Kemuncak Bisnes Sinar Harian Awards (BISA) yang berlangsung dengan meriah merupakan satu permulaan bagi Sinar Harian menyokong dan membantu usahawan-usahawan di Malaysia untuk terus bangkit berdiri serta berkembang maju.
Ketua Pegawai Eksekutif Grup Sinar Karangkraf, Farah Hussamuddin berkata, berbeza dengan anugerah lain yang biasa dianjurkan untuk perniagaan dan ekonomi, BISA bukan sekadar pentas menyampaikan anugerah semata-mata.
Beliau sebaliknya berkata, BISA direka khas untuk mengiktiraf usahawan-usahawan tempatan di Malaysia terutama pemain industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS).
“Kita mahu rakyat mengetahui bahawa dalam kejayaan seseorang usahawan, ada organisasi lain yang mungkin turut memainkan peranan, baik agensi-agensi kerajaan, perbankan, syarikat telekomunikasi, pasar raya besar dan platform beli-belah dalam talian,” katanya semasa berucap dalam Anugerah BISA di DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City di sini pada Khamis.
Majlis anugerah berkenaan dirasmikan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.
Ads
Anugerah ini julung kalinya dianjurkan oleh Sinar Harian selepas lebih 16 tahun di pasaran bersama rakan strategi KEENON ROBOTIC. Para penerima anugerah terdiri daripada usahawan atau wakil syarikat daripada pelbagai sektor & industri dan bakal menjadi acara tahunan.
BISA yang dipilih sendiri oleh panel profesional Sinar Harian, memilih industri atau sektor berdasarkan kepada latar belakang yang pelbagai antaranya perkhidmatan, peruncitan, kepenggunaan, pendidikan, teknologi, kreativiti, inovasi produk dan banyak lagi.
Sementara itu, kriteria pemilih adalah berdasarkan Integriti, Kredibiliti, Akauntabiliti, Kepimpinan, Berdaya Saing’ bagi melayakkan syarikat atau individu menerima Anugerah BISA 2023.
Ads
Ads
Seramai 31 individu menerima trofi masing-masing berdasarkan sektor yang mereka wakili, termasuk 1 Anugerah Khas BISA diberikan kepada Datuk Wira Dr Haji Ameer Ali Mydin, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad, Menerusi Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2023.
Selebriti lain yang turut mendapat anugerah ialah Rozita Che Wan, Tya Ariffin, Dato’ Awie dan Kevin Zahri. Dato’ Awie turut membuat persembahan, malah malam itu turut digamatkan dengan persembahan komediri dari Douglas Lim.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap selebriti pasti ada petua dan tip kecantikan yang diamalkan untuk sentiasa kekal cantik dan bertenaga. Tidak terkecuali, pelakon popular Jasmin Hamid yang berkongsi amalan minuman kacang bendi yang dimuatnaik menerusi laman Instagramnya, @jasminhamidjh.
Seperti yang sedia maklum, sayuran kacang bendi sememangnya mengandungi pelbagai khasiat yang baik untuk pesakit kencing manis atau diabetes.
Tulis Jasmin dalam media sosialnya, “Pada yang selalu mengalami kebas-kebas kaki dan tinggi bacaan kolestrol. Selepas amalkan minuman air ini you all tidak lagi kebas kaki, kolestrol juga insyaallah akan turun.
Cara penyediaan:
Kacang bendi 10-15 biji dibasuh dan dipotong
Air masak 1 liter
Masukkan bendi yang telah dipotong ke dalam air
Simpan di dalam peti sejuk
Minum selalu . Bila air telah habis, boleh ditambah air semula hingga penuh. Air boleh ditambah sehingga 3 kali sahaja.
Jangan bimbang jika airnya jadi makin likat. Rasanya akan jadi makin sedap diminum segar. Cubalah. Semoga bermanfaat. Hebat bukan?”
Jadi, bagi anda yang sering mengalami kebas-kebas kaki tidak salah kalau mahu mencuba!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki tak pernah salah alamat. Ikut sebak menyaksikan kemenangan seniwati Fauziah Nawi yang dinobatkan sebagai Tokoh Seri Angkasa 2022. Ditemani cucu tersayang ke pentas untuk menerima anugerah, Fauziah yang anggun berbusana tradisi kurung mendapat tepukan gemuruh penonton pada malam kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA 2022).
