Sejuk perut ibu mengandung dikurniakan anak bijak dan membanggakan! Perkongsian pelakon jelita, Aleza Shadan yang memuat naik gambar anak perempuan sulungnya di media sosial baru-baru ini meraih perhatian peminat dan warga maya.
Mana tidaknya, bukan hanya mereka bangga melihat kejayaan anak selebriti berkenaan yang berjaya menceburi bidang penerbangan. Malah, rupa paras gadis bernama Elissa Haziqah itu turut mendapat pujian.
Rata-rata peminat aktres drama My Famous Ex-Boyfriend ini beranggapan Elissa mewarisi kecantikan ibu tersayang.
Selain Ellisa, Aleza atau nama sebenarnya Norhasliza Shadan turut mempunyai seorang lagi anak Perempuan iaitu Elliana Hazirah.
Ads
Melihat wajah puteri kesayangan Aleza, tak hairanlah kedua-duanya cantik. Tengok saja ibu mereka yang tetap anggun dan bergaya biarpun sudah meniti usia 48 tahun. Kalau bergambar dengan anak-anak nampak macam adik-beradik.
Moga kejayaan Ellisa menjadi kebanggaan ibu bapa dan ikutan ramai.
Beruntung Datin Wong Mew Choo dikurniakan empat lelaki istimewa dalam hidupnya. Berkahwin dengan jaguh badminton tanah air iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei pada 10 November 2012, rumah tangga Datin Mew Choo yang juga bekas pemain badminton wanita ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang cahaya mata lelaki!
1 Mei lepas isteri kepada Datuk Chong Wei berkenaan genap meniti usia 40 tahun. Sepanjang berkahwin dengan bekas atlet kesayangan ramai itu, Datin Mew Choo sentiasa menjadi tulang belakang dan setia di sisi suami tercinta.
Sedekad mendirikan rumah tangga, jelitawan ini tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada khalayak dan cukup menjaga reputasi suami. Beruntung Datuk Chong Wei!
Walau sibuk menguruskan tiga anak kecil yang juga lelaki dan suami, Datin Wong Mew Choo kelihatan masih anggun dan ‘fit’.
Melihat peribadi dan penampilan figura ini, dia bukan hanya seorang wanita yang ringkas dan low profile.
Malah sering tampil bersederhana meskipun suami terkenal dan berstatus bekas jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan pengorbanan isteri, Datuk Chong Wei menerusi media sosial pernah menitipkan ucapan istimewa buat Datin Mew Choo.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2012 dan mereka menerima kehadiran cahaya mata ketiga pada 29 November 2022. Ketiga-tiga anak bekas atlet ini ialah Kingston, dan Terrance, dan Anson.
Penuh bergaya Vie Shantie Khan! Tiba di Korea Selatan sejak hujung Disember lalu, percutian Vie Shantie sekeluarga baru-baru ini bukan hanya untuk menyambut ketibaan tahun baharu tetapi juga meraikan ulang tahun kelahiran puteri bongsu, Vie Raissa.
Tanggal 2 Januari lepas merupakan ulang tahun kelahiran ketiga Vie Raissa. Makin meningkat usia dengan telatah comelnya, anak bongsu daripada empat beradik ini nyata menjadi kesayangan seisi keluarga.
Daripada perkongsian Vie Shantie di media sosial miliknya, tidak dinafikan anak-anak usahawan berjaya ini comel-comel belaka. Tiga daripada anak Vie Shantie ialah perempuan dan seorang lelaki.
Memandangkan percutian kali ini pada musim sejuk, keluarga bahagia ini tampil mengenakan baju sejuk lengkap dengan aksesori dengan penuh bergaya.
Paling mencuri tumpuan pastinya pemilik label V Hijrah berkenaan yang bergaya ala wanita Rusia yang lengkap dengan topi dan jaket berbulu serta but kulit.
Malah, Vie sempat berseloroh mengatakan dia wanita Malaysia dan bukan berasal dari Rusia.
Kredit Instagram @vieshantiekhanKredit Instagram @vieshantiekhan
Kesempatan berada di bumi Korea Selatan pada awal tahun 2023, Vie dan suami iaitu Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan mengadakan sambut hari lahir untuk cahaya mata kesayangan secara sederhana di samping adik-beradik yang lain.
Kongsi momen indah itu, “Teringat masa kami kecil-kecil dulu. My mom selalu buat birthday kami di rumah. Dia akan masak dan buatkan topi birthday daripada manila card yang macam Raissa pakai ni.
