Kecantikan

Cantik Persis Ibu, Wajah Anak Aleza Shadan Jadi Tumpuan & Ceburi Bidang Penerbangan!

Sejuk perut ibu mengandung dikurniakan anak bijak dan membanggakan! Perkongsian pelakon jelita, Aleza Shadan yang memuat naik gambar anak perempuan sulungnya di media sosial baru-baru ini meraih perhatian peminat dan warga maya.

Mana tidaknya, bukan hanya mereka bangga melihat kejayaan anak selebriti berkenaan yang berjaya menceburi bidang penerbangan. Malah, rupa paras gadis bernama Elissa Haziqah itu turut mendapat pujian.

Rata-rata peminat aktres drama My Famous Ex-Boyfriend ini beranggapan Elissa mewarisi kecantikan ibu tersayang.

Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan

Menerusi gambar yang dimuat naik, kelihatan Aleza dan suami tercinta di samping anak tersayang di Malaysian Flying Academy.

“Alhamdulillah. Ummi dan ayah always pray for you

Ellisa. Semoga apa di cita tercapai. Ummi sentiasa doakan yang terbaik untuk kakak dan adik.”
Kredit Instagram @aleza_shadan
Kredit Instagram aleza_shadan
Kredit Instagram @aleza_shadan

Selain Ellisa, Aleza atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan turut mempunyai seorang lagi anak Perempuan iaitu Elliana Hazirah.

Melihat wajah puteri kesayangan Aleza, tak hairanlah kedua-duanya cantik. Tengok saja ibu mereka yang tetap anggun dan bergaya biarpun sudah meniti usia 48 tahun. Kalau bergambar dengan anak-anak nampak macam adik-beradik.

Moga kejayaan Ellisa menjadi kebanggaan ibu bapa dan ikutan ramai.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/wajah-klasik-anak-datuk-zainal-abidin-timur-gabriel-kenang-jasa-ibu-besarkan-2-anak-lepas-bercerai/

IKLAN
Share