Sebut sahaja nama  Adnan Hassan, pasti warga fesyen tempatan akan kenal dengan personaliti ini. Dia yang terkenal dengan rekaan berkonsepkan fabrik jeans pernah satu ketika dahulu menggegarkan industri lokal menerusi rekaannya yang cukup kreatif. Nona merisik kembali khabar pereka fesyen yang pernah dinobatkan juara Anugerah Benang Emas ini, mengikuti perkembangan terbaru dan juga perancangan yang telah dicorak. Khabarnya dia kini sibuk dengan aktiviti sebagai pendidik dan memiliki akademi sendiri.

BOLEH CERITAKAN SERBA SEDIKIT TENTANG PENGLIBATAN ANDA DI DALAM DUNIA FESYEN?

Ads

Saya mula aktif di dalam bidang fesyen dari tahun 1999 sehingga kini. Sebaik sahaja tamat pengajian di UiTM Shah Alam saya bekerja sebagai penolong pereka kostum untuk filem Anna & The King dan kemudiannya bekerja dalam industri pembuatan pakaian sebagai Quality Contoller. Selepas itu saya bekerja sebagai preka tekstil automotif yang mana saya mereka fabrik-fabrik yang digunakan sebagai kemasan di dalam kereta keluaran Proton.

Buka Peluang Orang Ramai Selami DUNIA Fesyen. Jiwa Seorang PENDIDIK Menebal Di Hati Adnan Hassan
Lakaran busana berkonsepkan fabrik denim

MENGAPA TIDAK MEMILIH UNTUK TERUS MEMILIKI BISNES SENDIRI SELEPAS TAMAT BELAJAR?

Bagi saya ilmu perlu dicari terlebih dahulu sebelum melangkah lebih jauh. Pengalaman yang saya perolehi bekerja dengan orang lain menjadi panduan untuk lebih berhati-hati dalam membuat keputusan. Pengalaman bekerja ini menjadikan kita lebh matang sebagai seorang manusia. Maklumlah ketika itu jiwa masih muda jadi lebih baik kita belajar dahulu perlahan-lahan.

TAHUN BERAPA ANDA MEMBUKA BUTIK SENDIRI?

Kira-kira tiga tahun selepas tamat belajar dan bekerja. Titik tolak saya membuka butik atas kemenangan dalam Anugerah Benang Emas anjuran sebuah majalah tempatan. Pertandingan ini terlebih dahu pernah menobatkan Datuk Radzuan Radziwill dan Iszal Citra sebelum saya yang memenangi pertandingan untuk edisi ketiga. Boleh dikatakan ketika itu untuk seseorang pereka fesyen dikenali, mereka perlu mencipta nama dengan memenangi pertandingan dan menjadi pilihan majalah-majalah. Berbeza dengan kini yang mana media sosial banyak memainkan peranan dan pereka fesyen sudah boleh menjual diri sendiri. Ini berbeza dengan kami pereka fesyen terdahulu yang perlu berhempas pulas mendapat perhatian dari pihak media kerana itu adalah satu-satunya medium untuk dikenali.

BAGAIMANA BOLEH TERJUN DALAM DUNIA PENDIDIKAN?

Saya menyertai dunia pendidikan ketika masih lagi aktif dengan perniagaan di butik. Namun lama kelamaan jiwa mendidik semakin menebal dalam diri dan saya mengambil keputusan untuk menutup butik dan menjadi tenaga pengajar sepenuhnya. Lagipun sebenarnya bukan mudah untuk mengekalkan sebuah butik dan saya mengakui bahawa keputusan untuk membuka butik ketika itu agak tergesa-gesa. Namun dunia rekaan fesyen masih tidak ditinggalkan, saya masih lagi menyediakan khdimat kepada mereka yang mahukan hasil ciptaan saya.

Buka Peluang Orang Ramai Selami DUNIA Fesyen. Jiwa Seorang PENDIDIK Menebal Di Hati Adnan Hassan
Adnan Hassan bersama para pelajar di akademi miliknya

BAGAIMANA BOLEH TERCETUSNYA MEMBUKA AKADEMI SENDIRI?

Ads

Lebih sepuluh tahun bergelar seorang tenaga pengajar, saya dapat rasakan bahawa dunia pendidikan memang sebati di dalam diri. Sebelum ini saya pernh membuat sesi personal coaching untuk mereka yang berminat belajar dalam  bidang fesyen. Jadi dari situ saya mula terfikir mengapa tidak menjadikan usaha ini sesuatu yang lebih besar. Maka pada tahun 2015 saya menubuhkan Adnan Hassan Fashion Academy secara rasmi. Akademi ini terletak di Bangi Ostia Business Avenue.

APAKAH KURSUS YANG DITAWARKAN?

Dengan menggunakan tagline ‘Be A Fashion Designer’ saya menawarkan kelas 1.0 yang mana kelas ini dianjurkan selama setengah hari untuk mengajar peserta melukis, kemudiannya untuk kelas 1.1 mereka akan diajar untuk meneliti inspirasi melalui imej dan untuk kelas 1.2 mereka akan diajar untuk melukis contoh busana berdasarkan imej yang dipilih. Apabila tamat kelas ini dan mereka benar-benar berminat dalam bidang fesyen barulah mereka boleh mengikuti kursus enam bulan yang digelar ‘Be A Real Fashion Designer’. Ini bagi memberikan gambaran bahawa rekaan fesyen bukanlah satu perkara yang main-main sebaliknya adalah bidang yang serius dan banyak ilmu yang perlu ditimba.

Ads

APAKAH BEZA DUNIA FESYEN DULU DAN KINI?

Banyak beza dunia fesyen dulu dan kini. Jika dulu pereka fesyen lebih kepada made to measure namun kini mereka sudah mula aktif dalam menghasilkan busana ready to wear dan masyarakat kita kini pun sudah mula menerima rekan ready to wear dari jenama tempatan. Dahulu seseorang pereka fesyen agak susah untuk membina nama kerana tiada jaringan media sosial. Mereka perlu bersaing untuk mendapatkan perhatian majalah atau akhbar supaya memaparkan koleksi mereka, dari situ barulah nama mereka akan naik sedikit demi sedikit. Zaman dulu kalau dapat masuk majalah memang satu kegembiraan bagi pereka fesyen, sampai sanggup buat koleksi baru kerana tidak mahu baju yang sama digunakan untuk masuk majalah.

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI