Bukan Sahaja JIMAT BELANJA, PERCUTIAN DALAM NEGARA Ini Jadi Pilihan Untuk ABADI KENANGAN Dengan Foto-Foto MENARIK!

Ramai juga yang berkira-kira untuk melepaskan kepenatan bekerja dengan bercuti. Hendak ke luar negara, bimbang akan penularan wabak Covid-19. Apakata kita pilih destinasi dalam negara sahaja untuk membawa keluarga bercuti. Paling penting, jaga SOP. Pastikan pelitup muka sentiasa dipakai ketika berada di tempat sesak dan cuci tangan dengan kerap. Jangan lupa hand sanitizer!

Selebriti Malaysia juga mulai memanfaatkan destinasi percutian dalam negara untuk berasa keluarga. Mungkin sebelum ini kita tahu atau pernah dengar keindahan pemandangan dan aktiviti menarik yang boleh dilakukan sepanjang berada di Langkawi dan Ipoh. Kali ini kami 'membawa' anda menghayati sendiri keindahan kedua-dua negeri ini melalui foto-foto yang dirakam selebriti-selebriti ini.

IKLAN
Share