Cantik, sopan dan menutup aurat. Terpegun tengok kemeriahan majlis perkahwinan adik pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi ini. Berlangsung di hotel bertaraf dunia, Intercontinental Jakarta, pasangan mempelai ini sah bergelar suami isteri pada tanggal 12 November lepas.
Memandangkan wabak Covid-19 masih menular di Indonesia, persandingan Ria Ricis dan pasangannya, Teuku Ryan diadakan dalam norma baharu dengan pemakaian pelitup muka.
Ria Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita merupakan YouTuber terkenal Indonesia yang juga adik bongsu kepada Oki Setiana Dewi dan Shindy Kurnia Putri.
Pada majlis resepsi, pasangan mempelai mengambil tema adat Palembang memandangkan Ria Ricis memiliki darah keturunan Sumatera Selatan. Bersandarkan populariti Ria yang mempunyai jutaan peminat, majlis perkahwinannya turut mendapat siaran langsung di saluran televisyen Indonesia.
Ads
Yang pasti, pasangan raja sehari memang kelihatan sangat sepadan. Apatah lagi mereka cuma berbeza usia setahun. Teuku Ryan yang merupakan graduan pendidikan dan kini melanjutkan pelajaran di Fakulti Ekonomi dan Bisnes berusia 27 tahun. Manakala Ria pula meniti umur 26 tahun.
Pada majlis ijab kabul tersebut, Ria Ricis menerima mas kahwin berupa kelengkapan solat, emas 100 gram dan wang tunai 179.5 juta rupiah atau kira-kira RM53 ribu. Ia adalah simbolik tarikh lahir Ria iaitu pada 1 Julai 1995.
Ads
Usai majlis pernikahan yang mengenakan persalinan tradisi Palembang dengan dekorasi indah dan memukau, pasangan mempelai kemudian mengadakan resepsi persandingan yang bertemakan fairy tale.
Ria Ricis kelihatan menawan dalam gaun kembang ala Cinderella. Begitu juga suaminya yang tampil kacak seperti putera diraja. Tidak hanya penampilan mereka menarik perhatian peminat bahkan dekorasi pelamin yang sarat dengan elemen seperti istana kayangan dan bunga-bungaan segar turut diperkatakan ramai.
Ads
Beberapa hari sebelum upacara akad nikah berlangsung, Ria dan kakak serta ibunya mengadakan majlis khatam Al-Quran. Kesemua mereka mengenakan persalinan rona biru lembut.
Kredit foto: Instagram Oki Setiana Dewi & Ria Ricis
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seboleh-bolehnya wanita di luar sana akan elak bermati-matian untuk bermadu, tapi tidak bagi pelakon serba boleh Datin Seri Umie Aida yang memberi keizinan kepada suaminya, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.
Menerusi satu posting terbaru di laman instagram peribadinya, Umie memuat naik foto berserta kapsyen yang menyatakan kerelaan hati beliau untuk bermadu kerana menganggap dirinya bukan seorang wanita sempurna.
“Pagi ni me (saya) bangun tidur dan bercakap dengan abang (suami), jangan buat perkara tak elok, kalau nak terus kahwin, me izinkan.
Terkejut beruk abang, dia cakap me merepek! Me cakap me bukan isteri yang sempurna. Entah lah kenapa me boleh cakap macam begitu tapi yes, me izinkan dan me nak abang tahu itu”, tulis Umie di laman instagramnya itu.
Rata-rata pengikutnya mendoakan kesejahteraan perkahwinan beliau bersama suami walaupun diuji dengan pelbagai cubaan seperti masih tidak dikurniakan cahaya mata lagi. Iya lah, Nona faham setiap pasangan suami isteri pastinya menantikan kehadiran cahaya mata untuk menyerikan rumah tangga mereka namun lewat dikurniakan zuriat bukan satu kelemahan tapi ia sebenarnya rezeki yang datang daripada Allah SWT. Semoga Umie dan suami terus sabar menanti kehadiran zuriat dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Umie dilihat sebagai seorang isteri yang sangat setia dan sentiasa berada di sisi suami walau apa pun yang terjadi terhadap suaminya itu. Khairuddin pernah direman selama enam hari berhubung isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada September 2015 apabila beliau lantang mendesak siasatan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilakukan.
