Serba boleh rupa-rupanya Afifah Nasir! Jika sebelum ini bakatnya dalam dunia lakonan kian menyerlah, kini adik Anzalna Nasir tersebut cuba asah bakat dalam bidang nyanyian pula. Difahamkan Afifah menjadi salah seorang peserta program Mic on Selebriti yang bersiaran  baru-baru ini.

IKLAN

Ternyata, ramai yang tak sangka aktres jelita berkenaan ada bakat nyanyi. Bahkan Anzalna sendiri tidak menyangka adik tersayang tampil berani menyertai program itu. Malah turut disokong bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim!

Dalam video yang dikongsikan di Instagram miliknya, dia tampil menyanyikan lagu Anggapanmu dendangan Ziana Zain dalam sesi pemilihan.

Cantik, Pintar & Berbakat, Afifah Nasir Tampil Berani Sertai Program Realiti Asah Bakat Nyanyi!
Kredit Instagram @afifahnasir93

View this post on Instagram

A post shared by Afifah Nasir (@afifahnasir93)

“For those who missed out on last week’s episode. The video is longer actually but it took me so long to be able to upload it so I had to cut.”

Walau gementar namun ada yang memuji kelunakan dan tone suara Afifah. Pada persembahan minggu pertama, selebriti ini menarik perhatian ramai apabila berjaya membawa lagu Rossa bertajuk Atas Nama Cinta dengan gaya tersendiri.

Muncul dengan dress anggun merah jambu rekaan Raffiey Nasir, dia nampak selesa dan yakin mendendangkan lagu penyanyi popular Indonesia berkenaan.

IKLAN

Berusia 30 tahun, Afifah turut bertanding bersama beberapa lagi rakan artis termasuk Amyza Adnan, Fauzi Nawawi, Mona Allen, Zul Huzaimy dan Johan A’sari.

Cantik, Pintar & Berbakat, Afifah Nasir Tampil Berani Sertai Program Realiti Asah Bakat Nyanyi!
Kredit Instagram @afifahnasir93
Cantik, Pintar & Berbakat, Afifah Nasir Tampil Berani Sertai Program Realiti Asah Bakat Nyanyi!
Kredit Instagram @afifahnasir93
Cantik, Pintar & Berbakat, Afifah Nasir Tampil Berani Sertai Program Realiti Asah Bakat Nyanyi!
Kredit Instagram @afifahnasir93
Cantik, Pintar & Berbakat, Afifah Nasir Tampil Berani Sertai Program Realiti Asah Bakat Nyanyi!
Kredit Instagram @afifahnasir93

Pemilik nama Nur Afifah Md Nasir kini membintangi drama Bukan Puteri Lindungan Bulan. Bakatnya sebagai pelakon juga makin menyerlah dan mendapat sambutan.

IKLAN

Dia juga merupakan salah seorang anak seni yang berpendidikan tinggi dan memiliki dua ijazah iaitu dari Segi College Kuala Lumpur dan Upper Iowa University.

Baca https://www.nona.my/ada-2-degree-pelajar-pintar-afifah-nasir-anak-seni-berpendidikan-tinggi/

Selain Afifah, adiknya iaitu Nazirah Nasir juga ialah pelajar pintar yang kini melanjutkan pengajian dalam bidang Doktor Falsafah (PhD).

Semoga perkongsian kisah kejayaan figura ini menjadi sumber semangat dan inspirasi kepada lebih ramai wanita untuk berjaya serta menuntut ilmu.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI