Cantik Bak Cinderella Muslimah, Mewahnya Wedding Adik OKI SETIANA DEWI! Terima 100 Gram Emas & RM53 Ribu

Cantik, sopan dan menutup aurat. Terpegun tengok kemeriahan majlis perkahwinan adik pendakwah Indonesia, Oki Setiana Dewi ini. Berlangsung di hotel bertaraf dunia, Intercontinental Jakarta, pasangan mempelai ini sah bergelar suami isteri pada tanggal 12 November lepas.

Memandangkan wabak Covid-19 masih menular di Indonesia, persandingan Ria Ricis dan pasangannya, Teuku Ryan diadakan dalam norma baharu dengan pemakaian pelitup muka.

Ria Ricis atau nama sebenarnya Ria Yunita merupakan YouTuber terkenal Indonesia yang juga adik bongsu kepada Oki Setiana Dewi dan Shindy Kurnia Putri.

Pada majlis resepsi, pasangan mempelai mengambil tema adat Palembang memandangkan Ria Ricis memiliki darah keturunan Sumatera Selatan. Bersandarkan populariti Ria yang mempunyai jutaan peminat, majlis perkahwinannya turut mendapat siaran langsung di saluran televisyen Indonesia.

Yang pasti, pasangan raja sehari memang kelihatan sangat sepadan. Apatah lagi mereka cuma berbeza usia setahun. Teuku Ryan yang merupakan graduan pendidikan dan kini melanjutkan pelajaran di Fakulti Ekonomi dan Bisnes berusia 27 tahun. Manakala Ria pula meniti umur 26 tahun.

Pada majlis ijab kabul tersebut, Ria Ricis menerima mas kahwin berupa kelengkapan solat, emas 100 gram dan wang tunai 179.5 juta rupiah atau kira-kira RM53 ribu. Ia adalah simbolik tarikh lahir Ria iaitu pada 1 Julai 1995.

Usai majlis pernikahan yang mengenakan persalinan tradisi Palembang dengan dekorasi indah dan memukau, pasangan mempelai kemudian mengadakan resepsi persandingan yang bertemakan fairy tale.

Ria Ricis kelihatan menawan dalam gaun kembang ala Cinderella. Begitu juga suaminya yang tampil kacak seperti putera diraja. Tidak hanya penampilan mereka menarik perhatian peminat bahkan dekorasi pelamin yang sarat dengan elemen seperti istana kayangan dan bunga-bungaan segar turut diperkatakan ramai.

Beberapa hari sebelum upacara akad nikah berlangsung, Ria dan kakak serta ibunya mengadakan majlis khatam Al-Quran. Kesemua mereka mengenakan persalinan rona biru lembut.

 

Kredit foto: Instagram Oki Setiana Dewi & Ria Ricis

IKLAN
Share