Selain itu, suaminya itu adalah ahli Umno pertama yang membuat laporan polis dan ke Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung isu 1MDB selain beberapa laporan lain di luar negara.
Sebelum itu, pada Januari 2015, rumah Khairuddin, yang juga bekas Naib Ketua Umno Bahagian Batu Kawan, Pulau Pinang di Mont Kiara telah dilelong dan Khairuddin turut dilaporkan telah diiystihar muflis oleh Jabatan Insolvensi.
Khairuddin yang merupakan Penyelaras Gerakan Deklarasi Rakyat bertanding atas tiket PKR pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.
Umie dan Khairuddin mendirikan rumah tangga pada Mac 2010 di Mekah. Sehingga kini, pasangan ini masih belum menimang cahaya mata, namun Umie membesarkan dua anak angkat iaitu Mohd Daniel Firdaus dan Mohd Dzulhelmy.
sumber: astrowani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Demi memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan jantina, warga dunia kini dapat melihat kebolehan pemimpin-pemimpin wanita ketika pandemik COVID-19 sedang aktif di seluruh dunia.
Ramai pemimpin telah menunjukkan prestasi yang memberangsangkan dalam usaha membendung penularan wabak yang telah membunuh lebih 260,000 orang di seluruh dunia setakat ini.
Berdasarkan laporan Astro Awani, berikut beberapa pemimpin wanita dan prestasi mereka sepanjang menguruskan pandemik ini.
(1) Jacinda Ardern, Perdana Menteri New Zealand
Ardern telah beberapa kali menarik perhatian dunia atas prestasi kepimpinannya yang cemerlang sekali gus memberi nafas baru kepada arena politik yang didominasi oleh lelaki.
Ekoran wabak COVID-19 yang melanda New Zealand saat ini, Ardern telah mengambil langkah awal dengan menutup kawasan sempadan dan melarang kemasukan warga asing bermula 19 Mac lalu.
Selain itu, beliau juga menguatkuasakan perintah kawalan lockdown selama empat minggu bermula 23 Mac. Hal ini juga telah memaksa penutupan perniagaan non essential.
Di samping itu, Ardern turut mengarahkan proses saringan besar-besaran bagi mengenalpasti sesiapa yang didapati positif wabak tersebut. Difahamkan, terdapat rekod sebanyak 1,300 kes yang dilaporkan susulan pengesanan itu.
Untuk rekod, New Zealand melaporkan sebanyak 1,147 kes aktif COVID-19 serta 21 kematian.
(2) Sanna Marin, Perdana Menteri Finland
Pemimpin termuda di dunia ini juga turut menonjolkan prestasi yang baik dengan mengambil beberapa langkah bagi mengatasi wabak COVID-19.
Ini termasuk penutupan kawasan sempadan serta perintah kawalan lockdown dan penutupan perniagaan-perniagaan tidak penting (non essential) serta institusi-institusi pendidikan.
Dalam pada itu, Finland mempunyai peraturan penjarakan sosial yang ketat dan rakyat komited dalam memastikan kadar jangkitan kekal pada tahap yang rendah.
“Kami ingin bergerak ke arah pengujian yang lebih meluas dan mengesan mereka yang terdedah,” kata Marin dalam sebuah sidang akhbar pada 22 April lalu.
Selain itu, kerajaan Finland juga memutuskan untuk melanjutkan larangan acara besar melebihi 500 orang sehingga akhir bulan Julai.
Untuk rekod, Finland merekodkan sebanyak 5,962 kes aktif COVID-19 diikuti dengan 267 kematian setakat ini.
(3) Katrín Jakobsdóttir, Perdana Menteri Iceland
Biarpun memiliki populasi yang kecil iaitu sebanyak 360,000, Iceland aktif melakukan aktiviti saringan besar-besaran secara percuma dalam usaha menangani penularan pandemik ini.
Berbeza dengan negara-negara jiran, sekolah dan institusi pendidikan masih dibenarkan untuk beroperasi diikuti dengan pengawalan yang teliti serta saringan secara besar-besaran dipertingkatkan di negara itu.
Tidak dilupakan, penjarakan sosial juga menjadi amalan harian rakyat Iceland walaupun perintah kawalan tidak diwartakan di negara tersebut.
Untuk rekod, Iceland kini merekodkan sebanyak 1,801 kes aktif COVID-19 dengan 10 kematian.
