Bukan Taktik Jualan, Tapi Aroma Minyak Pati Memang Terbukti MERELAKSKAN FIKIRAN! Ini Cara-Cara Memilihnya

Setelah melalui hari yang sibuk dan meletihkan, rehatkan pancaindera anda dengan minyak pati kesukaan. Aroma yang terapung menerbitkan rasa nyaman, sekaligus mengembalikan tenaga dan memulihkan kesakitan.

Benar, aroma minyak pati yang tertentu mempunyai magis tersendiri. Selain memberi kepuasan olfaktori, minyak pati juga mempunyai jutaan manfaat untuk dinikmati.

Memandangkan setiap individu mempunyai keperluan dan pilihan aroma yang tersendiri, peneraju pasaran minyak pati terkemuka Young Living kini menawarkan lebih 80 jenis minyak pati tulen untuk dipilih. Bilangan ini tidak termasuk campuran dan produk minyak pati mereka yang lain.

Ketahui Aroma Diri Anda

Aroma Floral mendapat penerimaan yang tinggi kerana ia biasa digunakan dalam barangan penjagaan diri dan rumah. Bagi mereka yang sukakan haruman bunga, minyak pati Lavender, Geranium dan Ylang Ylang adalah antara beberapa pilihan yang disediakan.

Haruman bunga sangat sesuai untuk berehat dan bersantai selepas seharian penat bekerja. Aroma ini juga sesuai untuk membantu menyegarkan hari (atau malam) buat para ibu. Namun jangan lupa. Wangian bunga juga boleh memberi kesan yang mengasyikkan, ia sesuai untuk suasana romantis atau yang menggembirakan!

Sebut saja ‘aroma kayu-kayuan‘ sudah cukup untuk membayangkan imej hutan; maka tiada cara lain untuk menerangkan dari mana datangnya minyak pati woodsy.

Dengan sumber yang diperoleh daripada pokok-pokok Cedarwood, Idaho Balsam Fir dan Northern Light Black Spruce, minyak pati ini memberikan perasaan kestabilan dan keyakinan. Aroma kayu-kayuan memberikan kesan ketenangan yang boleh digunakan pada saat-saat yang penuh tekanan dalam gaya hidup yang sibuk.

Untuk waktu pagi yang kurang bersemangat, aroma ini berupaya memperkasakan mental dan emosi bagi membantu anda menghadapi hari yang mencabar.

Aroma pudina atau minty pula memberi kesan menyegarkan seperti aroma sitrus dan bukan sahaja membantu memberi tenaga tetapi juga dapat menaikkan semangat.

Aroma ini memberikan rasa kebebasan kerana ia memberikan gambaran kawasan luar yang luas tanpa sebarang sekatan. Minyak pati seperti Peppermint, Eucalyptus Radiata dan Spearmint adalah antara beberapa pilihan untuk individu yang inginkan kebebasan dan ruang yang luas untuk bergerak.

Aroma sitrus mungkin menjadi asas kepada wangian musim bunga dan musim panas, tetapi aroma yang menyegarkan ini sebenarnya tidak lapuk dek hujan.

Tidak seperti aroma bunga-bungaan dan kayu-kayuan, aroma sitrus digemari oleh kedua-dua kaum lelaki dan wanita kerana bau yang menyegarkan. Minyak pati Lemon, Orange dan Citrus Fresh adalah antara contoh haruman yang sesuai untuk menyejukkan dan menyegarkan hari anda yang agak perlahan.

Bagi mereka yang memilih aroma yang bersemangat boleh menggunakan haruman ini untuk kesan yang menyegarkan!

Berdasarkan personaliti, pilihan malah keperluan seseorang, empat jenis aroma ini boleh dipakai begitu sahaja. Bagi mereka yang lebih berani, aroma ini boleh dicampur-campurkan untuk menghasilkan haruman unik dan tersendiri.

Mencipta aroma sendiri adalah sesuatu yang sangat peribadi. Mengetahui campuran aroma peribadi yang anda gunakan setiap hari bukan sahaja menyeronokkan malah memberi kepuasan apabila mengikut citarasa sendiri.

Young Living Essential Oils merupakan peneraju dunia bagi minyak pati dan telah menyediakan produk berasaskan tumbuhan yang bermutu tinggi untuk pelanggan sejak lebih 20 tahun. Proses Seed to Seal® yang dimilikinya memastikan standard yang sama dipenuhi pada setiap langkah, dari benih hinggalah kepada produk yang siap. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share