Sepetang di Genting Highlands memenuhi undangan majlis baby shower Elisya Sandha, para tetamu dihiburkan celoteh santai Maria Tunku Sabri. Riuh-rendah dibuatnya, ada pula ‘game show’ penuh jenaka dan usik-mengusik bagi menambah kebahagiaan seisi keluarga.
Bertemakan putih dan lilac, pemilihan Maria sebagai pengacara majlis jelas disenangi ramai. Sebagai seorang ibu dan sahabat baik Sheila Rusly, beliau bijak mengendalikan acara ‘gender reveal’ itu agar lebih meriah.
Memang terasa aura pengacara hebat, maklumlah 30 tahun pengalaman sebagai pengacara popular! Berdebar-debar juga masa pasangan parent-to-be, Elisya Sandha dan Uzair Haqimy nak dedahkan jantina bayi, pandai Maria Tunku Sabri buat saspens masa di atas pentas!
Kesempatan berbual dengan Maria tidak dipersiakan. Paling menarik, bayangkan rupa paras bekas pramugari Malaysia Airlines itu tetap cantik dan muda remaja meskipun sudah mencecah 51 tahun. Apa rahsia awet muda yang diamalkan?
Ads
Ads
Ads
Jom tonton video temu bual eksklusif Majalah Nona dan Maria Tunku Sabri ni…
Kini Maria Tunku Sabri yang masih berkhidmat di Media Prima senang bekerja di belakang tabir sambil menjadi pengacara sambilan. Beliau juga aktif di media sosial, antaranya berkongsi resipi masakan kegemarannya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memang awet muda Jang Nara! Dari drama bersiri Successful Story of A Bright Girl tahun 2002 sampai sekarang, macam tak berubah muka pelakon cantik Korea Selatan ini. Mana tidaknya, dah lebih 21 tahun drama tersebut disiarkan tapi Jang Nara kekal muda macam gadis remaja. Hakikatnya, 18 Mac nanti dia bakal berusia 42 tahun.
Sekitar Jun 2022, peminat Jang Nara teruja apabila bintang kesayangan mereka akhirnya mengumumkan untuk berkahwin.
Khabar tersebut nyata mengejutkan peminat kerana agak jarang jelitawan ini berkongsi sisi peribadi kepada khalayak.
Malah, dia sangat menjaga privasi diri dan sehingga kini pun dia enggan mendedahkan wajah suami kepada umum.
Mengimbas kembali pendedahan itu, Jang Nara mengaku sedang bahagia menjalin hubungan dengan kenalan lama yang bukan bergelar selebriti.
Apa yang pasti, selepas sah bergelar isteri Jang Nara kelihatan makin bahagia dan ceria.
Menjengah media sosial miliknya, jelitawan ini rupa-rupanya aktif dalam sukan bertinju. Walau fizikal kecil molek tapi pergerakan pantasnya di gelanggang buat ramai terpegun.
Barangkali kerana sukan seperti ini Jang Nara mampu mengekalkan bentuk tubuh ideal dan muda remaja.
Jang Nara sebelum ini pernah terlibat dalam penggambaran filem ‘The Kindness of Others’ dan muncul dalam drama ‘Sell Your Haunted House’ pada Jun 2021.
Meskipun status diri sudah berubah namun Jang Nara masih komited dengan karier seni dan aktif mewarnai industri seni seperti biasa.
Dia sebelum ini pernah popular menerusi lagu Sweet Dreams sekitar tahun 2002.
Antara drama lakonannya yang mendapat tempat di hati peminat termasuk Successful Story of a Bright Girl, My Love Patzzi, The Last Empress dan VIP.
Sebelum ini Jang Nara pernah membuat pengakuan tertekan dan berkecil hati dengan komen peminat yang sering bercerita tentang wajahnya yang kelihatan muda daripada usia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikut tersenyum tengok gaya dan reaksi teruja pengasas Huda Beauty iaitu Huda Kattan belajar pakai hijab. Baru-baru ini, usahawan kosmetik keturunan Iraq tersebut mengabadikan momen bertemu pempengaruh hijab media terkenal, Maryam Malik mengajarnya memakai tudung.
Menerusi video itu kelihatan Maryam memberi dua pilihan warna tudung kepada Huda dan ibu seorang anak tersebut memilih rona rosewood. Sehingga kini, video berkenaan mencecah lima juta tontonan!
Gembira dengan pertemuan itu, Huda turut memuat naik kenangan istimewa tersebut di akaun media sosial peribadi dan akaun rasmi Huda Beauty.
Dia yang mempunyai lebih empat juta followers menerima banyak komen positif dan mendoakan agar usahawan cantik ini akan tampil dengan imej seumpama itu satu hari nanti.
Malah, Huda yang teruja melihat dirinya berhijab tersenyum gembira dan berkali-kali menyatakan dia menyukai penampilan sedemikian. Bahkan ayat ‘InsyaAllah, one day,’ turut terpacul dari bibirnya.
Meskipun belum cukup sempurna dari segi penampilan seorang wanita muslimah yang menutup aurat sepenuhnya namun peminat mengharapkan agar ‘usaha’ kecil ini sekurang-kurangnya dapat membuka hati Huda untuk bertudung kelak.
Pengasas Huda Beauty ini bukan hanya menjadi bualan masyarakat dunia kerana kejayaannya mengusahakan produk kosmetik. Bahkan kagum dengan semangat dan komitmen Huda menyokong dan membela nasib rakyat di Gaza.
Dia lantang menyuarakan pendapat dan membantu saudara Islam khususnya di bumi anbia tersebut dan secara terang-terangan menyatakan tidak kisah dikecam atau produk kosmetiknya diboikot.