(4) Tsai Ing-wen, Presiden Taiwan
Setelah mendapati bahawa wabak berbahaya ini mula menular di Taiwan pada Januari, Tsai menguatkuasakan larangan kemasukan pesawat luar ke republik itu.
Kerajaan itu kemudian mengarahkan pemeriksaan dilakukan ke atas pengunjung yang tiba dari wilayah Wuhan, China.
Apabila sektor kesihatan di seluruh dunia kekurangan set peralatan perlindungan diri (PPE), Taiwan telah mengambil langkah awal dalam meningkatkan stok PPE untuk kegunaan petugas barisan hadapan negara itu.
Memetik laporan Time Magazine, Tsai berkata, “Hasil kerjasama pakar teknologi, farmasi dan kedai-kedai runcit, kami memulakan rancangan pembahagian pelitup muka dalam usaha mengatasi isu pembelian panik.”
Langkah awal yang diambil oleh Taiwan membuahkan hasil apabila hanya terdapat 393 kes aktif yang dilaporkan dan enam rekod kematian.
Untuk rekod, Taiwan yang mempunyai populasi seramai 23.78 juta itu melaporkan hanya 440 kes aktif COVID-19 dan tujuh kematian setakat ini.
(5) Angela Merkel, Canselor Jerman
Pemimpin Jerman yang penuh berpengalaman ini juga tidak dikecualikan dalam menonjolkan prestasi yang cemerlang pada waktu ini.
Jerman mula menguatkuasakan perintah kawalan lockdown pada 22 Mac lalu.
Merkel, yang memiliki doktor falsafah (PhD) dalam kuantum kimia turut mendapat perhatian ramai dalam ucapannya di sebuah sidang akhbar pada 16 April lalu di Berlin berkenaan kaedah ujian Reverse transcription polymerase chain reaction (RT PCR).
Merkel menampilkan karakternya yang tinggi dalam ilmu pengetahuan serta komited untuk mengatasi penularan wabak ini adalah membanggakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Keprihatinan KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong terus menarik perhatian rakyat. Jika sebelum ini Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan menyampaikan sejumlah pek makanan kepada petugas perubatan di Hospital Sungai Buloh, Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kebangsaan… hari ini Raja Permaisuri Agong sekali memberi sumbangan makanan kepada petugas perubatan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan Pusat Perubatan Universiti Malaya (UMMC) pula.
Alhamdulillah, murah rezeki para frontliner dapat merasa air tangan Raja Permaisuri Agong. Menerusi laman instagram Air Tangan Tunku Azizah, antara menu yang disediakan buat petugas di HUKM dan UMMC hari ini ialah Kurma Telur, Kubis Masak Lemak dan Ayam Masak Terutup. Awal pagi tadi juga Tunku Azizah sudah menyediakan sejumlah chocolate chip mini cupcake untuk kakitangan hospital. Kecur air liur tengok!
Kongsi baginda, “For mu unsung heroes! May Allah bless you all. Saya harap semua orang faham. Kami semua locked in kat Istana Negara. Semua kena check setiap hari. Kami
semua tak keluar istana pun. Tak jumpa orang lain.
Pakai mask dan sarung tangan dan sanitizer. Ada masa lemas juga dan buka sekejap. Don’t worry, we are all paranoid here. Kami tidak dibenarkan keluar dan orang lain pun tidak dibenarkan masuk istana.”
Antara air tangan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah untuk petugas perubatan beberapa hari ini termasuk sayur goreng, kari ayam, telur bungkus, nasi goreng Che Minah Sayang, sambal tumis bilis, sayur jawa, dan ayam goreng kunyit.
Mengenali peribadi Tunku Azizah, baginda bukan hanya gemar memasak bahkan cukup prihatin dengan isu masyarakat terutamanya apabila melibatkan golongan susah. Tunku Azizah juga merupakan Pengasas Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang beroperasi sebagai pusat kesuburan wanita.
Tunku Azizah dikurniakan empat orang putera dan lima puteri iaitu Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Ilyana, Tengku Puteri Iman Afzan, Tengku Puteri Ilisha Ameera, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Beruntungnya rakyat Malaysia kerana mempunyai Raja Permaisuri Agong berjiwa penyayang dan prihatin seperti KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.