Selain keluarga, teman sejati antara individu yang penting dalam hidup kita. Kadang-kadang, mereka juga yang menjadi teman seperjuangan untuk menggapai mimpi.
Itu yang dapat digambarkan tentang persahabatan yang terjalin antara dua pelakon wanita popular Fasha Sandha dan Fazura.
Bersahabat baik sejak daripada berumur 18 tahun, menjadikan Fasha Sandha seorang wanita yang sangat bertuah kerana sering mendapat hadiah baju raya pemberian Fazura. Wah, untungnya Fasha!
” Sejak saya jadi ibu tunggal ni, Faz tak pernah lupa hantar baju raya setiap tahun. Syukur Alhamdulillah, ramai insan yang berhati mulia seperti beliau,” tulis Fasha Sandha di laman instagram miliknya.
Fasha Sandha juga turut berterima kasih kepada Fattah Amin dan mengharapkan pasangan romantis itu segera dikurniakan anak.
“Terima kasih Faz dan juga Fattah Amin. Semoga dimurahkan rezeki selalu dan cepat dapat baby.”
Alhamdulillah, bila orang dah doakan yang baik-baik, maka yang baik juga jadinya. Peminat pun dah tak sabar menunggu kehadiran Fattzura Junior.
Memegang status ibu tunggal sejak lebih dua tahun yang lalu tidak menghalang Fasha untuk menyambut Syawal yang bakal menjelang tidak lama lagi dengan penuh rasa bahagia dan bersyukur di samping keluarga dan sahabat sejati.
Iyalah, siapa yang tak gembira bila dapat baju raya. Mana tahu, sambil Fasha melaram raya nanti dengan baju raya pemberian Fazura, tiba-tiba terjumpa pula jodoh baru. Eh!
sumber foto: Instagram Fasha Sandha dan Fazura
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pizza Hut melancarkan inisiatif CSR: ‘Hut to Heart’. Fokus inisiatif jangka masa panjang untuk melawan punca ketiga kematian yang utama di Malaysia iaitu kanser.
Dengan keinginan untuk mencari cara yang bermakna untuk menyumbang kembali kepada masyarakat, Pizza Hut mahu memberikan impak besar kepada komuniti. Ketika Pizza Hut meraikan ulang tahun ke-35 pada tahun ini, inisiatif CSR ‘Hut to Heart’ dianjurkan.
Inisiatif ‘Hut to Heart’ bertujuan untuk mendidik rakyat Malaysia agar mereka menjalani hidup yang lebih gembira, sihat dan bebas kanser bersama mereka yang tersayang serta masyarakat.
Justeru, Pizza Hut ingin membantu dalam mengurangkan kes kanser di kalangan rakyat Malaysia dengan melabur ke arah meningkatkan kesedaran terhadap ujian pengesanan dan akses kepada rawatan.
Di bawah inisiatif ‘Hut to Heart’, ada dua projek yang telah dikenal pasti iaitu ‘SayangiMu’ dengan kerjasama National Cancer Society of Malaysia (NCSM) dan kerjasama Hospital Sultan Aminah di Johor.
Pizza Hut juga akan memulakan usaha mengumpul dana sebanyak RM300,000 untuk menyediakan pemeriksaan awal secara percuma kepada 1,000 orang wanita di kawasan pedalaman.
Pengumpulan dana ini akan dilaksanakan melalui pelbagai jaringan seperti menu istimewa Pizza Hut, kotak derma di cawangan-cawangan Pizza Hut selain kerjasama dengan para pembekal dan vendor. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Macam-macam cara nak abadikan kenangan manis hari perkahwinan, tapi gaya pengantin ini memang lain dari yang lain!
Memilih tarikh keramat 31 Ogos 2017 sebagai hari persandingan, pasangan Syahrul Hisham Abdul Azim dan Nurul Asyikim Zakaria ini tampil unik dengan mengenakan baju pengantin bermotifkan Jalur Gemilang.
Asyikim memilih persalinan kurung ini yang dipadankan dengan tudung berwarna putih dan mahkota untuk upacara resepsi mereka yang bertemakan Merdeka Wedding.
Dalam majlis yang diadakan di Kampung Lembah Pasir Puteh, Kelantan itu, gaya sporting pasangan merpati dua sejoli ini benar-benar mengundang perhatian ramai.
“Kami sengaja pilih tema merdeka sebab cintakan negara ini. Jadi secara tak langsung dapat seru semua orang supaya lebih cintakan makna merdeka dengan cara masing-masing. Selain itu, ia juga menjadi satu sejarah manis untuk kami kerana bersanding pada 31 Ogos 2017,” ujar mereka.
Perkenalan bermula sewaktu Syarul dan Asyikim sama-sama bekerja dalam bidang pengiklanan. Asyikim atau Ekim kini merupakan seorang model Muslimah dan hos Akak Travel.
Kata Ekim lagi, baju yang dipakainya adalah rekaan Mimi Tailor. Selain pasangan pengantin, kelihatan para pengapit juga turut menyerlah dengan selempang Jalur Gemilang.
Jom tengok aksi mereka bersanding semalam, unik habis! Norzalina Mohd Alias
Kredit Foto: Sweet Pictures
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pada hari Isnin hadapan seluruh rakyat Malaysia bakal menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang dicintai.
Bersempena sambutan tersebut Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan berangkat menghadiri majlis bacaan Yaasin dan doa selamat, sempena sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka.
Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat ke majlis tersebut.
Keberangkatan tiba Seri Paduka berdua pada pukul 7.20 malam di Masjid Negara disambut Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.
Yang turut hadir, beberapa menteri kabinet termasuk Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad, dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu selain Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad.
Majlis dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah diikuti dengan bacaan Yaasin dan doa selamat yang dipimpin oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad.
Seri Paduka berdua kemudian menunaikan solat Isyak berjemaah. Pasangan diraja itu turut berkenan bersalaman dan beramah mesra dengan jemaah di situ sebelum berangkat meninggalkan majlis pada pukul 9.10 malam.
Majlis itu adalah sebahagian daripada acara sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Al-Sultan Abdullah sejak ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 pada 30 Julai lepas.
Seri Paduka dijadual berangkat ke khutbah khas dan menunaikan solat Jumaat yang akan berlangsung sebentar lagi.
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan membaca Surah Yaasin ketika berangkat menghadiri Majlis Bacaan Yaasin dan Doa Selamat sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Tuanku pada Isnin depan di Masjid Negara.
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.