MasyaAllah Raissa is so happy, sederhana tapi tempat dan suasana pasti dia takkan lupakan. She’s so excited, terus dia nyanyi lagu ‘Frozen’ ye.”
Vie Shantie sebelum ini menerusi media sosial pernah berkongsi detik kelahiran puterinya bersama followers.
“Ada satu NYAWA dan AMANAH yang Allah SWT berikan kepada kami sebagai ibu bapa yang menjaganya, mendidiknya, memberikan kasih sayang serta membimbingnya di sepanjang kehidupannya.
Dari awal mengandungkan Raissa, dia memberikan satu pengalaman lain dari 3 adik-beradiknya. Baru pertama kali saya merasa apa itu alahan dan ‘morning sickness’ semasa berbadan dua.
Mual, muntah, lesu dan semua perasaan yang aneh saya rasa. Dia membuatkan saya menjadi insan luar biasa dengan kehadirannya.
Kredit Instagram @vieshantiekhanKredit Instagram @vieshantiekhanKredit Instagram @vieshantiekhan
Ternyata, Allah SWT takdirkan dia juga keluar dengan cara yang berbeza dari mereka bertiga. Trauma melahirkan secara pembedahan masih lagi mengusik jiwa, ujian di saat dia lahir dan terpaksa dipindahkan ke hospital lain, bertarung nyawa kerana kurang oksigen membuatkan jantung ini terhenti seketika.
Ditambah pula, dengan daddynya yang terpaksa meninggalkan kami kerana perjuangan kerjaya dan hal lainnya. Hanya Allah SWT tempat berserah.”
Vie Raissa merupakan anak Vie Shantie dengan suami, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan. Sebelum ini, jelitawan tersebut pernah berkahwin dengan aktor Dato’ Sri Eizlan Yusof dan mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Vie Zaara, Zareef Yusof dan Vie Zaalia.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Suka tengok perwatakan dan peribadi anak perempuan Puan Sri Normala Samsuddin, Dr Ruhila Roslan. Orangnya bukan je cantik tapi cukup sopan terutama ketika berbicara. Tak ubah seperti ibu tersayang dan bagai ‘jelmaan’ personaliti TV popular tersebut yang sarat dengan ciri wanita Melayu penuh kesantunan.
Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama pada 4 Januari lepas, tanggal 30 Mac 2022 merupakan ulang tahun kelahiran Dr Ruhila yang ke-30. Yang pasti, semakin meningkat usia, semakin terserlah keayuan doktor gigi ini.
Tahun lalu ketika birthday Dr Ruhila yang ke-29, Puan Sri Normala ada berkongsi zaman kanak-kanak anakanda tersayang di media sosial miliknya. Daripada perkongsian tersebut jelas menunjukkan Dr Ruhila seorang anak yang menyenangkan dan bertimbang rasa.
Malah, Puan Sri Normala mendedahkan anak perempuannya itu seorang anak yang taat dan tidak gemar barangan yang terlalu feminin, berkilat dan beropol-ropol.
Lebih menyentuh perasaannya sebagai ibu ialah sikap Dr Ruhila yang meluahkan rasa tidak setuju mengenai sesuatu perkara dengan penuh sopan dan berlapik agar tak menyinggung perasaan kedua-dua ibu bapa.
Sejuk perut ibu mengandung!
Credit Instagram @ruhilaroslanCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecilCredit Instagram @normalasamsudinofficial / Dr Ruhila ketika kecil
Terbukti, Puan Sri Normala berjaya mendidik Dr Ruhila menjadi seorang wanita yang bukan hanya berpendidikan tinggi, tetapi juga mempunyai peribadi yang baik dan layak dijadikan inspirasi.
Dr Ruhila selamat mendirikan rumah tangga bersama suami tercinta, Majid Nazli.
Sementara itu, mengimbas kembali temu bual Nona bersama Dr Ruhila dalam edisi Mei 2020… wanita ayu ini mendedahkan dia berhasrat mengakhiri zaman bujan sebelum usia 30 tahun dan ternyata impian tersebut dimakbulkan Allah.
Semoga Dr Ruhila dipanjangkan usia dan terus dapat berbakti kepada ibu bapa serta menjadi inspirasi ramai.
Kredit foto: Instagram Puan Sri Normala Samsudin & Ruhila Roslan
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Rezeki aktres Hollywood ini pada usia 62 tahun, Demi Moore muncul sebagai wanita tertua dinobatkan gelaran 'Orang Tercantik Di Dunia' oleh Majalah People.