Jika sebelum ini, kanak-kanak bernama Thylane Blondeau dinobatkan sebagai kanak-kanak tercantik di dunia dengan memiliki kulit cerah, rambut blonde dan mata berona biru yang cukup cantik. Namun kali ini, kanak-kanak berkulit gelap telah diberi gelaran kanak-kanak tercantik di dunia.
Jika definisi cantik bagi anda itu harus mempunyai kulit cerah dan mata biru, ini bermakna anda silap kerana warna kulit bukanlah penentu atau pengukur bagi kecantikan seseorang individu itu.
Ads
Kanak-kanak yang perempuan Nigeria yang dikenali sebagai Little Jare menjadi tumpuan media antarabangsa kerana keunikan yang menarik perhatian. Walaupun berkulit gelap, Jare rata-rata dipuji kerana terlalu cantik persis anak patung.
Ads
Ads
Gambar Jare mula tersebar luas apabila terdapat seorang jurugambar perkahwinan, Mofe Bamuyiwa yang berpangkalan di Lagos, Nigeria memuat naik gambar seorang budak kecil sebagai sebahagian daripada projek terbaharunya.
Melihatkan pada wajahnya yang fotogenik dan komersial, ramai yang mengharapkan Jare bakal menjadi model professional satu hari nanti.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marion Caunter pakai apa pun mesti terletak cantik! Kagum dengan cara isteri SM Nasarudin menjaga penampilan diri. Sejak zaman anak dara sampai sudah bergelar isteri dan mempunyai anak, macam tak berubah susuk tubuh bekas pengacara televisyen ini. Tetap anggun menawan!
Bagi yang mengikuti perkembangan wanita cantik ini, pasti mengetahui gaya hidup sihat yang diamalkan Marion. Selain menitikberatkan soal pemakanan, dia juga aktif bersenam di gim.
Tak hairanlah dalam usia bakal mencecah 43 tahun, anak kelahiran Pulau Pinang ini mampu mengekalkan susuk tubuh langsing bak anak dara.
Dikenali sebagai ikon fesyen, perkongsian Marion baru-baru ini ketika majlis berbuka puasa bersama pekerja dan pelanggan produk rambutnya iaitu Mare by Marion Caunter nyata menarik perhatian.
Apa tidaknya, Marion tampil mempersona dalam busana indah Pucci yang sudah lapan tahun berada dalam simpanan.
Selain aktif mengusahakan produk rambut Mare by Marion Caunter, usahawan ini juga ialah pengasas Hairplay Salon.
“Iftar with my more by mare team and some of our agents and customers. I have to admit, starting a hair care brand like mine can sometimes be challenging.
There are great days but there are also not so great days. On the days when you feel like giving up, you have to remember why you started in the 1st place.
Meeting my agents and customers last night reminded me of just that – we started this brand with the hope of helping people feel good about themselves and that’s exactly the feedback I got last night from each and every one of you who have been using our products for a while now.
We promise to keep working hard to give you guys more. Humbled and grateful I am. More is More.”
Marion berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasarudin SM Nasimuddin pada Disember 2010. Hampir 13 tahun bergelar isteri, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Leia, Lana dan Liam.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Inilah pesona Kavita Sidhu! Memperagakan busana di pentas fesyen pada usia 20an bukan lagi perkara asing. Tapi bila Kavita Sidhu membuat kemunculan istimewa di pentas Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) baru-baru ini, memang luar daripada jangkaan.
Mana tidaknya, jelitawan ini sudah meniti usia separuh abad dan November depan Kavita bakal berusia 51 tahun. Kalau tengok penampilan Kavita Kaur Sidhu memang ramai tak sangka umur sebenarnya. Iyalah, bukan hanya tinggi lampai, dia juga dikurniakan raut wajah cantik mempersona.
Cita rasa dan pesona Kavita dalam berfesyen sentiasa menjadi perhatian. Apa saja busana yang digayakan personaliti ini nampak terletak cantik sempurna! Memang persis supermodel.
Tambahan pula Kavita memiliki peribadi yang mesra dan membuatkan dia disenangi ramai. Tidak kira dalam kalangan rakan artis, media mahupun peminat.
Bersandarkan pakej lengkap yang ada pada diri di samping cita rasa Kavita dalam fesyen, ikon fesyen ini sering diundang ke majlis-majlis fesyen berjenama mewah. Difahamkan Kavita mula menakluki industri peragaan fesyen di Eropah sewaktu baru berusia 18 tahun!
Pada 6 Januari lalu, Kavita dan suami tercinta yang juga jejaka kacak kelahiran Itali iaitu Roberto Guiati menyambut ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-6.
