last Jedi dalam filem Star Wars: The Last Jedi ini?

Seperti yang dipertontonkan dalam Star Wars: The Force Awakens, Rey mempunyai kebolehan yang baharu diketahuinya setelah memegang the lightsaber

milik Skywalker. Adakah Rey mampu menempuh pengembaraan untuk merungkaikan misteri Force dalam dirinya dan rahsia masa lampau di bawah bimbingan Skywalker?

Siapakah wanita cantik yang memegang watak Rey ini sebenarnya? Nama sebenar wanita yang memegang watak Rey ini ialah Daisy Ridley yang lahir pada 10 April 1992 di Westminster London, England.

Memulakan karier lakonan dengan memegang watak kecil dalam program televisyen remaja Toast of London dan beberapa drama lain seperti Lifesave dan Blue Seasons sehingga dilamar memegang watak utama dalam filem yang mempunyai peminat di seluruh dunia ini serta berpeluang berlakon bersama pelakon terkenal antarabangsa seperti Harrison Ford.

Mempunyai empat orang adik-beradik, ibunya bekerja di bahagian komunikasi perbankan, manakala ayahnya pula merupakan seorang jurugambar. Memiliki darah seni melalui bapa saudaranya yang juga merupakan pelakon dan penulis terkenal dahulu Arnold Ridley yang pernah berlakon dalam filem The Ghost Train dan sitcom Dad’s Army.

Wanita yang baharu berusia 25 tahun ini mendapat pendidikan di Birkbeck, Universiti of London dan telah meneruskan pengajian dalam pementasan seni di Tring Park School for the Performing Arts in Hertfordshire.

Dia berusaha keras untuk menghadiri sesi uji bakat filem epik ini apabila mendengar syarikat produksi sedang mencari muka baru untuk membawakan watak Rey ini. Rezeki memihak kepadanya apabila menetapi ciri-ciri yang dicari oleh pihak produksi dan seterusnya membawakan watak Rey dengan berkesan.

Namun siapa menduga Ridley pernah melalui zaman dukanya apabila pernah menderita endometriosis dan polycystic ovaries yang memerlukannya untuk melalui beberapa sesi rawatan laparoskopik ketika berusia 15 tahun. Dia mengaku di laman Instagram merasa sangat rendah diri akibat penyakit yang dihidapnya ketika itu.

Ridley kini dikatakan sedang menjalinkan hubungan dengan pelakon, Tom Bateman yang bertemu ketika sama-sama menjalani pengambaran filem Murder On The Orient Express. Nampaknya cinta lokasi berputik lagi. Hamizatul Maizan Mohamed

IKLAN
Share