CANTIKNYA bila Nur Dhabitah Sabri Berbaju Kurung Terima Darjah Kebesaran

Penerjun wanita negara, Nur Dhabitah Sabri  kelihatan anggun menggayakan sepasang baju kurung rona emas ketika menghadiri majlis penganugerahan Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW)  yang dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah. Tiga atlet lain yang turut menerima anugerah sempena  sambutan Hari Wilayah Persekutuan 2019 di Istana Negara kelmarin termasuklah  Jabriella Teo Samuel, Muhammad Erry Hidayat Muhammad Hidayat dan Nur Ain Nabilah Tarmizi  yang dianugerahkan Pingat Pangkuan Mahkota Wilayah (PPW).

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, penganugerahan ini menjadi pembakar semangat buat dirinya untuk terus melakar pencapaian yang lebih baik di dalam arena sukan yang amat dicintainya. Malah Dhabitah bertekad memberi lebih banyak sumbangan untuk negara serta beraksi cemerlang dalam setiap pertandingan yang bakal disertainya.

Gadis yang dilahirkan pada  12 Julai 1999 di Kuala Lumpur ini merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik. Pada mulanya, Dhabitah memulakan pendedahan akuatiknya melalui kelab-kelab renang. Selepas terlibat dalam beberapa pertandingan, bapanya membuat keputusan untuk menukarnya ke  sukan menyelam kerana bentuk  fizikalnya yang kecil.

Malah Dhabitah belajar berenang dan menyelam bersama abang sulungnya, Muhammad Danial di mana kedua-duanya pernah merancang untuk membuat kemunculan sulung di peringkat antarabangsa bersama-sama tetapi tidak dapat kerana kecederaan fizikal traumatik Danial yang dikekalkan sebelum kemunculannya.

Foto: www.remaja.my

Dalam sibuk menjalani latihan untuk bertanding dalam Kejohanan Terjun Siri Dunia 2019 yang akan berlangsung tidak lama lagi gadis manis ini sebenarnya amat meminati drama Korea seperti The Running Man dan peminat tegar kumpulan K-Pop seperti Big Bang, 2NE1 dan Black Pink. Jangan tak tahu, dalam pada masa yang sama Dhabitah gemar mengkaji mengenai sukan ekstrem seperti Parkour dan Trampolin sebagai hobi serta menjadikan roti canai sebagai makanan kegemarannya.

Apapun, tahniah buat Dhabitah di atas penganugerahan Bintang Ahli Mahkota Wilayah (AMW). Semoga ia menjadi pemangkin semangat untuk dirinya terus mengharumkan nama negara di mata dunia.

Sumber: BERNAMA

 

IKLAN
Share