Roberto berkhidmat dalam industri gas dan minyak selain bergelar pemilik Zenzero Group yang mengusahakan tiga buah restoran iaitu Zenzero Restaurant & Wine Bar, Luce Osteria Contemporanea dan Roberto’s 1020.
Sementara itu, Kavita yang sinonim dengan kerjaya peragaan turut mengembangkan bakat sebagai pelakon, penerbit filem, pereka fesyen dan usahawan. Antara filem yang pernah dibintangi figura ini termasuklah Layar Lara dan Pontianak Harum Sundal Malam.
Mempunyai sebilangan besar kenalan berbangsa Melayu, Kavita disifatkan seorang wanita yang cukup menghormati budaya dan adat masyarakat Melayu. Malah, dia juga dilihat gemar mengenakan persalinan tradisi seperti baju kurung.
Selain menjadi pereka fesyen, Kavita turut mengusahakn produk minuman kesihatan Karamia Wellness.
Menelusuri latar belakang wanita cantik ini, 3 Mac lepas genap setahun pemergian iaitu Prof Dato’ Dr. Joginder Singh a/l Budh Singh.
Mendiang bapa Kavita pernah berkhidmat sebagai pensyarah radiologi di Universiti Malaya dan merupakan antara individu yang bertanggungjawab mewujudkan Jabatan Pengimejan di Hospital Pantai pada tahun 1985.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Blackpink yang terdiri daripada Jisoo, Jennie, Rose dan Lisa sememangnya memiliki keistimewaan masing-masing termasuklah kecantikan yang berbeza sehingga sering membuatkan ramai yang terpegun.
Tentunya ramai yang tertanya-tanya tentang rahsia kecantikan mereka yang sentiasa kelihatan memukau. Bermula dari penjagaan kulit sehinggalah ke soal solekan. Berikut adalah rahsia kecantikan ahli Blackpink yang boleh anda jadikan inspirasi dalam menjaga kulit sehinggalah solekan!
JISOO
Menurut Jisoo dia memiliki kulit yang kering. Maka, penjagaan kulitnya tertumpu kepada pelembapan. Antara produk penjagaan kulit yang amat digemarinya ialah masker yang disapu pada wajah.
Masker tersebut adalah yang direka khusus untuk membersihkan pori-pori atau menenangkan kulit wajah. Jisoo mengamalkan pemakaian masker secara konsisten setiap hari.
JENNIE
Bukan sahaja menjaga kulit wajah, Jennie turut menitikberatkan penjagaan kulit badan. Jennie mengakui bahawa dia memiliki kulit yang sangats lembut kerana dia sentiasa menjaganya dengan baik. Selain itu, dia juga kerap menggunakan lulur badan. Setiap kali jika ada masa terluang, Jennie sangat mengambil berat tentang penjagaan badan.
Beralih kepada kesihatan bibir, Jennie smempunyai 3 siri pelembap bibir yang berbeza untuk memastikan bibirnya sentiasa kelihatan sihat, gebu dan lembap. Sebab itulah Jennie sering meletakkan lip balm di atas meja berhampiran katilnya bagi memudahkan dia menyapu lip balm pada waktu malam sebelum tidur.
ROSE
Ketika muncul dalam video Vogue Paris, Rose pernah mendedahkan rahsia penjagaan kulit. Pada mulanya, Rose tidak begitu menitikberatkan cara membersihkan wajah pada hari-hari dia tidak bersolek.
Namun, sebenarnya ia membuatkan kulit Rose terasa kasar sehinggalah akhirnya dia sentiasa membersihkan wajahnya dengan kerap sama ada selepas atau ketika tidak bersolek.
Menurut Rose, tidur yang cukup adalah senjata utamanya dalam rutin penjagaan kulit. Apabila dia mendapat tidur yang cukup, kulitnya akan kelihatan lebih glowing dan lembut, berbeza jika dia kurang tidur.
LISA
Beberapa kali Lisa dilihat berkongsi petua solekan yang biasa dilakukannya, malah turut menonton beberapa tutorial solekan di YouTube. Namun, Lisa sebemarnya lebih selesa mengenakan solekan yang tidak terlalu tebal namun masih kelihatan flawless!
Bermula dari melukis kening secara nipis dan menyapu pembayang mata dengan warna natural sehinggalah melukis eyeliner di hujung kelopak mata agar solekan matanya terlihat sempurna.
Selain itu, sama seperti Jisoo, Lisa juga memiliki jenis kulit kering. Maka, rutin penjagaan kulitnya lebih banyak tertumpu kepada pelembab.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.