Cantiknya Raja Ema & Ramlah Ram Sekarang! Walaupun Dah 50-an, Tapi Masih Aktif Usahakan Produk Sendiri

Generasi 80-an dan awal 90-an sudah pasti sangat mengenali nama Raja Ema dan Ramlah Ram. Walaupun zaman kegemilangan sudah meninggalkan mereka, tapi kedua-dua bintang popular ini masih aktif dalam arena seni serta mengusahakan produk sendiri.

Pada usia mencecah 50 tahun, penampilan terkini Raja Ema yang sopan berhijab memang nampak manis sangat. Terserlah wajah keibuannya, malah semenjak bertubuh kurus ni, Kekma nampak lagi muda remaja.

Adat berniaga, makin banyak usaha makin banyaklah pulangannya. Dalam perkembangan terbaru Raja Ema, beliau kini sering menyertai pelbagai ekspo di dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk-produk seperti Slimm D’Fiber, Slimm D’Maxx, Ou Lala Montoq, The New Age Foundation, RE Perfumes, RE Royal Beauty Bar dan Raja Ema Lip Bar.

Ramlah Ram pun apa kurangnya. Pada usia 53 tahun, penyanyi lagu hit ‘Kau Kunci Cintaku Di Dalam Hatimu’ dan ‘Selamat Jalan Romeo’ ini nampak tak berubah pun kecantikannya. Tetap kecil molek, tetap peramah dan sweet

macam selalu!

Ramlah Ram juga mengeluarkan pewangi jenama sendiri iaitu RVR Perfume by Ramlah Ram. Dengarnya ada dua aroma pilihan yang menusuk kalbu iaitu RVR Revered dan RVR Ravishing. Kedua-duanya adalah uniseks dan mesra solat. Jangan tak tahu, beliau juga rajin turun padang berniaga, malah merata tempat beliau pergi untuk memajukan produk ni.

Raja Ema dan Ramlah Ram pun selalu memenuhi undangan menyanyi, terutamanya yang menyatukan artis-artis popular 80-an. Rindu pula nak tengok persembahan mereka, teringat zaman sekolah-sekolah dulu.

Sewaktu persembahan di showcase Setangkai Irama 80-an

 

Persembahan mantap Ramlah Ram sempena konsert pengenalan Bintang RTM

Kegigihan dua wanita ini sememangnya boleh dijadikan inspirasi kepada wanita-wanita seusia mereka. Siapa kata bila berumur, kita kena berhenti kejar impian, berhenti melakukan perkara yang diminati dan berhenti menggembirakan diri sendiri? Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share