Penghargaan itu diberikan kepada Fauziah Nawi atas penglibatannya selama lima dekad dalam industri hiburan tempatan. Meskipun pada awal pembabitan sebagai anak seni mendapat halangan daripada bapa namun kerana jiwa seni menebal dalam diri, pelakon veteran ini nekad mewarnai dunia seni negara.
Bersyukur dengan kurniaan dari ilahi, Fauziah menyifatkan dia tidak pernah mengimpikan pengiktirafan sedemikian sepanjang bergelar anak seni.
Credit Instagram @fauziahnawiCredit Instagram @fauziahnawiCredit foto BERNAMA
“50 tahun lalu saya masuk dalam industri, saya tak pernah terfikir tentang memenangi anugerah. Malam ini saya berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini.”
Selaku penerima Tokoh Seri Angkasa 2022, Fauziah turut membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM10,000. Majlis penyerahan anugerah disempurnakan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa.
Bagaikan sudah tertulis rezeki miliknya malam itu, aktres berusia 69 tahun tersebut turut dikejutkan dengan hadiah sebuah kereta daripada penaja EON. Dengan raut wajah terkejut dan air mata yang bertakung menahan sebak, kelihatan Fauziah mengesat air matanya saat menerima replika kunci kereta Mitsubishi Xpander.
Lebih menyentuh perasaan hadirin apabila wanita berjiwa cekal ini memberitahu dia menginginkan sebuah kereta selama ini memandangkan kereta yang digunakan sudah terbakar.
Malah, Fauziah turut mendedahkan dia mengikuti cabutan bertuah anjuran FINAS tidak lama dulu hanya kerana mahu memenangi hadiah kereta.
Namun, tanggal 30 Oktober 2022 sudah tertulis rezeki miliknya menerima wang tunai RM10,000 dan kereta Mitsubishi Xpander yang dianggarkan mencecah RM100,000. MashaAllah, Allah Maha Baik!
“Sebenarnya Allah sangat baik dengan saya. Saya dah tiada kereta dah, terbakar empat tahun lalu. Saya takkan mampu beli kereta baru, mesti tak lepas loan sebab saya dah tua. Akhirnya Allah makbulkan doa saya.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Benarlah apa yang dikata, si sebalik kejayaan seorang lelaki, ada wanita di belakangnya yang tidak jemu memberikam sokongan tanpa henti. Bersempena dengan Hari Wanita Sedunia yang diraikan bulan ini, hantaran terkini Datuk Lee Chong Wei di media sosialnya nyata menyentuh hati warga maya.
Manakan tidak, satu satu video penghargaan yang dirakam senyap-senyap dan dihantar kepadanya menyaksikan Datin Wong Mew Choo tidak dapat menahan diri dari mengalirkan air mata selepas mendengar kisah jerih perih dilalui Chong Wei sepanjang kariernya bergelar atlet nombor satu negara ketika majlis pelancaran patung lilin bekas pemain perseorangan nombor satu dunia itu minggu lalu.
Menurut Chong Wei, dia nyata sebak apabila melihat video itu sambil turut mengakui mengalirkan air mata selain amat bersyukur atas kehadiran seorang wanita yang cukup istimewa di dalam hidupnya.
“Ada seseorang individu secara rahsia merakam video ini (Mew Choo sedang menangis) dan menghantarnya kepada saya. Ketika itu saya sedang berkongsi berkenaan detik paling sukar dalam hidup saya. Saya melihat video berkenaan dan tiba-tiba hati saya luluh dan menangis. Apa lagi yang saya perlukan dalam hidup ini apabila saya memiliki wanita ini.
“Terima kasih Mew Choo dan saya adalah lelaki paling bertuah di dunia ini. Sayang kamu 10,00 tahun. Kepada semua wanita di luar sana selamat hari wanita sedunia,” katanya
Dalam hantaran berkenaan, Chong Wei turut memuji tingkah laku anak keduanya Terrance yang menenangkan ibunya sambil secara berseloroh bertanyakan di mana anak sulungnya, Kingston ketika itu.
NONA mendoakan semoga rumahtangga Datuk Lee Chong Wei dan Datin Mew Choo yang dibina sentiasa bahagia dan kekal aman damai sehingga ke akhir hayat.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.