Alamak, kalau cantik macam ni boleh hilang fokus peminat hendak tengok perlawanan bola tampar. Pasti banyak mata-mata yang tertumpu kepada kejelitaan wajah gadis Kazakhstan ini.
Bermata bundar, hidung mancung, bibir mungil, tubuh tinggi lampai dan rambut hitam pekatnya telah berjaya mencuri perhatian peminat sukan berkenaan hingga ke luar negara.
Tatyana Demyanova… atlet bola tampar yang mewakili negara Kazakhstan ini baru berusia 23 tahun. Memetik laporan media antarabangsa, Tatyana yang berketinggian 180 sentimeter mula didedahkan dengan sukan bola tampar oleh ibunya sendiri yang juga merupakan jurulatih sukan berkenaan.
Ads
Waktu itu, dia hanya berusia sembilan tahun dan meraih pingat pertamanya ketika mencecah umur 11 tahun. Jelas terbukti gadis cantik ini berbakat dalam arena sukan berkenaan dan mewarisi kemahiran ibu tersayang. Meskipun berwajah lembut dan perwatakan anggun, Tatyana sebenarnya seorang wanita berjiwa lasak.
Sebati dengan sukan dan sukakan cabaran… dia tidak melepaskan peluang menceburi bidang seni bela diri. Selain tinju, Tatyana turut menggemari Muay Thai dan mengagumi tokoh sukan tinju terkemuka iaitu Floyd Mayweather.
Ads
Bukan calang-calang sukan tu. Hati-hati ya peminat lelaki Tatyana… silap langkah, takut anda pula yang jadi mangsa!
Mengintai laman Instagram Tatyana, atlet bualan ramai ini mempunyai lebih 100 ribu pengikut. Daripada posting yang dikongsikan, terserlah minat Tatyana terhadap kecantikan di samping berani bereksperimen dengan fesyen. Bersandarkan susuk tubuh montok yang dimiliki, tidak hairanlah dia sering tampil dengan gaya seksi.
Ads
Hasil kaji selidik yang dijalankan beberapa portal ternama dunia termasuk Express Sport dan Daily Star, mereka sebulat suara menyatakan Tatyana Demyanova merupakan atlet paling cantik di dunia.
Sumber: Liputan 6
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sudah 30 tahun pasangan pemuzik terkenal Melly Goeslaw dan Anto Hoed bergelar suami isteri.
Sempena meraikan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-30, Melly Goeslaw dan suami Kembali mengenang detik keramat mereka itu dengan satu majlis istimewa.
Detik nostalgia itu berlangsung di Bandung baru-baru ini.
Bagi seorang wanita, pentingnya untuk kita sentiasa menjaga penampilan diri agar sentiasa tampil yakin dan anggun walau di mana saja kita berada. Selain diet dan senaman, pemilihan produk kecantikan dan rapi diri juga penting bersesuaian dengan individu masing-masing. Oleh itu, untuk bulan ini, NONA senaraikan 3 produk rapi diri yang wajib anda cuba!
1. RAMBUT ALUN MENAWAN, GUNAKAN MARE DARI MARION CAUNTER
MARE dilancarkan pada Julai 2022 dengan satu produk ulung – MARE More Is More – Hair Vitamins. Produk ini menawarkan pendekatan harian yang mudah dengan pengambilan hanya sepaket sehari setiap pagi atau sebelum tidur. Dibuat di Malaysia, minuman botani ini merupakan campuran buah beri dan pic yang mengandungi multivitamin, saw palmetto, dan bahan utama, biotin.
MARE More Is More Hair Vitamins merupakan solusi ideal bagi rambut yang sihat dan kuat. Biotin juga bertindak dari dalam untuk meningkatkan penghasilan keratin dan merangsang pertumbuhan follikel sekaligus memberikan kekuatan dan kilauan yang lebih pada rambut.
Rangkaian produk ini terdiri daripada Hair Vitamins: Berfungsi untuk menyampaikan nutrisi penting kepada rambut, Hair Serum: Melembabkan dan melicinkan helalan rambut, Scalp Oil: Merangsang pertumbuhan rambut yang sihat dan mengatasi masalah kulit kepala, Hair Shampoo: Diformulasikan dengan kombinasi bahan-bahan yang membersihkan, menguatkan, dan mengembalikan kesuburan dan kelembutan semulajadi rambut anda dan Hair Conditioner: Pelembut yang direka khas untuk melengkapkan rutin penjagaan rambut.
Produk Mare kini boleh didapati di pop-up store Mare di ISETAN KLCC atau di laman web mare.my.
2. KULIT CERAH MENAWAN DALAM TEMPOH 3 HARI DENGAN NIVEA EXTRA BRIGHT C&HYA
NIVEA, jenama penjagaan kulit No.1 di dunia melancarkan innovasi terbaru iaitu rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA dengan gabungan kebaikan sains dan bahan semulajadi. Diperkaya dengan 500X konsentrasi Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk dan 3X saiz molekul Hyaluron, rangkaian penjagaan kulit NIVEA Extra Bright C&HYA mampu menjadikan kulit lebih berseri, anjal dan sihat dalam masa 3 hari sahaja.
Aspek unik NIVEA Extra Bright C&HYA adalah dalam teknologi pengestrakan Vitamin C, dimana teknik sejuk (cold extraction technology) digunakan, yang mampu mengekalkan kebaikan vitamin dan nutrien sambil memastikan keberkesanan anti-oksidanya adalah pada tahap maksima. Ujian jodin menunjukkan Vitamin C yang diekstrak dengan teknik sejuk mempunyai keberkesanan yang lebih tinggi. mengesahkan statusnya sebagai penyelesaian yang luar biasa untuk kulit yang lebih berseri, anjal dan sihat.”