Sebaliknya Huda terus berani menggunakan medium media sosial miliknya untuk berkongsi video dan situasi terkini menimpa saudara seagama di sana sehingga ke hari ini.
Meniti usia 41 tahun, Huda dilaporkan berhijrah ke Boston ketika dia baru berumur dua tahun.
Memetik laporan Vogue Arabia, Huda dilahirkan pada 2 Oktober 1983 di Oklahoma dan mewarisi keturunan Iraq daripada kedua ibu bapanya yang berhijrah ke United Kingdom untuk mengajar subjek Biologi di samping mendalami bidang kejuruteraan mekanikal.
Huda merupakan anak kedua daripada empat beradik. Kakaknya Bernama Alya dan dia mempunyai seorang adik perempuan dan lelaki masing-masing bernama Mona dan Khalid. Semasa tinggal di kejiranan Boston, Huda dikenali dengan nama panggilan ‘Heidi’.
Merujuk kenyataan Huda bersama Vogue pada tahun 2015, “Saya suka dengan nama Huda tapi masyarakat di sana menganggap nama tersebut pelik. Bagaimanapun setelah berpindah ke Massachusetts, rakan-rakan menyambut baik nama Huda. Begitu juga bila mereka tahu saya berketurunan Iraq.”
Sebelum bergelar usahawan kosmetik berjaya, Huda pernah menjadi makeup artist di Hollywood dan mula didedahkan dengan produk kecantikan melalui kakaknya sendiri, Alya.
Rangkaian kosmetik Huda Beauty kini mempunyai lebih 140 produk yang terdiri daripada set pembayang mata, bedak asas, variasi gincu bibir, kuku palsu dan sebagainya yang dianggarkan mencecah jualan tahunan tidak kurang USD 250 juta.
Melihat kejayaan itu, tidak hairanlah Forbes menyenaraikan Huda Kattan antara 2019 America’s Richest Self-Made Women berjumlah USD 610 juta.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Minyak wangi memang amat sinonim dengan penampilan seseorang kerana ia boleh membantu anda dalam menyempurnakan gaya dan mood yang cuba ditonjolkan setiap kali bergaya. Senang cerita, kalau tak sembur perfume tak lengkap penampilan sesorang. Sebelum keluar rumah, tak sah kalau tak sembur sepam dua minyak wangi kegemaran anda, bukan?
Tapi bagi anda yang baru berjinak-jinak mahu menggunakan perfume pasti anda akan berasa sedikit keliru dan buntu kerana terdapat pelbagai jenis bauan minyak wangi di pasaran. Setiap kali ingin mendapatkan minyak wangi kita pasti terfikir minyak wangi mana yang sesuai dan bau yang macam mana menjadi pilihan. Bau lembut, atau anda lebih cenderung kepada minyak wangi yang tidak terlalu femenin. Bagi wanita yang amat mementingkan penampilan, pastinya pilihan seperti ini amat mengelirukan dan menjadi dilema.
Bagi memudahkan anda untuk membuat pilihan, ini ada beberapa jenis senarai minyak wangi yang menjadi pilihan dan mempunyai bau yang khusus untuk wanita pada tahun 2018!
VICTORIA’S SECRET BOMBSHELL (EAU DE PARFUM)
Wangian Bombshell daripada Victoria’s Secret ini merupakan wangian yang paling laku ‘keras’ dalam produk wangian keluaran Victoria’s Secret. Bombshell mempunyai gabungan bau daripada bunga dan buah yang dikenali sebagai LBD Of Fragrance. Perfume ini mepunyai campuran buah dan bunga daripada buah markisa ungu, Shangri-La Peony dan Vanilla Orchid dan kombinasi ini menghasilkan bauan lembut yang menarik dan memukau! Bombshell juga sememangnya sesuai untuk hari-hari yang kasual dan relax.
VERSACE BRIGHT CRYSTAL
Wangian ini dicirikan sebagai bauan segar dan bersemangat yang melambangkan wanita Versace yang sentiasa glamour. Bauan menenangkan dan menyegarkan yang dihasilkan oleh perfume ini adalah hasil campuran bunga peony, magnolia dan teratai.
CHANEL COCO
Dikeluarkan oleh jenama terkenal,Chanel Coco merupakan antara perfume wanita paling wangi bagi tahun 2017 serta diundi sebagai minyak wangi paling elegen buat kaum wanita pada tahun tersebut. Walaupun harganya yang mahal daripada jenama wangian yang lain, tidak salah rasanya setiap wanita memiliki koleksi wangian daripada Chanel ini untuk meningkatkan keyakinan diri. Apa salahnya berbelanja lebih sedikit sebagai reward untuk diri sendiri.
DIOR J’ADORE
Untuk wanita yang ingin tampil feminin dan mewah, wangian ini sesuai untuk anda. Wangian ini dihasilkan dengan menggunakan campuran bunga Ylang Ylang, ros Damascus, dan bunga melur Sambac.
MARC JACOBS DECADENCE
Packaging yang ditonjolkan dan rekaan botol saja pun dah nampak mewah dan unik apatah lagi bila disemburkan wangian ini ke badan si pemakai. Aroma yang sangat unik dicipta wangian ini adalah hasil campuran orange blossom, bergamot orange, honeysuckle, dan vanilla. Bau vanilla yang terdapat dalam wangian ini sebenarnya yang memberi haruman lembut. Sesuai dipakai wanita tidak kira masa sama ada siang atau malam.
Jadi, buat anda yang masih lagi mencari-cari perfume yang sesuai, boleh cuba untuk mendapatkan salah satu perfume yang disenaraikan oleh NONA ni. Malah, jika anda mahu mix and match dua wangian pilihan anda pada masa yang sama pun tak ada masalah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!