Rangkaian NIVEA Extra Bright C&HYA baharu terdiri daripada 6 produk untuk melengkapkan rejimen penjagaan kulit anda. Ia adalah Micellar Water, Cleanser (pembersih muka), Essence Water, Serum, Day Cream (krim siang) dan Night Gel (gel malam).
3. LINDUNGI KULIT DARI SINARAN UV DENGAN STIK PELINDUNG MATAHARI PERTAMA MALAYSIA DARI KYUT SKIN
Perjalanan Kyut Skin yang diasaskan oleh adik beradik Nur Fathin Zulaikha dan Nur Fathini Khalillah (NINICOMEI) bermula dengan pembangunan stick pelindung matahari mereka proses yang mengambil masa kira-kira dua tahun dimana telah ditangguhkan oleh pandemik yang melanda seluruh dunia.
Komitmen kepada penyelidikan dan pembangunan yang teliti telah dijalankan untuk semua produk mereka, dalam memastikan setiap ciptaan Kyut Skin memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh jenama tersebut.
Bahan-bahan yang digunakan dalam produk Kyut Skin dipilih dengan teliti untuk memberikan manfaat maksimum kepada kulit.
Sebagai contoh, stick pelindung matahari mengandungi Minyak Jojoba yang membantu menjaga kelembapan kulit dan mencegah jangkitan bakteria serta pembentukan jerawat. Minyak Biji Bunga Matahari, kaya dengan Asid Linoleik, juga merupakan bahan utama yang mengurangkan kehilangan air kulit. Minyak Rosehip, yang kaya dengan Vitamin A dan E, merangsang penghasilan kolagen, mengurangkan keradangan, dan melawan jerawat.
Produk Kyut Skin kini boleh dibeli di Wisma Ninicomei yang terletak di Ampang, Selangor mahupun menerusi Instagram @kyutskin.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang percaya bahawa lemon sangat bermanfaat untuk kesihatan dan kecantikan. Air rendaman lemon saja dikatakan sangat baik untuk detoksifikasi dan membantu mengurangkan berat badan.
Namun begitu, tahukah anda cara merendam lemon yang betul agar khasiatnya dapat dimaksimumkan?
(a) Guna Air Panas Atau Sejuk?
Dalam cuaca panas, biasanya kita suka merendam lemon dengan air sejuk. Mungkin anda pernah dengar bahawa lemon tidak boleh direndam dengan air panas kerana takut vitamin C di dalamnya rosak.
Tapi kenyataannya, lemon tidak boleh direndam dalam air yang terlalu sejuk kerana selain rasanya tak dapat menyerap dengan baik, vitamin C juga tak boleh bercampur dengan air yang bersuhu terlalu rendah.
Suhu air yang paling sesuai untuk merendam lemon adalah sekitar 60-70 darjah Celcius. Ingat, air rendaman lemon sepatutnya tawar. 1 keping hirisan lemon boleh direndam dalam seteko air jadi 1 keping lemon sudah boleh dijadikan 3-4 gelas air.
(b) Adakah lemon harus direndam dengan kulitnya?
Ya, lemon mesti direndam dengan kulitnya. Meskipun rasanya agak pahit, tapi kulit lemon mengandungi flavonoid yang tinggi. Malahan merendam kulitnya jauh lebih baik daripada merendah isi buah lemon itu sendiri!
Minyak pati lemon juga terletak pada kulitnya. Jadi hirislah senipis mungkin agar khasiat dari kulit lemon lebih mudah keluar dan membaur dengan air rendaman.
(c) Bagaimana cara menyimpan potongan lemon yang belum terpakai?
Selepas menghiris lemon, mesti ada yang bertanya, sisa yang lain macam mana? Kalau disimpan dalam peti sejuk, adakah khasiatnya berkurangan?
Sebenarnya lemon adalah sejenis buah yang cukup awet. Meskipun lemon kelihatan mengering, tapi lemon yang kering juga masih boleh direndam. Khasiatnya pun tetap tak berubah.
Kebaikan Air Rendaman Lemon
(1) Mengalkalikan tubuh badan
Tubuh manusia boleh menjadi terlampau berasid apabila mengamalkan pemakanan dan gaya hidup yang tidak sihat. Apabila badan berasid, selain mengganggu pelbagai fungsi dalam badan, tubuh juga terdedah kepada pelbagai penyakit seperti kanser.Walaupun lemon bersifat asid (masam), namun ia mampu membantu mengalkalikan tubuh dan darah. Lemon juga membantu memastikan keseimbangan pH dalam badan.
(2) Mencantikkan kulit
Kandungan vitamin C pada lemon memainkan peranan penting bagi mengekalkan kulit yang sihat dan sebagai antioksidan bagi mencegah penuaan pramatang dan melawan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
(3) Membantu penghadaman
Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman atau dengan kata lainnya merangsang pergerakan usus (bowel movement). Lemon pula dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati.
(4) Membantu proses penyingkiran toksin
Air lemon bersifat diuretik, yang mana membantu tubuh menyingkirkan cecair dan toksin dalam badan. Asid sitrik yang terkandung di dalamnya juga membantu proses detoksifikasi pada organ hati. Hati merupakan salah satu organ utama membuang toksin dari tubuh manusia. Bila toksin dapat disingkirkan, nutrien daripada makanan juga lebih mudah diserap.
(5) Membantu menurunkan berat badan
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih efisyen. Organ hati yang berfungsi dengan baik akan memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar dan ini sangat penting dalam menurunkan berat badan. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Lawatan Muzium Pahang bersama Tengku Ampuan Pahang menjadi detik penuh bermakna apabila baginda membawa rakan sekelas ISTAC UIAM menyelami sejarah, ilmu dan kenangan manis yang menyentuh hati.